← Surah Maryam
· Nota 9/13 · Ayat 51–57
Surah Maryam: Ayat 51-57
Kisah Nabi Musa, Nabi Ismail dan Nabi Idris Semuanya Ikhlas dan Siddiq & Analisa Waktu Diutuskan Nabi Idris.
Muqaddimah
- Sebelum ini kita telah membaca kisah tentang Nabi Zakaria, Yahya dan Isa AS.
- Hari ini kita akan membaca kisah tentang Nabi yang keempat dalam Surah Maryam ini iaitu Nabi Allah Musa AS serta yang selepasnya.
Ayat 51 {DAN BACAKANLAH (WAHAI MUHAMMAD) DI DALAM KITAB (AL-QURAN) INI PERIHAL NABI MUSA; SESUNGGUHNYA IA ADALAH ORANG PILIHAN DAN ADALAH IA SEORANG RASUL, LAGI NABI.} (MARYAM 19:51)
- Rasulullah SAW diperintahkan membaca pula dalam al-Quran dan menceritakan kepada umatnya tentang kisah tentang Nabi Musa AS. Ini adalah kisah nabi yang keempat dalam surah ini.
- Musa AS adalah antara nabi dari kalangan ulul-‘azmi, antara nabi yang termulia, dari zuriat keturunan Nabi Ya’kub, Ishak dan Musa AS.
- Diceritakan 5 sifat/keistimewaan Nabi Musa AS dalam kisah ini:
- Seorang yang ikhlas, مخلصا mukhlasan, seorang pilihan Allah SWT yang bersih dan suci daripada dosa atau boleh juga dibaca sebagai mukhlisan iaitu seorang yang ikhlas dalam beribadat kepada Allah SWT.
- Seorang nabi dan rasul. Musa dilantik menjadi seorang nabi dan mempunyai seorang saudara lelaki yang bernama Harun. Lalu meminta Allah lantik juga Harun sebagai Nabi dan rasul dari kalangan keluarganya.
- Maka Musa AS adalah seorang nabi dan rasul yang diutuskan kepada kaumnya, Bani Israil dan kaum Qibtiyy, iaitu keturunan Firaun di Mesir.
Ayat 52 {DAN KAMI TELAH MENYERUNYA DARI ARAH SEBELAH KANAN GUNUNG TURSINA DAN KAMI DAMPINGKAN DIA DENGAN DIBERI PENGHORMATAN BERKATA DENGAN KAMI.} (MARYAM 19:52)
- Dalam perjalanan Nabi Musa bersama keluarganya untuk kembali ke Madyan mereka melalui gunung Tursina ini. Lalu Musa melihat sesuatu yang cerah dan pergi mencarinya.
- Lalu Allah SWT menyerunya dari arah sebelah kanan Gunung Tursina. (sifat ke3) iaitu diberi penghormatan untuk bermunajat kepada Allah SWT di gunung Tursina.
- Allah hampirkan Musa dengan-Nya dan diberi penghormatan mendengar percakapan Allah, yakni berkata-kata dengan Allah SWT tanpa ada perantaraan, menurut cara yang layak bagi Allah SWT. Biasanya wahyu ada perantaraan melalui malaikat Jibril. (sifat ke4).
- Kerana itulah Nabi Musa AS mendapat gelaran Kalimullah, yakni yang berkata-kata dengan Allah SWT.
Ayat 53 {DAN KAMI KURNIAKAN KEPADANYA DARI RAHMAT KAMI, SAUDARANYA: HARUN, YANG JUGA BERPANGKAT NABI.} (MARYAM 19:53)
- Antara nikmat kurnia Allah SWT kepada Nabi Musa juga, memenuhi permintaannya untuk melantik saudaranya Harun sebagai Nabi pembantunya, (sifat ke5).
- Firman Allah SWT: {“Dan jadikanlah bagiku, seorang penyokong dari keluargaku.} [Taha 20:29]
- Nabi Musa AS calonkan Harun ini disebabkan kelayakannya, yang fasih berkata-kata untuk membantu dakwahnya.
- Tamatlah kisah Nabi Musa dalam surah ini.
Ayat 54 {DAN BACAKANLAH (WAHAI MUHAMMAD) DI DALAM KITAB (AL-QURAN) INI PERIHAL NABI ISMAIL; SESUNGGUHNYA IA ADALAH BENAR MENEPATI JANJI DAN ADALAH IA SEORANG RASUL, LAGI BERPANGKAT NABI. (MARYAM 19:54)
- Rasulullah SAW diperintahkan membaca pula dalam al-Quran dan menceritakan kepada umatnya tentang kisah tentang Nabi Ismail AS ini adalah kisah nabi yang kelima dalam surah ini.
- Siapakah Nabi Ismail ini? Dia adalah anak sulung Nabi Ibrahim dengan isterinya Hajar dari Mesir.
- Keturunannya berkembang biak di Makkah dan beliau digelar sebagai Bapa kepada keturunan Arab Jazirah dan sampai kepada Rasulullah SAW.
- Ada empat sifat keistimewaan Nabi Ismail AS:
- Sesungguhnya ia adalah seorang yang amat benar dan menepati janji. Contohnya kisah dalam firman Allah SWT ini:
{Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: “Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?”. Anaknya menjawab: “Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar”.} [As-Saffat 37:102].
Sanggup dan sabar memenuhi perintah Allah SWT yang menyuruh bapanya menyembelihnya. - Seorang nabi dan rasul. Baginda diutuskan kepada puak Jurhum di Makkah pada masa itu. Mendapat wahyu dan dilantik menjadi rasul.
- Sesungguhnya ia adalah seorang yang amat benar dan menepati janji. Contohnya kisah dalam firman Allah SWT ini:
Ayat 55 {DAN ADALAH IA MENYURUH KELUARGANYA MENGERJAKAN SEMBAHYANG DAN MEMBERI ZAKAT DAN IA PULA ADALAH SEORANG YANG DIREDHAI DI SISI TUHANNYA!} (MARYAM 19:55)
- Nabi Ismail AS diperintahkan untuk menyuruh kaum keluarganya mengerjakan solat dan memberi zakat untuk menjadi contoh tauladan kepada orang lain. (sifat ke3)
- Ismail juga seorang yang diredhai di sisi Tuhannya. (sifat ke4).
Ayat 56 {DAN BACAKANLAH (WAHAI MUHAMMAD) DI DALAM KITAB (AL-QURAN) INI PERIHAL NABI IDRIS; SESUNGGUHNYA ADALAH IA AMAT BENAR (TUTUR KATANYA DAN IMANNYA), SERTA IA SEORANG NABI.} (MARYAM 19:56)
- Rasulullah SAW diperintahkan membaca pula dalam al-Quran dan menceritakan kepada umatnya tentang kisah tentang Nabi Idris AS iaitu kisah nabi yang keenam dalam surah ini.
- Siapakah Nabi Idris ini? Seorang nabi dan rasul juga yang mempunyai sifat terpuji dan terpilih di sisi Allah SWT.
- Bilakah zaman dibangkitkan Nabi Idris ini AS? Terdapat dua pendapat:
- Majoriti ulama’ ahli tafsir dan ahli sejarah, mengatakan dia dibangkitkan selepas Nabi Adam dan sebelum nabi Nuh AS, yakni nabi yang kedua mengikut turutan serta sudut sejarah. Tafsir ar-Rahman juga memilih pandangan ini, terdahulu daripada Nuh.
- Manakala pandangan kedua, kajian ulama’ ini berdasarkan analisa dan tertib dari al-Quran, mengatakan Idris adalah nabi yang terkemudian, termasuk daripada golongan nabi-nabi bani Israil, bahkan datangnya selepas nabi Daud dan Sulaiman AS.
- Dalilnya di dalam al-Quran: Dalam Surah Maryam ini dia disebut selepas nabi Musa dan Ismail AS, begitu juga dalam Surah Al-Anbiya’ apabila dikisahkan tentang para nabi dan rasul, namanya juga terkemudian disebut selepas nama-nama nabi lain sebelumnya.
- Dalil daripada hadis pula ialah hadis Isra’ & Mikraj Rasulullah SAW. Apabila Baginda naik ke langit berjumpa para nabi; nabi Adam AS berkata kepadanya: “Selamat datang nabi yang soleh dan anak cucu yang soleh”, manakala nabi Isa, Yusuf, Harun, Musa, Idris dan lain-lain berkata: “Selamat datang saudara yang soleh.”
Yakni menunjukkan Idris adalah yang terkemudian, jika dia sebelum Nuh pastilah dia datuk moyang juga. Al-Qadhi Abu Bakar Ibnu al-Arabi antara ulama’ yang memilih pendapat ini.
Wallahu a’lam. - Idris dikatakan anak kepada Shith, anak Adam AS yakni sebelum Nuh. Namanya Idris kerana dikatakan dia banyak mengajar.
- Antara sifat Nabi Idris ini:
- Sesungguhnya ia adalah seorang yang amat benar dan menepati janji.
- Seorang nabi dan rasul
ayat 57- {Dan Kami telah mengangkatnya ke tempat yang tinggi darjatnya. (Maryam 19:57)
- Allah SWT juga telah mengangkatnya ke tempat yang tinggi darjatnya. (sifat ke3).
- Ulama’ kata: Maksudnya Allah telah mengangkat Idris ke tempat yang tinggi iaitu langit yang keempat. Ada yang kata kedudukan yang mulia dan tinggi.
Penutup & Faedah
- Antara 5 kelebihan/sifat Nabi Musa yang disebut dalam surah ini:
- Sesungguhnya ia adalah seorang yang amat benar dan menepati janji.
- Dilantik menjadi seorang nabi dan rasul.
- Allah SWT menyerunya dari arah sebelah kanan Gunung Tursina. Iaitu diberi penghormatan untuk bermunajat kepada Allah SWT di gunung Tursina.
- Allah hampirkan Musa dengan-Nya dan diberi penghormatan mendengar percakapan Allah, yakni berkata-kata dengan Allah SWT tanpa ada perantaraan, menurut cara yang layak bagi Allah SWT. Biasanya wahyu ada perantaraan melalui malaikat Jibril.
- Allah SWT memenuhi permintaannya untuk melantik saudaranya Harun sebagai Nabi dan pembantunya.
- Antara 4 kelebihan/sifat Nabi Ismail yang disebut dalam surah ini:
- Sesungguhnya ia adalah seorang yang amat benar dan menepati janji.
- Dilantik menjadi seorang nabi dan rasul.
- Nabi Ismail AS diperintahkan untuk menyuruh kaum keluarganya mengerjakan solat dan memberi zakat.
- Ismail juga seorang yang diredhai di sisi Tuhannya.
- Antara 3 kelebihan/sifat Nabi Idris yang disebut dalam surah ini:
- Sesungguhnya ia adalah seorang yang amat benar dan menepati janji.
- Dilantik menjadi seorang nabi dan rasul.
- Allah SWT telah mengangkatnya ke tempat yang tinggi darjatnya.
Wallahu a’lam.
Ada soalan tentang ayat ini?
Hantar kepada Dr. Abu Anas — jawapan terpilih disiarkan.