Langkau ke kandungan
Logo Abu Anas Madani

Pasang aplikasi di iPhone atau iPad

  1. Dalam Safari, ketik butang Kongsi di bar bawah (atau atas).
  2. Tatal ke bawah dan pilih Tambah ke Skrin Utama (Add to Home Screen).
  3. Ketik Tambah (Add). Ikon laman akan muncul di skrin utama seperti aplikasi.
← Surah An-Nahl · Nota 3/15

Surah An-Nahl: Ayat 65-69

Keajaiban Kejadian Susu Haiwan, Arak Dibuat dari Kurma dan Anggur, Keajaiban Alam Lebah & Madunya Adalah Penawar.

Muqaddimah

  1. Empat perkara yang menjadi usul utama ayat al-Quran ialah:
    1. Uluhiyyah – Ketuhanan dan kekuasaan Allah SWT.
    2. An-Nubuwwah – Kenabian Nabi Muhammad SAW.
    3. Kebangkitan semula manusia pada hari Kiamat.
    4. Penetapan Qada’ & Qadar, takdir Allah SWT.

Ayat 65 {DAN ALLAH MENURUNKAN HUJAN DARI LANGIT, LALU IA MENGHIDUPKAN DENGAN AIR HUJAN ITU AKAN BUMI SESUDAH MATINYA; SESUNGGUHNYA PADA YANG DEMIKIAN ITU TERDAPAT SATU TANDA (YANG MEMBUKTIKAN KEBIJAKSANAAN ALLAH) BAGI KAUM YANG MENDENGAR (PERINGATAN INI DAN MEMAHAMINYA).} (AN-NAHL 16:65)

  1. Yakni dengan air hujan dapat menumbuhkan tanam-tanaman di bumi sesudah bumi itu kering kontang,
  2. Sebelum ini ayat 64 menyebut bahawa penurunan al-Quran untuk membimbing manusia dalam agama.
  3. Al-Quran turun untuk menghidupkan hati yang mati manakala air hujan menghidupkan bumi yang kering.
  4. Maka sesiapa yang beriman dan belajar maka hiduplah hatinya. Ini tanda bukti kebijaksanaan Allah bagi kaum yang mendengar dan memahami peringatan ini (ada telinga dan guna akal).

Ayat 66 {DAN SESUNGGUHNYA PADA BINATANG-BINATANG TERNAK ITU, KAMU BEROLEH PELAJARAN YANG MENDATANGKAN IKTIBAR. KAMI BERI MINUM KEPADA KAMU DARIPADA APA YANG TERBIT DARI DALAM PERUTNYA, YANG LAHIR DARI ANTARA HAMPAS MAKANAN DENGAN DARAH; (IAITU) SUSU YANG BERSIH, YANG MUDAH DIMINUM, LAGI SEDAP RASANYA BAGI ORANG-ORANG YANG MEMINUMNYA.} (AN-NAHL 16:66)

  1. Susu banyak memberi khasiat dan manfaat kepada manusia sejak dari lahir lagi.
  2. Susu keluar dari antara tempat najis dan darah… tetapi masya Allah telah berubah warnanya menjadi putih bersih.
  3. Rasanya sedap dan mudah minum, tidak lekat.

Ayat 67 {DAN DARI BUAH TAMAR (KURMA) DAN ANGGUR KAMU JADIKAN DARIPADANYA MINUMAN HARAM DAN MAKANAN SERTA MINUMAN YANG HALAL; SESUNGGUHNYA PADA YANG DEMIKIAN ITU TERDAPAT SATU TANDA (YANG MEMBUKTIKAN KEKUASAAN ALLAH) BAGI ORANG-ORANG YANG MAHU MENGGUNAKAN AKALNYA.} (AN-NAHL 16:67)

  1. Dari hujan keluar tumbuh-tumbuhan seperti kurma dan anggur.(sebut dua jenis buah ni kerana sinonim dengan bangsa Arab pada masa itu.
  2. (Sakara – maksudnya minuman haram yang memabukkan yang diperah dari dua jenis buah ini-ini perbuatan orang Arab sebelum Islam, maka ia telah diharamkan dalam Islam.
  3. Tetapi asal buah-buahan itu sendiri adalah halal dan menjadi satu nikmat untuk manusia.
    (Dari nikmat binatang kepada nikmat tumbuhan).

Ayat 68 {DAN TUHANMU MEMBERI ILHAM KEPADA LEBAH: “HENDAKLAH ENGKAU MEMBUAT SARANGMU DI GUNUNG-GANANG DAN DI POKOK-POKOK KAYU DAN JUGA DI BANGUNAN-BANGUNAN YANG DIDIRIKAN OLEH MANUSIA.} (AN-NAHL 16:68)

  1. Dalam ayat ini kita jumpa nama lebah yang menjadi nama surah ini.
  2. Maksud wahyu di sini Allah bagi ilham untuk lebah.
  3. Kata ulama’: Ini menunjukkan madu yang paling baik adalah madu dari gunung, kemudian dari atas pokok-pokok kayu dan dari bangunan/sarang yang didirikan oleh manusia.
  4. Lebah satu binatang yang istimewa dan unik. Sarangnya (beehive) berbentuk hexagonically (segi 6)

Ayat 69 {KEMUDIAN MAKANLAH DARI SEGALA JENIS BUNGA-BUNGAAN DAN BUAH-BUAHAN (YANG ENGKAU SUKAI), SERTA TURUTLAH JALAN-JALAN PERATURAN TUHANMU YANG DIILHAMKAN DAN DIMUDAHKANNYA KEPADAMU”. (DENGAN ITU) AKAN KELUARLAH DARI DALAM BADANNYA MINUMAN (MADU) YANG BERLAINAN WARNANYA, YANG MENGANDUNGI PENAWAR BAGI MANUSIA (DARI BERBAGAI-BAGAI PENYAKIT). SESUNGGUHNYA PADA YANG DEMIKIAN ITU, ADA TANDA (YANG MEMBUKTIKAN KEMURAHAN ALLAH) BAGI ORANG-ORANG YANG MAHU BERFIKIR.} (AN-NAHL 16:69)

  1. Allah SWT perintahkan kepada lebah untuk bunga dan buah-buahan yang disukainya.
  2. Kemudian ikutlah peraturan yang Allah telah tetapkan.
  3. Kemudian akan keluar madu daripada perut lebah ini yang berlainan warna dan rasanya. Masya Allah ini terbukti, ada madu yang pahit, manis, cair pekat, kuning coklat dan pelbagai lagi.

Penutup & Faedah

  1. Antara ciri-ciri kebesaran Allah SWT ditunjukkan dalam ayat-ayat ini ialah nikmat yang Allah SWT anugerahkan kepada manusia:
    1. Nikmat pertama dalam siri ini Air, punca segala nikmat, yang berasal dari atas. Air menghidupkan bumi yang kering dan menumbuhkan tumbuh-tumbuhan.
    2. Haiwan makan tumbuhan ini, proses makanannya dan dari perutnya keluar susu yang menjadi minuman kepada manusia.
    3. Dari hujan keluar tumbuh-tumbuhan seperti kurma dan anggur.(disebut dua jenis buah ini kerana ia sinonim dengan bangsa Arab pada masa itu.)
      (sakara – maksudnya minuman haram yang memabukkan yang diperah dari dua jenis buah ini – tetapi asal buah itu sendiri adalah halal).
      (Dari nikmat binatang kepada nikmat tumbuhan).
    4. Keistimewaan sejenis haiwan yang bernama lebah:
    1. Mendapat ilham dari Allah SWT untuk membuat rumahnya,
    2. Disuruh makan yang baik-baik apa yang disukainya.
    3. Diajar untuk hidup menurut peraturan yang Allah telah tetapkan.
    4. Darinya keluar madu yang bermacam jenis serta menjadi penawar kepada manusia.

Alhamdulillah.

Tandakan selesai dibaca Simpan nota

Daftar percuma untuk menyimpan nota dan menjejak bacaan.

Kongsi nota ini

Sebarkan ilmu kepada keluarga dan sahabat.

WhatsApp Telegram

Ada soalan tentang ayat ini?

Hantar kepada Dr. Abu Anas — jawapan terpilih disiarkan.

Tanya Dr. Abu Anas