Langkau ke kandungan
Logo Abu Anas Madani

Pasang aplikasi di iPhone atau iPad

  1. Dalam Safari, ketik butang Kongsi di bar bawah (atau atas).
  2. Tatal ke bawah dan pilih Tambah ke Skrin Utama (Add to Home Screen).
  3. Ketik Tambah (Add). Ikon laman akan muncul di skrin utama seperti aplikasi.

أذكار الصباح والمساء

Zikir pagi dan petang

24 bacaan

Dengar huraian Dr. AAM
Saiz tulisan

الحَمْدُ للهِ وَحْدَهُ، والصَّلاةُ والسَّلاَمُ عَلَى مَنْ لاَ نَبِيَّ بَعْدَهُ.

Segala puji bagi Allah, Tuhan Yang Esa dan selawat serta salam ke atas Nabi yang tidak ada lagi nabi selepasnya1.

  1. Dari Anas رضي الله عنه: sabda Nabi ﷺ yang bermaksud: “Kalau aku duduk bersama kaum yang menyebut nama Allah Ta'ala selepas solat subuh hingga naik matahari lebih aku suka dari memerdekakan empat orang dari keturunan Nabi Ismail dan kalau aku duduk bersama kaum yang menyebut nama Allah Ta'ala selepas solat asar hingga terbenam matahari lebih aku sukai daripada memerdekakan empat orang”. Abu Daud No. 3667. Al-Albani, Sahih Abu Daud 2/698: Hasan.
Bacaan 75

أََعُوْذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ.

“Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam”.

Membaca Ayat Al-kursi:

﴿اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لَا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلَّا بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلَّا بِمَا شَاءَ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَلَا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ ٢٢٥﴾1

Rujukan
  1. Surah Al-Baqarah, ayat 255. (sila lihat terjemahannya pada doa yang ke-71). “Sesiapa yang membacanya pada waktu pagi akan dipelihara daripada gangguan jin sehingga petang dan sesiapa yang membacanya pada waktu petang akan dipelihara daripada gangguan jin sehingga pagi”. Al-Hakim 1/562. Ditashih oleh Al-Albani dalam Sahih at-Targhib wa at-Tarhib 1/273, dan disandarkan kepada An-Nasa’i dan at-Tabarani, katanya: Isnad at-Tabarani baik.
Bacaan 76 3 kali

Membaca 3 Qul:

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ.. ..

قُلْ أَعُوْذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ...

قُلْ أَعُوْذُ بِرَبِّ النَّاسِ. .1

Rujukan
  1. (sila lihat terjemahannya pada doa yang ke-70). “Sesiapa yang membacanya (3 Qul) sebanyak tiga kali pada waktu pagi dan waktu petang cukup baginya (sebagai pelindung) dari semua perkara”. Abu Daud 4/322, At-Tirmizi 5/567. Lihat: Sahih At-Tirmizi 3/182.
Bacaan 77

أَصْبَحْنَا وَأَصْبَحَ (أَمْسَيْنَا وَأَمْسَى) الْمُلْكُ لِلَّهِ ِ وَالْحَمْدُ لِلَّه،ِ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ، رَبِّ أَسْأَلُكَ خَيْرَ مَا فِيْ هَذَا اليَوْمِ وَخَيْرَ مَا بَعْدَهُ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا فِي هَذَا اليَوْمِ وَشَرِّ مَا بَعْدَهُ، رَبِّ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْكَسَل،ِ وسُوءِ الكِبَرِ، رَبِّ أَعُوْذُ بِكَ مِنْ عَذَابٍ فِيْ النَّارِ وَعَذَابٍ فِيْ الْقَبْرِ.

“Kami hayati pagi (petang) kami dan pagi (petang) yang penuh Kekuasaan bagi Allah dan segala kepujian bagi Allah, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Esa, Yang tiada sekutu bagi-Nya, baginya segala kekuasaan dan baginya segala pujian dan Dia berkuasa di atas setiap sesuatu. Ya Tuhanku, Aku memohon kepada-Mu kebaikan yang terdapat pada hari (malam) ini dan kebaikan yang terdapat selepasnya dan aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan yang terdapat pada hari (malam) ini dan kejahatan yang berlaku selepasnya. Ya Tuhanku, aku berlindung dengan-Mu daripada sifat malas dan usia yang terlalu tua (yang datang dengan pelbagai keburukan). Ya Tuhanku, aku berlindung dengan-Mu daripada azab neraka dan azab kubur”3.

Rujukan
  1. Pada waktu petang, baca bacaan dalam kurungan sebagai ganti kepada baccan yang bergaris. Kaedah ini terpakai untuk bacaan-bacaan yang ada dalam bab (27. zikir pagi dan petang) ini.
  2. Pada waktu petang dibaca dengan: رَبِّ أَسْأَلُكَ خَيْرَ مَا فِي هَذِهِ اللَّيْلَةِ وَخَيْرَ مَا بَعْدَهَا، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا فِي هَذِهِ اللَّيْلَةِ وَشَرِّ مَا بَعْدَهَا.
  3. Muslim 4/2088.
Bacaan 78

اللَّهُمَّ بِكَ أَصْبَحْنَا، وَبِكَ أَمْسَيْنَا، وَبِكَ نَحْيَا، وَبِكَ نَمُوتُ، وَإِلَيْكَ النُّشُوْرُ.

“Ya Allah, dengan-Mu kami hayati waktu pagi (petang) kami, dengan-Mu kami hayati waktu petang (pagi) kami, dengan-Mu kami hidup, dengan-Mu kami mati dan kepada-Mu kami akan kembali”2.

Rujukan
  1. Pada waktu petang dibaca dengan: اللَّهُمَّ بِكَ أَمْسَيْنَا، وَبِكَ أَصْبَحْنَا، وَبِكَ نَحْيَا، وَبِكَ نَمُوتُ، وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ.
  2. At-Tirmizi 5/466. Lihat: Sahih At-Tirmizi 3/142.
Bacaan 79

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوءُ بِذَنْبِي، فَاغْفِرْ لِي فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ أَنْتَ.

“Ya Allah, engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau, Engkau telah menjadikan aku dan aku adalah hamba-Mu, dan aku teguh di atas perintah (untuk mentauhidkan Allah dan mentaatinya) dan perjanjian-Mu sekadar keupayaanku. Aku berlindung dengan-Mu daripada segala kejahatan yang telah aku lakukan, aku mengakui nikmat-Mu ke atasku dan aku mengaku akan dosaku. Ampunilah daku, sesungguhnya tiada yang dapat mengampunkan apa-apa dosa melainkan Engkau”1.

Rujukan
  1. “Sesiapa yang membacanya dengan penuh keyakinan ketika petang kemudian dia mati pada malamnya dia akan dapat masuk syurga, demikian juga kalau dia membacanya pada waktu pagi”. Al-Bukhari 7/150.
Bacaan 80 4 kali

اللَّهُمَّ إِنِّي أَصْبَحْتُ أُشْهِدُكَ وَأُشْهِدُ حَمَلَةَ عَرْشِكَ، وَمَلائِكَتَكَ وَجَمِيعَ خَلْقِكَ، أَنَّكَ أَنْتَ اللَّهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ وَحْدَكَ لاَشَرِيكَ لَكَ، وأَنَّ مُحَمَّداً عَبْدُكَ وَرَسُولُكَ.

“Ya Allah, sesungguhnya pada pagi (petang) ini aku mempersaksikan kepada-Mu dan aku mempersaksikan kepada Malaikat yang memikul arasy-Mu, malaikat-malaikat dan semua makhluk-Mu, bahawa sesungguhnya Engkau adalah Allah, tidak ada yang berhak disembah melainkan Engkau, Yang Esa tidak ada sekutu bagi-Mu, dan sesungguhnya Nabi Muhammad adalah hamba dan rasul-Mu”.

(dibaca empat kali)1.

Rujukan
  1. “Sesiapa yang membacanya pada waktu pagi atau petang empat kali Allah SWT akan memerdekakannya dari api neraka”. Abu Daud 4/317, Al-Bukhari dalam Al-Adab al-Mufrad No. 1201, An-Nasa’i dalam Amal al-Yaum wa al-Lailah No. 9, Ibnu As-Sunni No. 70, kata Ibnu Baz: Sanad An-Nasa’i dan Abu Daud Hasan, Tuhfatul Akhyar ms 23.
Bacaan 81

اللَّهُمَّ مَا أَصْبَحَ بِيْ مِنْ نِعْمَةٍ أَوْ بِأَحَدٍ مِنْ خَلْقِكَ فَمِنْكَ وَحْدَكَ لاَشَرِيكَ لَكَ، فَلَكَ الْحَمْدُ وَلَكَ الشُّكْرُ.

“Ya Allah, segala nikmat yang aku perolehi pada pagi (petang) ini, atau yang diperolehi oleh setiap sesuatu daripada makhluk-Mu, maka semuanya adalah kurniaan daripada-Mu Yang Esa, tidak ada sekutu bagi-Mu, maka hanya untuk-Mulah segala pujian dan hanya untuk-Mulah segala kesyukuran”1.

Rujukan
  1. “Sesiapa yang membacanya pada waktu pagi maka dia telah bersyukur pada hari itu dan siapa yang membacanya pada waktu petang maka dia telah bersyukur pada malam itu”. Abu Daud 4/318. An-Nasa’i dalam Amal al-Yaum wa al-Lailah, No. 7. Ibnu As-Sunni No. 41. Dinisbahkan kepada Ibnu Hibban di dalam ‘Mawarid’ No. 2361. Ibnu Baz: Hasan, Tuhfatul Akhyar, ms 24.
Bacaan 82 3 kali

اللَّهُمَّ عَافِنِي فِي بَدَنِي، اللَّهُمَّ عَافِنِي فِي سَمْعِي، اللَّهُمَّ عَافِنِي فِي بَصَرِي، لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ. اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْكُفْر، وَالْفَقْرِ، وأَعُوْذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ القَبْرِ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ.

“Ya Allah, kurniakanlah kesihatan pada badanku, Ya Allah, kurniakanlah kesihatan pada pendengaranku, Ya Allah, kurniakanlah kesihatan pada penglihatanku, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau. Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada kekufuran dan kefakiran, dan aku berlindung dengan-Mu daripada azab kubur, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau”. (dibaca tiga kali)1.

Rujukan
  1. Riwayat Abu Daud 4/324, Ahmad 5/42. An-Nasa’i dalam Amal al-Yaum wa al-Lailah, No 22. Ibnu As-Sunni, No 69. Al-Bukhari dalam Al-Adab al-Mufrad. Ibnu Baz: Hasan, Tuhfatul Akhyar 26.
Bacaan 83

حَسْبِيَ اللَّهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ.

“Cukuplah Allah (sebagai pelindung) bagiku, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, kepada-Nya aku bertawakkal dan Dialah Tuhan yang menguasai Arasy yang agung”.

(dibaca tujuh kali)1.

Rujukan
  1. “Sesiapa yang membacanya pada pada waktu pagi dan petang sebanyak tujuh kali, Allah SWT mencukupkannya apa yang diperlukan dirinya daripada pekerjaan dunia dan akhirat”. Riwayat Ibnu As-Sunni No. 71 secara marfu’, dan Abu Daud 4/321 secara mauquf. Seyikh Shu’aib Al-Arnauut telah menilai sanadnya sebagai sahih. Lihat: Zadul Ma’aad 2/376.
Bacaan 84

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ: فِي دِينِي وَدُنْيَايَ وَأَهْلِي، وَمَالِي، اللَّهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَاتِي، وَآمِنْ رَوْعَاتِي، اللَّهُمَّ احْفَظْنِي مِنْ بَيْنِ يَدَيَّ، وَمِنْ خَلْفِي، وَعَنْ يَمِينِي، وَعَنْ شِمَالِي، وَمِنْ فَوْقِي، وَأَعُوْذُ بِعَظَمَتِكَ أَنْ أُغْتَالَ مِنْ تَحْتِيَ.

“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu keampunan dan kesejahteraan di dunia dan di akhirat. Ya Allah, aku memohon kepada-Mu keampunan dan kesejahteraan pada agamaku, duniaku, keluargaku dan hartaku. Ya Allah, tutupkanlah keaibanku dan amankanlah diriku daripada rasa takut. Ya Allah, peliharalah diriku dari hadapan dan belakangku, dari kanan dan kiriku serta dari atasku dan aku berlindung dengan keagungan-Mu daripada diceroboh (dianiyayai) dari sebelah bawahku”1.

Rujukan
  1. Abu Daud, Ibnu Majah. Lihat: Sahih Ibnu Majah 2/332.
Bacaan 85

اللَّهُمَّ عَالِمَ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَاطِرَ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ، رَبَّ كُلِّ شَيْءٍ وَمَلِيكَهُ، أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ، أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ نَفْسِي، وَمِنْ شَرِّ الشَّيْطَانِ وَشِرْكِهِ، وَأَنْ أَقْتَرِفَ عَلَى نَفْسِي سُوءاً أَوْ أَجُرَّهُ إِلَى مُسْلِمٍ.

“Ya Allah, Tuhan yang mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata, Pencipta langit dan bumi, Tuhan setiap sesuatu dan Pemiliknya, aku mengaku bahawa Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau, aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan diriku dan kejahatan syaitan dan segala tipu dayanya, dan aku berlindung daripada aku sendiri terdorong untuk melakukan kejahatan atau aku mendorong seorang Muslim (orang lain) untuk melakukannya”1.

Rujukan
  1. At-Tirmizi, Abu Daud. Lihat: Sahih At-Tirmizi 3/142.
Bacaan 86 3 kali

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الأَرْضِ وَلاَ فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ.

“Dengan Nama Allah yang tidak mendatangkan mudharat bersama nama-Nya oleh sesuatu di bumi dan tidak juga di langit, Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”.

(dibaca tiga kali)1.

Rujukan
  1. “Sesiapa yang membacanya sebanyak tiga kali pada waktu pagi dan petang maka tidak ada sesuatu pun yang boleh memudharatkannya”. Abu Daud 4/323, At-Tirmizi 5/465, Ibnu Majah dan Ahmad. Lihat: Sahih Ibnu Majah 2/332, Tuhfatul Akhyar ms 39.
Bacaan 87 3 kali

رَضِيتُ بِاللَّهِ رَبًّا، وَبِالْإِسْلَامِ دِينًا، وَبِمُحَمَّدٍ ﷺ نَبِيًّا.

“Aku redha Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama dan Muhammad ﷺ sebagai Nabi”.

(Dibaca tiga kali)1.

Rujukan
  1. “Sesiapa yang membacanya tiga kali pada waktu pagi dan petang dia akan mendapat keredhaan Allah pada hari kiamat”. Ahmad 4/337, An-Nasa’i dalam Amal al-Yaum wa al-Lailah No. 4, Ibnu As-Sunni No. 68, Abu Daud 4/318, At-Tirmizi 5/465, Ibnu Baz: Hasan, Tuhfatul Akhyar 39.
Bacaan 88

يَاحَيُّ يَاقَيُّومُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيثُ أَصْلِحْ لِي شَأْنِي كُلَّهُ وَلاَ تَكِلْنِي إِلَى نَفْسِي طَرْفَةَ عَيْنٍ.

“Wahai Yang Tetap Hidup, Yang Kekal memerintah selama-lamanya, dengan rahmat-Mu aku memohon pertolongan. Perelokkanlah bagiku segala urusanku dan janganlah Engkau biarkankan nasibku ditentukan oleh diriku sendiri walaupun sekadar sekelip mata”.1

Rujukan
  1. Al-Hakim mentashihnya dan disokong oleh Az-Zahabi 1/545. Lihat: Sahih At-Targhib wa At-Tarhib 1/273.
Bacaan 89

أَصْبَحْنَا وَأَصْبَحَ الْمُلْكُ لِلِّهِ رَبِّ العَالَمِينَ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ خَيْرَ هَذَا الْيَوْمِ، فَتْحَهُ، وَنَصْرَهُ، وَنُورَهُ، وَبَرَكَتَهُ، وَهُدَاهُ، وأَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا فِيهِ وَشرِّ مَا بَعْدَهُ.

“Kami hayati pagi (petang) kami dan pagi (petang) yang penuh Kekuasaan bagi Allah tuhan sekalian alam. Ya Allah, aku memohon kepada-Mu kebaikan hari (malam) ini serta pembukaan, pertolongan, cahaya (taufiq dan hidayah), keberkatan dan petunjuk yang ada padanya. Dan aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan hari (malam) ini dan kejahatan yang datang selepasnya”2.

Rujukan
  1. Pada waktu petang dibaca dengan: أَمْسَيْنَا وَأَمْسَى الْمُلْكُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ خَيْرَ هَذِهِ اللَّيْلَةِ، فَتْحَهَا، وَنَصْرَهَا، وَنُورَهَا وَبَرَكَتَهَا، وَهُدَاهَا، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا فِيهَا وَشَرِّ مَا بَعْدَهَا.
  2. Abu Daud 4/322, Kata Syu’aib dan Abdul Qadir Al-Arnauut: Sanadnya Hasan. Lihat: Tahqiq Zadul Ma’aad 2/373.
Bacaan 90

أَصْبَحْنَا عَلَى فِطْرَةِ الإِسْلامِ، وَعَلَى كَلِمَةِ الإِخْلاصِ، وَعَلَى دِينِ نَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى مِلِّةِ أَبِينَا إِبْرَاهِيمَ، حَنِيفاً مُسْلِماً وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ.

“Kami hayati pagi (petang) ini di atas landasan fitrah Islam, di atas kalimah ikhlas (yakni kalimah: (لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ) dan di atas agama Nabi kami Muhammad ﷺ yang juga agama bapa kami Nabi Ibrahim عليه السلام yang lurus lagi tunduk kepada Allah dan baginda bukanlah seorang yang musyrik”1.

Rujukan
  1. Ahmad 3/406,407, Ibnu As-Sunni dalam Amal al-Yaum wa al-Lailah No. 34. Lihat: Sahih Al-Jami' 4/209.
Bacaan 91 100 kali

سُبْحَانَ اللَّهِ وبِحَمْدِهِ.

“Maha Suci Allah dan segala pujian bagi-Nya”. (dibaca 100 Kali)1.

Rujukan
  1. “Sesiapa yang membacanya sebanyak 100 kali pada waktu pagi dan petang tidak ada seorang pun pada hari kiamat lebih baik daripada amalannya kecuali mereka yang beramal sepertinya atau lebih daripadanya”. Muslim 4/2071.
Bacaan 92 10 kali

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ.

“Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Esa, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya segala kekuasaan dan bagi-Nya segala pujian, dan Dia maha berkuasa ke atas setiap sesuatu”.

(10 kali)1 Atau (sekali sahaja ketika penat)2.

Rujukan
  1. An-Nasa’i dalam Amal al-Yaum wa al-Lailah No. 24. Lihat: Sahih At-Targhib wa At-Tarhib 1/272, Tuhfatul Akhyar 44. Lihat kelebihannya pada bacaan No. (255).
  2. Abu Daud 4/319, Ibnu Majah, Ahmad 4/60. Lihat: Sahih At-Targhib wa At-Tarhib 1/270, Sahih Abu Daud 3/957, Sahih Ibnu Majah 2/331, Zadul Ma’aad 2/377.
Bacaan 93 100 kali

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ.

“Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Esa, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya segala kekuasaan dan bagi-Nya segala pujian, dan Dia maha berkuasa ke atas setiap sesuatu”.

(dibaca 100 kali pada waktu pagi)1.

Rujukan
  1. “Sesiapa yang membacanya sebanyak 100 kali dalam sehari, Allah Ta'ala mengurniakan pahala kepadanya seperti memerdekakan sepuluh orang hamba, dituliskan baginya 100 pahala dan dihapuskan darinya 100 kesalahan dan dia terpelihara daripada syaitan hingga petang. Dan tidak ada seorang pun yang lebih baik amalan daripadanya kecuali mereka yang beramal lebih daripadanya”. Al-Bukhari 4/95, Muslim 4/2071.
Bacaan 94 3 kali

سُبْحَانَ اللَّهِ وبِحَمْدِهِ: عَدَدَ خَلْقِهِ، وَرِضَا نَفْسِهِ، وَزِنَةَ عَرْشِهِ وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ.

“Maha Suci Allah dan aku memuji-Nya sebanyak makluk ciptaan-Nya, keredhaan diri-Nya, seberat timbangan Arasy-Nya dan sebanyak tinta Kalimah-Nya”.

(tiga kali pada waktu pagi)1.

Rujukan
  1. Muslim 4/2090.
Bacaan 95

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْماً نَافِعاً، وَرِزْقاً طَيِّباً، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً.

“Ya Allah, aku memohon daripada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima”.

(dibaca waktu pagi)1.

Rujukan
  1. Ibnu As-Sunni dalam Amal al-Yaum wa al-Lailah No. 54, Ibnu Majah No. 925. Kata Al-Arna’ut di dalam Tahqiq Zadul Ma’aad 2/375: Sanadnya Hasan.
Bacaan 96 100 kali

أَسْتَغْفِرُ اللهَ وَأَتُوْبُ إِلَيْهِ.

“Aku memohon keampunan daripada Allah dan aku bertaubat kepada-Nya”.

(dibaca 100 kali sehari)1.

Rujukan
  1. Al-Bukhari serta Fathul Bari 11/101, Muslim 4/2075.
Bacaan 97 3 kali

أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ.

“Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada kejahatan makhluk-makhluk yang jahat”.

(dibaca tiga kali pada waktu petang)1.

Rujukan
  1. “Sesiapa yang membacanya pada waktu petang, dia tidak akan terkena apa-apa sengatan dan gigitan berbisa pada waktu malamnya”. Ahmad 2/290, An-Nasa’i dalam Amal al-Yaum wa al-Lailah No. 590, Ibnu As-Sunni No. 68. Lihat: Sahih At-Tirmizi 3/187, Sahih Ibnu Majah 2/266, Tuhfatul Akhyar 45.
Bacaan 98 10 kali

اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى نَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ.

“Ya Allah, kurniakanlah selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad”.

(10 kali)1.

Rujukan
  1. “Sesiapa yang berselawat ke atasku pada waktu pagi 10 kali dan waktu petang 10 kali, dia akan mendapat syafaatku pada hari kiamat”. At-Tabarani melalui dua sanad, salah satunya baik. Lihat: Majma’ Az-Zawaid 10/120, Sahih At-Targhib wa At-Tarhib 1/273.