Langkau ke kandungan
Logo Abu Anas Madani

Pasang aplikasi di iPhone atau iPad

  1. Dalam Safari, ketik butang Kongsi di bar bawah (atau atas).
  2. Tatal ke bawah dan pilih Tambah ke Skrin Utama (Add to Home Screen).
  3. Ketik Tambah (Add). Ikon laman akan muncul di skrin utama seperti aplikasi.

أذكار النوم

Bacaan sebelum dan selepas tidur

13 bacaan

Dengar huraian Dr. AAM
Saiz tulisan
Bacaan 99 3 kali

“Apabila Rasululllah ﷺ hendak tidur di tempat tidurnya pada waktu malam, baginda menyatukan kedua-dua tapak tangannya dan meniup kedua-duanya lalu membaca:

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ.. ..

قُلْ أَعُوْذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ...

قُلْ أَعُوْذُ بِرَبِّ النَّاسِ..

Kemudian, baginda menyapu dengan kedua-duanya bahagian tubuh yang mampu dicapai oleh baginda. Baginda memulakannya dari kepala, kemudian muka dan seterusnya bahagian hadapan tubuh. Baginda melakukannya sebanyak tiga kali”1.

Rujukan
  1. Al-Bukhari serta Fathul Bari 9/62, Muslim 4/1723.
Bacaan 100

Ayat kursi1.

﴿اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لَا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلَّا بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلَّا بِمَا شَاءَ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَلَا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ ٢٢٥﴾.2

Rujukan
  1. “Sesiapa yang membacanya ketika hendak tidur, dia akan dipelihara oleh Allah dan syaitan tidak menghampirinya sehingga waktu pagi”. Al-Bukhari serta Fathul Bari 4/487.
  2. Surah Al-Baqarah, ayat 255. (Lihat terjemahannya pada doa ke-71).
Bacaan 101

﴿آمَنَ الرَّسُولُ بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْهِ مِنْ رَبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ كُلٌّ آمَنَ بِاللَّهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِنْ رُسُلِهِ وَقَالُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ ٢٨٥ لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنْتَ مَوْلَانَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ ٢٨٦﴾

“Rasulullah ﷺ telah beriman dengan segala yang diturunkan kepadanya daripada Tuhannya. Demikian juga orang-orang yang beriman; Semuanya beriman kepada Allah dan para malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya serta rasul-rasul-Nya. (Mereka berkata): “Kami tidak membezakan di antara seorang rasul dengan rasul-rasul yang lain.” Mereka berkata lagi: “Kami dengar dan kami taat. (Kami memohon) keampunan-Mu wahai Tuhan kami dan kepada-Mu jualah tempat kembali.” (285)

Allah tidak memberatkan seseorang melainkan dengan sesuatu yang terdaya dilakukan olehnya. Dia mendapat pahala daripada kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa dari kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami bersalah jika kami terlupa atau kami tidak sengaja. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat seperti yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami sesuatu yang kami tidak terdaya memikulnya, dan maafkanlah kesalahan kami serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami. Oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan ke atas kaum-kaum yang kafir”1.

Rujukan
  1. Surah Al-Baqarah, ayat 285-286. “Sesiapa yang membaca dua ayat ini pada waktu malam cukuplah ia sebagai pelindung”. Al-Bukhari serta Fathul Bari 9/94, Muslim 1/554.
Bacaan 102

بِاسْمِكَ رَبِّي وَضَعْتُ جَنْبِي، وَبِكَ أَرْفَعُهُ، فَإِنْ أَمْسَكْتَ نَفْسِي فَارْحَمْهَا، وَإِنْ أَرْسَلْتَهَا فَاحْفَظْهَا، بِمَا تَحْفَظُ بِهِ عِبَادَكَ الصَّالِحِينَ.

“Dengan nama-Mu wahai Tuhanku aku letakkan lambungan rusukku dan dengan nama-Mu aku mengangkatnya. Sekiranya Engkau memegang rohku (mati) maka rahmatilah ia, sekiranya Engkau melepaskannya maka peliharalah ia sebagaimana Engkau menjaga hamba-hamba Engkau yang Soleh”.2

Rujukan
  1. “Apabila bangun seseorang kamu dari tempat tidurnya, kemudian dia kembali semula kepadanya, maka hendaklah dikibaskan tempat tidurnya itu dengan hujung kainnya sebanyak tiga kali dan sebutlah nama Allah “Bismillah” kerana dia tidak mengetahui sesuatu yang datang kepadanya selepas ditinggalkannya dan apabila hendak berbaring, bacalah doa ini”.
  2. Al-Bukhari 11/126, Muslim 4/2084.
Bacaan 103

اللَّهُمَّ إِنَّكَ خَلَقْتَ نَفْسِي وَأَنْتَ تَوَفَّاهَا، لَكَ مَمَاتُهَا وَمَحْيَاهَا، إِنْ أَحْيَيْتَهَا فَاحْفَظْهَا، وَإِنْ أَمَتَّهَا فَاغْفِرْ لَهَا. اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ.

“Ya Allah, Engkau telah menciptakan diriku (rohku) dan Engkau mematikannya (ketika aku tidur), di bawah kekuasaan-Mu urusan kematian dan kehidupannya, sekiranya engkau menghidupkannya peliharalah ia, sekiranya engkau mematikannya ampunilah ia. Ya Allah, Sesungguhnya aku memohon daripada-Mu kesejahteraan”1.

Rujukan
  1. Muslim 4/2083, Ahmad 2/79 dengan lafaznya.
Bacaan 104

اللَّهُمَّ قِنِي عَذَابَكَ يَوْمَ تَبْعَثُ عِبَادَكَ.

“Ya Allah peliharalah aku daripada azab-Mu pada hari Engkau bangkitkan hamba-hamba-Mu”.

(dibaca tiga Kali)1.

Rujukan
  1. Abu Daud 4/311 dengan lafaznya. Lihat: Sahih At-Tirmizi 3/143. “Apabila Rasulullah ﷺ hendak tidur baginda meletakkan tangan kanan di bawah pipinya lalu membaca doa ini”.
Bacaan 105

بِاسْمِكَ اللَّهُمَّ أَمُوتُ وَأَحْيَا.

“Ya Allah dengan nama-Mu aku mati (tidur) dan dengan nama-Mu aku hidup (jaga)”1.

Rujukan
  1. Al-Bukhari serta Fathul Bari 11/113, Muslim 4/2083.
Bacaan 106

سُبْحَانَ اللهِ

“Maha Suci Allah”

(33 kali),

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ

“Segala puji bagi Allah”

(33 kali)

اَللهُ أَكْبَرُ

“Allah Maha Besar”

(34 kali)1.

Rujukan
  1. “Sesiapa yang membacanya sewaktu hendak tidur adalah lebih baik baginya daripada mendapat seorang khadam.” Al-Bukhari serta Fathul Bari 7/71, Muslim 4/2091.
Bacaan 107

اللَّهُمَّ رَبَّ السَّمَوَاتِ السَّبْعِ وَرَبَّ الأَرْضِ، وَرَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ، رَبَّنَا وَرَبَّ كُلِّ شَيْءٍ، فَالِقَ الْحَبِّ وَالنَّوَى، وَمُنْزِلَ التَّوْرَاةِ وَالإِنْجِيلِ، وَالْفُرْقَانِ، أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ كُلِّ شَيْءٍ أَنْتَ آخِذٌ بِنَاصِيَتِهِ. اللَّهُمَّ أَنْتَ الأَوَّلُ فَلَيْسَ قَبْلَكَ شَيْءٌ، وَأَنْتَ الآخِرُ فَلَيْسَ بَعْدَكَ شَيْءٌ، وَأَنْتَ الظَّاهِرُ فَلَيْسَ فَوْقَكَ شَيْءٌ، وَأَنْتَ الْبَاطِنُ فَلَيْسَ دُونَكَ شَيْءٌ، اِقْضِ عَنَّا الدَّيْنَ وَأَغْنِنَا مِنَ الْفَقْرِ.

“Ya Allah, Tuhan (Yang memiliki) tujuh lapis langit dan bumi, Tuhan Arasy yang agung, Tuhan kami dan Tuhan setiap sesuatu, (Tuhan) Yang membelah (menumbuhkan) biji (tumbuh-tumbuhan) dan butir (buah-buahan), Yang menurunkan Taurat, Injil dan Furqan (Al-Quran), aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan setiap sesuatu, Engkaulah

Yang Berkuasa ke atasnya. Ya Allah, Engkau Yang Awal tiada sebelum-Mu sesuatu, Engkau Yang Akhir tiada selepas-Mu sesuatu. Engkaulah Yang Zahir (Maha Tinggi) dan tiada di atas-Mu sesuatu, Engkaulah Yang Batin (Yang Maha dekat daripada hamba-hamba-Nya dengan ilmunya) dan tiada sesuatu yang lebih dekat dari-Mu, jelaskanlah daripada kami hutang kami dan berikanlah kami kekayaan agar kami bebas daripada kefakiran”1.

Rujukan
  1. Muslim 4/2084.
Bacaan 108

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَطْعَمَنَا وَسَقَانَا، وَكَفَانَا، وَآوَانَا، فَكَمْ مِمَّنْ لاَ كَافِيَ لَهُ وَلاَ مُؤْوِيَ.

“Segala puji bagi Allah yang memberi makan dan memberi minum kepada kami dan mencukupkan kami serta memberi tempat berteduh kepada kami. Alangkah ramainya orang yang tidak ada yang mencukupkannya dan tidak ada tempat untuk berteduh”1.

Rujukan
  1. Muslim 4/2085.
Bacaan 109

اللَّهُمَّ عَالِمَ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَاطِرَ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ، رَبَّ كُلِّ شَيْءٍ وَمَلِيكَهُ، أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ، أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ نَفْسِي، وَمِنْ شَرِّ الشَّيْطَانِ وَشِرْكِهِ، وَأَنْ أَقْتَرِفَ عَلَى نَفْسِي سُوءاً أَوْ أَجُرَّهُ إِلَى مُسْلِمٍ.

“Ya Allah, Engkau mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Pencipta langit dan bumi, Tuhan dan Pemilik setiap sesuatu, aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau, aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan diriku dan kejahatan syaitan dan segala tipu dayanya, dan aku berlindung daripada aku sendiri terdorong untuk melakukan kejahatan atau aku mendorong seorang Muslim (orang lain) untuk melakukannya”1.

Rujukan
  1. Abu Daud 4/317. Lihat: Sahih At-Tirmizi 3/142.
Bacaan 110

“Membaca surah ‘As-Sajdah’ dan Surah ‘Al-Mulk”1.

Rujukan
  1. At-Tirmizi, An-Nasa’i. Lihat: Sahih Al-Jami' 4/255.
Bacaan 111

اللَّهُمَّ أَسْلَمْتُ نَفْسِي إِلَيْكَ، وَفَوَّضْتُ أَمِرِي إِلَيْكَ، وَوَجَّهْتُ وَجْهِي إِلَيْكَ، وَأَلْجَأْتُ ظَهْرِي إِلَيْكَ، رَغْبَةً وَرَهْبَةً إِلَيْكَ، لاَ مَلْجَأَ وَلاَ مَنْجَا مِنْكَ إِلاَّ إِلَيْكَ، آمَنْتُ بِكِتَابِكَ الَّذِي أَنْزَلْتَ وَبنَبِيِّكَ الَّذِي أَرْسَلْتَ.

“Ya Allah, aku serahkan diriku kepada-Mu dan aku serahkan urusanku kepada-Mu dan aku hadapkan mukaku kepada-Mu dan aku sandarkan belakangku ini kepada (kekuasaan)

Engkau, dengan mengharapkan (rahmat)-Mu dan takutkan (Azab)-Mu, tiada tempat pergantungan dan tiada tempat untuk menyelamatkan diri daripada-Mu kecuali kepada-Mu, aku beriman dengan kitab-Mu yang Engkau turunkan dan aku beriman dengan Nabi-Mu yang Engkau utuskan”1.

Rujukan
  1. Al-Bukhari serta Fathul Bari 11/113, Muslim 4/2081. “Apabila kamu hendak tidur, berwudhu’lah seperti wudhu’ untuk solat. Kemudian baringlah di atas lambung sebelah kanan dan bacalah doa ini, sekiranya engkau mati, kematianmu di atas fitrah (iman)”. Dalam Riwayat Bukhari yanglain ada tambahan “dan sekiranya engkau terjaga pada waktu pagi, engkau berpagi dalam kebaikan dan pahala.”