Pendahuluan
Zina adalah dosa yang sangat besar dan sangat keji serta seburuk-buruk jalan yang ditempuh oleh seseorang, berdasarkan firman Allah SWT:
{وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا ۖ إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا}
Maksudnya: “Dan janganlah kamu mendekati zina, kerana sesungguhnya zina itu adalah fahisyah (perbuatan yang keji) dan seburuk-buruk jalan (yang ditempuh oleh seseorang).” [al-Isra’: 32]
Penjelasan
Para ulama menjelaskan bahawa firman Allah SWT “Janganlah kamu mendekati zina” maknanya lebih mendalam daripada perkataan “Janganlah kamu berzina”, iaitu: janganlah kamu mendekati sedikit pun perkara yang berkaitan dengan zina. [Tafsir al-Qurtubi, juz 10, hlm. 253]
Yakni: janganlah kamu mendekati apa-apa yang berhubung dengan zina dan membawa kepada zina, apatah lagi sampai berzina. [al-Alusi, Ruh al-Ma‘ani, juz 15, hlm. 67–68; al-Bahr al-Muhit, juz 6, hlm. 33]
- Fahisyah: maksiat yang sangat buruk dan keji.
- Sa’a sabila: jalan yang buruk, kerana akan membawa orang yang melakukannya ke dalam neraka.
Tiada perselisihan antara para ulama bahawa zina termasuk al-kaba’ir (dosa-dosa besar) berdasarkan ayat di atas dan sabda Nabi SAW yang mulia.
Fakta yang Perlu Diketahui
Pada tahun 2008, dilaporkan lebih 250,000 sijil kelahiran tanpa nama bapa telah dikeluarkan.
Menurut sumber berita, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah mengeluarkan 257,411 sijil kelahiran yang didaftarkan tanpa dicatatkan nama bapa dari tahun 2000 hingga Julai 2008.
Menteri Dalam Negeri ketika itu, Datuk Seri Syed Hamid Albar, berkata pendaftar tidak boleh mencatatkan nama bapa dalam sijil kelahiran bagi anak-anak tidak sah taraf, iaitu anak-anak luar nikah, kecuali atas permintaan bersama ibu dan orang yang mengaku dirinya sebagai bapa, selaras dengan peruntukan Seksyen 13 Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299). [Berita Harian, 29 Oktober 2008]
Maka secara purata (bagi tempoh lapan tahun tujuh bulan itu):
- kira-kira 30,000 kes setahun;
- kira-kira 2,500 kes sebulan;
- kira-kira 82 kes sehari;
- satu kes pendaftaran bagi setiap kira-kira 17½ minit!
Ini adalah hasil perzinaan yang menyebabkan kehamilan dan yang didaftarkan. Bagaimana dengan kelahiran yang tidak didaftarkan? Berapakah jumlah sebenar bayi yang dibuang atau dibunuh begitu sahaja, sama ada yang dijumpai atau tidak? Wallahu a’lam.
Bagaimana pula dengan zina yang tidak menyebabkan kehamilan? Berapa ramai agaknya jika kita andaikan, sekadar andaian sahaja, bahawa satu kehamilan itu hasil daripada sepuluh perzinaan? Tentu jumlahnya jauh lebih besar, iaitu kira-kira:
820 kes zina sehari atau 300,000 kes zina setahun atau lebih 2.5 juta kes zina antara tahun 2000 hingga 2008!
((اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ زَوَالِ نِعْمَتِكَ، وَتَحَوُّلِ عَافِيَتِكَ، وَفُجَاءَةِ نِقْمَتِكَ، وَجَمِيعِ سَخَطِكَ)) [رواه مسلم]
Maksudnya: “Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada lenyapnya nikmat-Mu, berubahnya afiat-Mu, bencana-Mu yang datang tiba-tiba dan segala kemurkaan-Mu.” [HR Muslim]
يقول الشاعر: أصونُ عِرضِي بمالي لا أبدّدُه *** لا بارك الله بعدَ العرضِ في المال
Kata penyair: “Aku pelihara kehormatanku dengan hartaku, tidak aku sia-siakan; semoga Allah tidak memberkati harta setelah hilangnya kehormatan.”
Menjaga kehormatan diri dan keturunan termasuk dalam perkara asas (adh-dharuriyyat) yang wajib dijaga.
Tanda-tanda Kiamat
Akhir Zaman dan Bahaya Zina, Penzina serta Anak Zina
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ: ((إِنَّ مِنْ أَشْرَاطِ السَّاعَةِ أَنْ يُرْفَعَ الْعِلْمُ، وَيَثْبُتَ الْجَهْلُ، وَيُشْرَبَ الْخَمْرُ، وَيَظْهَرَ الزِّنَا)). رواه البخاري ومسلم
Maksudnya: “Sesungguhnya antara tanda-tanda kiamat ialah diangkat ilmu (agama), tersebar kejahilan (terhadap agama), arak diminum (secara berleluasa) dan zina dilakukan secara terang-terangan.” [HR al-Bukhari no. 80, Muslim no. 2671]
Huraian hadis: Antara tanda-tanda kiamat ialah ramai orang yang jahil tentang agama, serta arak dan zina bermaharajalela. Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh at-Tabarani, ditambah: amalan riba.
Nabi SAW bersabda:
{بَيْنَ يَدَيِ السَّاعَةِ يَظْهَرُ الرِّبَا وَالزِّنَا وَالْخَمْرُ}
[رواه الطَّبَرَانِيُّ بِسَنَدٍ صَحِيحٍ. الزواجر عن اقتراف الكبائر]
Maksudnya: “Menjelang kiamat akan zahir zina, riba dan arak.”
Zina, arak dan riba adalah tiga unsur kejahatan yang berlaku kerana sifat jahil. Tidak semestinya mereka jahil tentang hukum haramnya, kerana ramai yang tahu keharamannya namun tetap melakukannya.
Sifat jahil tersebut boleh dimaksudkan sebagai jahil terhadap Allah SWT kerana jauhnya diri mereka daripada-Nya serta kerasnya hati mereka, hingga tanpa rasa takut melakukan apa yang dilarang oleh Allah SWT dan meninggalkan apa yang disuruh-Nya (walaupun mereka memiliki sijil pengajian Islam).
Banyak Anak Zina Dilahirkan
Ummul Mukminin Maimunah RA berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
((لَا تَزَالُ أُمَّتِي بِخَيْرٍ مَا لَمْ يَفْشُ فِيهِمْ وَلَدُ الزِّنَا، فَإِذَا فَشَا فِيهِمْ وَلَدُ الزِّنَا أَوْشَكَ أَنْ يَعُمَّهُمُ اللَّهُ بِعِقَابٍ)) رواه أحمد
“Umatku akan sentiasa berada dalam kebaikan selagi tidak tersebar luas anak zina dalam kalangan mereka. Apabila anak zina tersebar luas dalam kalangan mereka, hampir sahaja Allah akan menimpakan azab kepada mereka seluruhnya.” [Riwayat Ahmad; kata al-Munziri (at-Targhib, 3/265): isnadnya hasan]
Berzina Secara Terang-terangan
Maka benarlah sabda Nabi SAW bahawa tanda hampirnya kiamat ialah banyaknya berlaku perzinaan. Kes-kes zina asalnya dilakukan secara tersembunyi, namun di akhir zaman nanti perzinaan tidak lagi dilakukan secara tersembunyi tetapi secara terang-terangan.
Daripada ‘Abdullah bin ‘Amru bin al-‘As RA, sabda Nabi SAW:
((لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يَتَسَافَدُوا فِي الطَّرِيقِ تَسَافُدَ الْحَمِيرِ)) قلت: إن ذلك لكائن؟ قال: ((نَعَمْ، لَيَكُونَنَّ)) [السلسلة الصحيحة، رقم 2724 (صحيح)]
ومعنى يتسافدون: أي يجامع الرجال النساء بحضرة الناس كما يفعل الحمير ولا يكترثون لذلك.
Maksudnya: “Tidak akan berlaku kiamat sehingga manusia bersetubuh di jalanan sebagaimana keldai.” Aku bertanya: “Adakah itu benar-benar akan terjadi?” Jawab baginda: “Ya, ia pasti akan terjadi.” [Riwayat Ibnu Hibban, al-Bazzar dan at-Tabarani; hadis sahih]
Jika ramai penzina dan anak zina, maka bertepatanlah dengan khabar Nabi SAW bahawa kiamat tidak akan berlaku melainkan ke atas manusia yang paling jahat dan tidak mengenal Allah SWT [lihat HR Muslim no. 2949 dan no. 148].
Remaja dan Gejala Zina
Gejala zina dalam kalangan remaja di negara kita berada pada tahap yang sangat membimbangkan. Ada remaja yang masih di bangku sekolah mengaku telah beberapa kali mengadakan hubungan seks bebas (berzina) dengan teman wanita. Bagaimana pula dengan yang tidak mengaku? Kini sudah wujud pula sekolah khas untuk remaja yang mengandung luar nikah; maka jangan terkejut jika satu hari nanti anda menemui sekolah yang sebahagian besar pelajarnya adalah anak zina!
Antara Punca-puncanya
Antara faktor penyebab gejala ini ialah gaya hidup yang begitu jauh daripada gaya hidup sihat seorang Muslim sejati. Kebanyakannya bermula dan berpunca daripada:
- Gaya hidup meniru orang Barat/kafir.
- Institusi keluarga yang tidak stabil; masing-masing membawa diri.
Masyarakat yang tidak peduli dengan suasana persekitaran.
Begitu ramai remaja dan pelajar yang terlibat dengan kegiatan sosial yang tidak bermoral, sama ada lumba haram, pergaulan bebas, hiburan melampau, rokok, dadah, gam, pil ecstasy, syabu (ais), arak dan sebagainya.
Situasi sosial dan kehidupan moden dalam masyarakat kita hari ini juga sebenarnya memarakkan lagi gejala zina: berleluasanya budaya wanita mendedahkan aurat dan berpakaian menjolok mata, penyebaran majalah yang mengghairahkan, video lucah, filem berunsur seksual serta bahan seks yang memenuhi internet, telefon bimbit dan media lain.
Gaya hidup moden sekarang banyak mendedahkan remaja kepada fenomena ini yang mendorong kepada hidup bebas, berpasangan dan pergaulan tanpa batas. Ini ditambah dengan rangsangan nafsu syahwat, hasutan syaitan dan dorongan budaya Barat yang buruk. Amalan hidup seperti ini membawa kepada kerosakan dan kemusnahan diri, baik di dunia mahupun di akhirat. Justeru, remaja perlu disedarkan tentang akibat buruk dan bahaya hasil tingkah laku dan perbuatan mereka ini.
Penyakit SMS/Facebook.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِيِّ ﷺ: ((كُلُّ أُمَّتِي مُعَافًى إِلَّا الْمُجَاهِرِينَ، وَإِنَّ مِنَ الْمُجَاهَرَةِ أَنْ يَعْمَلَ الرَّجُلُ بِاللَّيْلِ عَمَلًا ثُمَّ يُصْبِحَ وَقَدْ سَتَرَهُ اللَّهُ عَلَيْهِ، فَيَقُولَ: يَا فُلَانُ عَمِلْتُ الْبَارِحَةَ كَذَا وَكَذَا، وَقَدْ بَاتَ يَسْتُرُهُ رَبُّهُ، وَيُصْبِحُ يَكْشِفُ سِتْرَ اللَّهِ عَنْهُ)). رواه البخاري
Maksudnya: Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Setiap umatku dimaafkan kecuali orang-orang yang menzahirkan (menunjuk-nunjuk) dosanya. Dan termasuk perbuatan menzahirkan dosa ialah seseorang melakukan sesuatu (dosa) pada waktu malam, kemudian pada waktu pagi, sedangkan Allah telah menutup keburukannya itu, dia berkata: ‘Wahai fulan, malam tadi aku melakukan begini dan begini.’ Sepanjang malam Tuhannya menutup (dosanya), tetapi pada waktu pagi dia sendiri menyingkap tutupan Allah daripadanya.” [HR al-Bukhari dan Muslim]
- Faktor keluarga dan masyarakat yang langsung tidak ambil peduli: nafsi-nafsi!
Mungkin kerana kejahilan atau membuta tuli terhadap apa yang berlaku. Dengan kata lain, sudah “mati perasaan”, “tiada sifat ghirah” dan “amar makruf nahi mungkar” dianggap tugas pejabat agama sahaja!
ولقد كان أصحاب رسول الله ﷺ من أشد الناس غيرة على أعراضهم. روي عن رسول الله ﷺ أنه قال يومًا لأصحابه: ((إن دخل أحدكم على أهله ووجد ما يريبه أَشْهَدَ أربعًا)). فقام سعد بن عبادة متأثرًا فقال: يا رسول الله، أأدخل على أهلي فأجد ما يريبني أنتظر حتى أُشهد أربعًا؟! لا والذي بعثك بالحق! إن رأيت ما يريبني في أهلي لأطيحنَّ بالرأس عن الجسد، ولأضربنَّ بالسيف غير مصفح، وليفعل الله بي بعد ذلك ما يشاء. فقال ﷺ: ((أَتَعْجَبُونَ مِنْ غَيْرَةِ سَعْدٍ؟ لَأَنَا أَغْيَرُ مِنْهُ، وَاللَّهُ أَغْيَرُ مِنِّي، وَمِنْ أَجْلِ غَيْرَةِ اللَّهِ حَرَّمَ الْفَوَاحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ)) الحديث، أصله في الصحيحين. [البخاري: 6846، ومسلم: 1499]
Maksudnya: Para sahabat Rasulullah SAW adalah antara manusia yang paling kuat cemburu (ghirah) terhadap kehormatan keluarga mereka. Diriwayatkan bahawa apabila disebut keperluan empat saksi bagi tuduhan zina, Sa‘ad bin ‘Ubadah RA berkata: “Jika aku melihat seorang lelaki bersama isteriku, nescaya aku akan memancungnya dengan mata pedang!” Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Adakah kamu hairan dengan cemburunya Sa‘ad? Sungguh aku lebih cemburu daripadanya dan Allah lebih cemburu daripadaku. Kerana cemburu Allah itulah Dia mengharamkan segala perbuatan keji, yang zahir mahupun yang tersembunyi.” (Asal hadis ini dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim.)
يقول ابن القيم رحمه الله: (إذا رحلت الغيرة من القلب ترحَّلت المحبة، بل ترحل الدين كله).
Kata Ibnu al-Qayyim rahimahullah: “Apabila sifat cemburu (ghirah) pergi dari hati, pergilah kecintaan, bahkan pergilah agama seluruhnya.”
عَنْ سَالِمِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ أَبِيهِ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ: ((ثَلَاثَةٌ لَا يَنْظُرُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ إِلَيْهِمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ: الْعَاقُّ لِوَالِدَيْهِ، وَالْمَرْأَةُ الْمُتَرَجِّلَةُ، وَالدَّيُّوثُ. وَثَلَاثَةٌ لَا يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ: الْعَاقُّ لِوَالِدَيْهِ، وَالْمُدْمِنُ عَلَى الْخَمْرِ، وَالْمَنَّانُ بِمَا أَعْطَى)) رواه النسائي وأحمد، سنده حسن.
Maksudnya: “Tiga golongan yang Allah ‘Azza wa Jalla tidak akan memandang mereka pada hari kiamat: anak yang derhaka kepada ibu bapanya, wanita yang menyerupai lelaki dan dayus. Dan tiga golongan yang tidak akan masuk syurga: anak yang derhaka kepada ibu bapanya, peminum arak yang ketagih dan orang yang mengungkit-ungkit pemberiannya.” [HR an-Nasa’i dan Ahmad; sanadnya hasan]. Dalam syarah Sunan an-Nasa’i: al-mutarajjilah ialah wanita yang menyerupai lelaki dari segi pakaian dan penampilan (adapun dalam ilmu dan pandangan, maka ia terpuji); ad-dayyuth ialah lelaki yang tidak mempunyai rasa cemburu terhadap keluarganya.
Zina: Dosa dan Hukumannya
Zina adalah Dosa Besar
Sebagaimana ayat di atas, zina adalah dosa yang sangat besar dan keji. Bahkan wajib dijauhi faktor-faktor yang boleh mendorong kepadanya. Orang yang berzina menunjukkan tahap imannya yang sangat rendah. Imannya boleh tergugat dengan sekali rangsangan nafsu sahaja kerana tiada usaha dan kesungguhan untuk memelihara dan menjaganya.
Dicabut Iman Daripadanya
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ: ((إِذَا زَنَى الرَّجُلُ خَرَجَ مِنْهُ الْإِيمَانُ، كَانَ عَلَيْهِ كَالظُّلَّةِ، فَإِذَا انْقَطَعَ رَجَعَ إِلَيْهِ الْإِيمَانُ))
Maksudnya: “Apabila seorang lelaki berzina, keluarlah iman daripadanya, lalu iman itu berada di atasnya seperti awan yang menaungi. Apabila dia berhenti (daripada perbuatan itu), kembalilah iman itu kepadanya.” [HR Abu Daud no. 4690, daripada Abu Hurairah; sahih]
Berkata Ibnu ‘Abbas RA: “Dicabut cahaya (nur) keimanan ketika berzina.” [Riwayat al-Bukhari secara ta‘liq di awal Kitab al-Hudud; Fath al-Bari, 12/58–59]
Sabda Nabi SAW:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ النَّبِيُّ ﷺ: ((لَا يَزْنِي الزَّانِي حِينَ يَزْنِي وَهُوَ مُؤْمِنٌ، وَلَا يَشْرَبُ الْخَمْرَ حِينَ يَشْرَبُ وَهُوَ مُؤْمِنٌ، وَلَا يَسْرِقُ حِينَ يَسْرِقُ وَهُوَ مُؤْمِنٌ، وَلَا يَنْتَهِبُ نُهْبَةً يَرْفَعُ النَّاسُ إِلَيْهِ فِيهَا أَبْصَارَهُمْ حِينَ يَنْتَهِبُهَا وَهُوَ مُؤْمِنٌ)) رواه البخاري
Maksudnya: Daripada Abu Hurairah RA, katanya: Nabi SAW bersabda: “Tidaklah seorang penzina berzina ketika dia berzina dalam keadaan dia beriman. Tidaklah seseorang meminum arak ketika dia meminumnya dalam keadaan dia beriman. Tidaklah seseorang mencuri ketika dia mencuri dalam keadaan dia beriman. Dan tidaklah seseorang merampas sesuatu yang manusia memandang kepadanya dengan mata mereka ketika dia merampasnya dalam keadaan dia beriman.” [HR al-Bukhari no. 2475 dan Muslim no. 57]
Maksud hadis yang mulia ini ialah:
- Sifat seorang mukmin tidak berzina dan seterusnya.
- Apabila seorang mukmin berzina dan seterusnya, hilanglah kesempurnaan iman daripada dirinya. [Lihat syarah hadis ini dalam Fath al-Bari, hadis no. 6772 dan Syarh Muslim oleh Imam an-Nawawi, juz 2, hlm. 41–45]
Antara sifat “‘Ibad ar-Rahman” ialah tidak berzina [al-Furqan: 68; lihat Tafsir Ibnu Kathir]. Maka apabila seseorang melakukan zina, hilanglah sifat-sifat mulia daripada dirinya bersama hilangnya kesempurnaan iman dan nur keimanannya.
Jenayah Zina Orang Tua dan Orang yang Sudah Berkahwin
Kalau zina itu dilakukan oleh orang yang sudah tua, dosanya lebih besar lagi berdasarkan sabda Nabi SAW yang mulia:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ: ((ثَلَاثَةٌ لَا يُكَلِّمُهُمُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَلَا يُزَكِّيهِمْ -قَالَ أَبُو مُعَاوِيَةَ: وَلَا يَنْظُرُ إِلَيْهِمْ- وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ: شَيْخٌ زَانٍ، وَمَلِكٌ كَذَّابٌ، وَعَائِلٌ مُسْتَكْبِرٌ)) رواه مسلم
Maksudnya: “Tiga golongan yang Allah tidak akan berbicara kepada mereka pada hari kiamat, tidak menyucikan mereka dan tidak memandang mereka dan bagi mereka azab yang pedih: orang tua yang berzina, raja yang pendusta dan orang miskin yang sombong.” [HR Muslim no. 107]
Demikian juga apabila dilakukan oleh orang yang telah berkahwin atau pernah berkahwin dengan nikah yang sah, sama ada sekarang ini sebagai suami atau isteri, duda atau janda; dosanya sangat besar dan hukumannya sangat berat setimpal dengan perbuatan mereka, iaitu disebat sebanyak seratus kali kemudian direjam sampai mati atau cukup direjam sahaja (mengikut perbezaan pendapat ulama).
Adapun bagi lelaki yang masih bujang dan anak gadis, hukumannya disebat seratus kali kemudian diasingkan (dibuang daerah) selama setahun.
Peringkat Dosa Besar Zina
Dengan melihat perbezaan hukuman dunia, para ulama memutuskan bahawa besarnya dosa zina juga berbeza: daripada dosa besar kepada yang lebih besar dan sebesar-besar dosa besar. Mereka melihat siapa yang melakukannya dan dengan siapa ia dilakukan.
Zina dengan Mahram dan Isteri Jiran
عن الْمِقْدَادِ بْنِ الْأَسْوَدِ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ لِأَصْحَابِهِ: ((مَا تَقُولُونَ فِي الزِّنَا؟)) قَالُوا: حَرَّمَهُ اللَّهُ وَرَسُولُهُ، فَهُوَ حَرَامٌ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ. قَالَ: فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ لِأَصْحَابِهِ: ((لَأَنْ يَزْنِيَ الرَّجُلُ بِعَشْرَةِ نِسْوَةٍ أَيْسَرُ عَلَيْهِ مِنْ أَنْ يَزْنِيَ بِامْرَأَةِ جَارِهِ)). قَالَ: فَقَالَ: ((مَا تَقُولُونَ فِي السَّرِقَةِ؟)) قَالُوا: حَرَّمَهَا اللَّهُ وَرَسُولُهُ فَهِيَ حَرَامٌ. قَالَ: ((لَأَنْ يَسْرِقَ الرَّجُلُ مِنْ عَشْرَةِ أَبْيَاتٍ أَيْسَرُ عَلَيْهِ مِنْ أَنْ يَسْرِقَ مِنْ جَارِهِ)). مسند أحمد، صحيح الجامع
Maksudnya: Rasulullah SAW bertanya kepada para sahabatnya: “Apa pendapat kamu tentang zina?” Mereka menjawab: “Allah dan Rasul-Nya telah mengharamkannya, maka ia haram sehingga hari kiamat.” Baginda bersabda: “Seorang lelaki berzina dengan sepuluh orang wanita lebih ringan (dosanya) baginya daripada dia berzina dengan isteri jirannya.” Baginda bertanya lagi: “Apa pendapat kamu tentang mencuri?” Mereka menjawab: “Allah dan Rasul-Nya telah mengharamkannya, maka ia haram.” Baginda bersabda: “Seorang lelaki mencuri daripada sepuluh rumah lebih ringan (dosanya) baginya daripada dia mencuri daripada (rumah) jirannya.” [HR Ahmad; sahih – Sahih al-Jami‘]
Kemudian, jika dilihat dengan siapa ia dilakukan: apabila seseorang berzina dengan isteri jirannya, dia telah melakukan sebesar-besar dosa besar. Lebih membinasakan lagi apabila zina itu dilakukan dengan mahramnya, seperti ibu kandung, ibu tiri, anak, saudara kandung, anak saudara, ibu saudara dan lain-lain yang mempunyai hubungan mahram, maka hukumannya adalah bunuh. [Lihat Tafsir Ibnu Kathir, surah an-Nisa’: 22] (Nota khilaf: Hukuman bunuh dalam kes zina dengan mahram ialah pendapat sebahagian ulama, termasuk satu riwayat daripada Imam Ahmad, berdalilkan hadis al-Bara’ tentang lelaki yang mengahwini isteri bapanya (HR Abu Daud no. 4457). Jumhur ulama termasuk mazhab Syafie berpendapat hukumannya sama seperti had zina yang lain.)
Zina Menarik Bala Bencana dan Malapetaka
Sabda Nabi SAW:
((إِذَا ظَهَرَ الزِّنَا وَالرِّبَا فِي قَرْيَةٍ فَقَدْ أَحَلُّوا بِأَنْفُسِهِمْ عَذَابَ اللَّهِ)) رواه الطبراني والحاكم
Maksudnya: “Apabila zina dan riba telah zahir dalam sesebuah negeri, penduduknya telah menghalalkan (mengundang) ke atas diri mereka azab Allah.” [Riwayat al-Hakim, katanya: sahih isnadnya; juga at-Tabarani]
Pelbagai bala dan bencana di dunia:
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ قَالَ: أَقْبَلَ عَلَيْنَا رَسُولُ اللَّهِ ﷺ فَقَالَ: ((يَا مَعْشَرَ الْمُهَاجِرِينَ، خَمْسٌ إِذَا ابْتُلِيتُمْ بِهِنَّ، وَأَعُوذُ بِاللَّهِ أَنْ تُدْرِكُوهُنَّ: لَمْ تَظْهَرِ الْفَاحِشَةُ فِي قَوْمٍ قَطُّ حَتَّى يُعْلِنُوا بِهَا إِلَّا فَشَا فِيهِمُ الطَّاعُونُ وَالْأَوْجَاعُ الَّتِي لَمْ تَكُنْ مَضَتْ فِي أَسْلَافِهِمُ الَّذِينَ مَضَوْا، وَلَمْ يَنْقُصُوا الْمِكْيَالَ وَالْمِيزَانَ إِلَّا أُخِذُوا بِالسِّنِينَ وَشِدَّةِ الْمَئُونَةِ وَجَوْرِ السُّلْطَانِ عَلَيْهِمْ، وَلَمْ يَمْنَعُوا زَكَاةَ أَمْوَالِهِمْ إِلَّا مُنِعُوا الْقَطْرَ مِنَ السَّمَاءِ، وَلَوْلَا الْبَهَائِمُ لَمْ يُمْطَرُوا، وَلَمْ يَنْقُضُوا عَهْدَ اللَّهِ وَعَهْدَ رَسُولِهِ إِلَّا سَلَّطَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ عَدُوًّا مِنْ غَيْرِهِمْ فَأَخَذُوا بَعْضَ مَا فِي أَيْدِيهِمْ، وَمَا لَمْ تَحْكُمْ أَئِمَّتُهُمْ بِكِتَابِ اللَّهِ وَيَتَخَيَّرُوا مِمَّا أَنْزَلَ اللَّهُ إِلَّا جَعَلَ اللَّهُ بَأْسَهُمْ بَيْنَهُمْ)) [رواه ابن ماجه]
Maksudnya: “Wahai golongan Muhajirin, ada lima perkara yang jika kamu diuji dengannya (dan aku berlindung dengan Allah daripada kamu mendapatinya):
- Tidaklah zahir perbuatan keji (zina) dalam sesuatu kaum sehingga mereka melakukannya secara terang-terangan, melainkan akan tersebar dalam kalangan mereka taun dan penyakit-penyakit yang tidak pernah ada pada generasi sebelum mereka.
- Tidaklah mereka mengurangi sukatan dan timbangan, melainkan mereka akan ditimpa kemarau, kesempitan hidup dan kezaliman pemerintah.
- Tidaklah mereka enggan mengeluarkan zakat harta mereka, melainkan akan ditahan hujan dari langit; kalaulah tidak kerana binatang ternakan, nescaya mereka tidak diberi hujan.
- Tidaklah mereka mengingkari perjanjian Allah dan Rasul-Nya, melainkan Allah akan menguasakan ke atas mereka musuh daripada luar yang merampas sebahagian apa yang ada di tangan mereka.
- Dan selagi pemimpin-pemimpin mereka tidak berhukum dengan Kitab Allah dan memilih-milih daripada apa yang Allah turunkan, melainkan Allah menjadikan permusuhan sesama mereka.”
[HR Ibnu Majah no. 4019; dinilai hasan oleh al-Albani, as-Silsilah as-Sahihah no. 106]
Implikasi Zina Terhadap Tubuh Badan
Zina adalah jenayah mungkar dan perilaku buruk yang telah Allah SWT tetapkan baginya hukuman dunia dan balasan akhirat. Malah seorang penzina lazimnya tidak terselamat daripada pelbagai penyakit yang membinasakan sebagai hukuman Ilahi.
Telah terbukti bahawa hubungan seks bebas adalah punca beberapa penyakit kronik dan berbahaya, antaranya:
- HIV/AIDS: penyakit yang melemahkan daya ketahanan (imuniti) tubuh badan dalam melawan jangkitan kuman serta menyebabkan penyakit kronik yang membawa maut kepada penghidapnya. Ia berpindah melalui hubungan seks, daripada lelaki kepada perempuan dan sebaliknya. Sehingga hari ini belum ada penawar yang dapat menyembuhkannya sepenuhnya.
- Sifilis: penyakit yang disebabkan oleh sejenis bakteria yang menjangkiti anggota kelamin dan anggota-anggota lain bagi lelaki dan wanita. Ia boleh merebak menjadi penyakit kulit di seluruh badan dan juga boleh menyerang saraf serta saluran darah ke otak.
- Gonorea: penyakit ini menyebabkan anggota kelamin mengeluarkan cecair bernanah akibat jangkitan kuman pada anggota kelamin lelaki dan wanita. Jika berpanjangan, ia boleh menyebabkan jangkitan bernanah (abses) dan kemandulan bagi lelaki dan wanita.
Beberapa penyakit lain yang masyhur menular melalui hubungan seks ialah herpes genital (jangkitan seumur hidup yang menyebabkan luka melecet pada alat kelamin yang biasanya hilang dan muncul semula), ketuat kelamin (genital warts), hepatitis B, kanser serviks (leher rahim) akibat jangkitan HPV dan sebagainya.
Penting diketahui bahawa jangkitan bukan hanya melalui persetubuhan. Perbuatan seksual lain seperti ciuman, seks oral, seks melalui dubur dan penggunaan alat bantu seks juga berisiko menyebarkan virus.
Disebabkan pelbagai implikasi buruk, penyakit dan bencana ini, Allah SWT telah mengharamkan perbuatan ini sebagai rahmat dan petunjuk kepada manusia untuk melalui jalan-jalan kebaikan, sumber kejayaan dan keselamatan bagi agama, masyarakat, diri dan tubuh badan.
Kesan Terhadap Keturunan
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ ﷺ يَقُولُ حِينَ نَزَلَتْ آيَةُ الْمُتَلَاعِنَيْنِ: ((أَيُّمَا امْرَأَةٍ أَدْخَلَتْ عَلَى قَوْمٍ مَنْ لَيْسَ مِنْهُمْ فَلَيْسَتْ مِنَ اللَّهِ فِي شَيْءٍ، وَلَنْ يُدْخِلَهَا اللَّهُ جَنَّتَهُ. وَأَيُّمَا رَجُلٍ جَحَدَ وَلَدَهُ وَهُوَ يَنْظُرُ إِلَيْهِ احْتَجَبَ اللَّهُ مِنْهُ وَفَضَحَهُ عَلَى رُءُوسِ الْأَوَّلِينَ وَالْآخِرِينَ)) [رواه أبو داود. ضعيف الجامع]
حاشية السندي: قوله (فليست من الله في شيء) من دينه أو من رحمته، وهذا تغليظ لفعلها.
Maksudnya: “Mana-mana wanita yang memasukkan ke dalam sesuatu kaum (keluarga) anak yang bukan daripada mereka, maka dia tiada kaitan sedikit pun dengan Allah dan Allah tidak akan memasukkannya ke dalam syurga-Nya. Dan mana-mana lelaki yang menafikan anaknya sedangkan dia melihat (dan tahu) anak itu, Allah akan menghijab diri-Nya daripadanya dan memalukannya di hadapan seluruh makhluk terdahulu dan terkemudian.” [HR Abu Daud; hadis ini dinilai lemah oleh al-Albani dalam Dha‘if al-Jami‘]. Kata as-Sindi: “tiada kaitan sedikit pun dengan Allah” bermaksud daripada agama-Nya atau rahmat-Nya; ini menunjukkan beratnya perbuatan itu.
Lebih Teruk Daripada Haiwan
Haiwan pun ada yang menghukum perbuatan zina, sebagaimana kisah kera yang merejam kera yang berzina.
عَنْ عَمْرِو بْنِ مَيْمُونٍ قَالَ: (رَأَيْتُ فِي الْجَاهِلِيَّةِ قِرْدَةً اجْتَمَعَ عَلَيْهَا قِرَدَةٌ قَدْ زَنَتْ فَرَجَمُوهَا، فَرَجَمْتُهَا مَعَهُمْ) رواه البخاري.
Maksudnya: Daripada ‘Amru bin Maimun, katanya: “Aku melihat pada zaman jahiliah seekor kera betina yang dikerumuni oleh sekumpulan kera kerana ia telah berzina, lalu mereka merejamnya dan aku turut merejamnya bersama mereka.” [HR al-Bukhari no. 3849]
Dalam Fath al-Bari, Ibnu Hajar menyebut riwayat al-Isma‘ili yang lebih panjang daripada jalan ‘Isa bin Hittan daripada ‘Amru bin Maimun:
"كُنْت فِي الْيَمَن فِي غَنَم لِأَهْلِي وَأَنَا عَلَى شَرَف، فَجَاءَ قِرْد مِنْ قِرَدَة فَتَوَسَّدَ يَدهَا، فَجَاءَ قِرْد أَصْغَر مِنْهُ فَغَمَزَهَا، فَسَلَّتْ يَدهَا مِنْ تَحْت رَأْس الْقِرْد الْأَوَّل سَلًّا رَفِيقًا وَتَبِعَتْهُ، فَوَقَعَ عَلَيْهَا وَأَنَا أَنْظُر، ثُمَّ رَجَعَتْ فَجَعَلَتْ تُدْخِل يَدهَا تَحْت خَدّ الْأَوَّل بِرِفْقٍ، فَاسْتَيْقَظَ فَزِعًا، فَشَمَّهَا فَصَاحَ، فَاجْتَمَعَتِ الْقُرُود، فَجَعَلَ يَصِيح وَيُومِئ إِلَيْهَا بِيَدِهِ، فَذَهَبَ الْقُرُود يَمْنَة وَيَسْرَة، فَجَاءُوا بِذَلِكَ الْقِرْد أَعْرِفهُ، فَحَفَرُوا لَهُمَا حُفْرَة فَرَجَمُوهُمَا، فَلَقَدْ رَأَيْت الرَّجْم فِي غَيْر بَنِي آدَم"
Ringkasnya: ‘Amru bin Maimun ketika menggembala kambing di Yaman melihat seekor kera betina meninggalkan pasangannya yang sedang tidur lalu bersama kera jantan lain. Apabila kera pertama terjaga dan menghidu baunya, ia menjerit memanggil kawanan kera, lalu mereka membawa kera jantan itu, menggali lubang dan merejam kedua-duanya. Kata ‘Amru: “Sungguh aku telah melihat rejam berlaku pada selain anak Adam.” Kita memohon keselamatan dan afiat daripada Allah.
Zina adalah Hutang yang Bertangguh
Syair yang masyhur dinisbahkan kepada Imam asy-Syafie tentang menjaga kehormatan diri:
عِفُّوا تَعِفُّ نِسَاؤُكُمْ فِي الْمَحْرَمِ *** وَتَجَنَّبُوا مَا لَا يَلِيقُ بِمُسْلِمِ
إِنَّ الزِّنَا دَيْنٌ فَإِنْ أَقْرَضْتَهُ *** كَانَ الْوَفَا مِنْ أَهْلِ بَيْتِكَ فَاعْلَمِ
يَا هَاتِكًا حُرَمَ الرِّجَالِ وَقَاطِعًا *** سُبُلَ الْمَوَدَّةِ عِشْتَ غَيْرَ مُكَرَّمِ
لَوْ كُنْتَ حُرًّا مِنْ سُلَالَةِ مَاجِدٍ *** مَا كُنْتَ هَتَّاكًا لِحُرْمَةِ مُسْلِمِ
مَنْ يَزْنِ يُزْنَ بِهِ وَلَوْ بِجِدَارِهِ *** إِنْ كُنْتَ يَا هَذَا لَبِيبًا فَافْهَمِ
مَنْ يَزْنِ فِي قَوْمٍ بِأَلْفَيْ دِرْهَمٍ *** يُزْنَ فِي أَهْلِ بَيْتِهِ وَلَوْ بِالدِّرْهَمِJagalah kehormatan kamu, nescaya wanita-wanita kamu terpelihara kehormatannya; jauhilah apa yang tidak layak bagi seorang Muslim.
Sesungguhnya zina itu hutang; jika kamu berhutang dengannya, bayarannya diambil daripada ahli rumahmu, ketahuilah.
Wahai orang yang mencemarkan kehormatan orang lain dan memutuskan jalan kasih sayang, hiduplah kamu tanpa dimuliakan.
Kalaulah kamu orang merdeka daripada keturunan yang mulia, tentu kamu tidak mencemarkan kehormatan seorang Muslim.
Sesiapa yang berzina, akan dizinai (ahlinya) walaupun di sebalik dindingnya; jika kamu orang yang bijak, fahamilah.
Sesiapa yang berzina dalam sesuatu kaum dengan bayaran dua ribu dirham, akan dizinai ahli rumahnya walaupun dengan satu dirham.
عَنِ ابْنِ عُمَرَ رفعه: ((بَرُّوا آبَاءَكُمْ تَبَرَّكُمْ أَبْنَاؤُكُمْ، وَعِفُّوا تَعِفَّ نِسَاؤُكُمْ)) المعجم الكبير للطبراني [(ضعيف) انظر حديث رقم: 2329 في ضعيف الجامع].
Maksudnya: “Berbuat baiklah kepada bapa-bapa kamu, nescaya anak-anak kamu akan berbuat baik kepada kamu; dan jagalah kehormatan kamu, nescaya wanita-wanita kamu akan terpelihara kehormatannya.” [HR at-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabir; hadis ini lemah – Dha‘if al-Jami‘ no. 2329]
وقال ابن الجوزي في صيد الخاطر: "مَا نَزَلَتْ بِي آفَةٌ وَلَا غَمٌّ وَلَا ضِيقُ صَدْرٍ إِلَّا بِزَلَلٍ أَعْرِفُهُ، حَتَّى يُمْكِنَنِي أَنْ أَقُولَ: هَذَا بِالشَّيْءِ الْفُلَانِيِّ، وَرُبَّمَا تَأَوَّلْتُ تَأْوِيلًا فِيهِ بُعْدٌ فَأَرَى الْعُقُوبَةَ." [غذاء الألباب في شرح منظومة الآداب]
Kata Ibnu al-Jauzi dalam Said al-Khatir: “Tidaklah menimpaku sesuatu musibah, kedukaan atau kesempitan dada melainkan kerana suatu kesilapan yang aku ketahui, sehingga aku boleh berkata: ini kerana perbuatan sekian. Kadang-kadang aku membuat takwilan yang jauh (untuk diriku), lalu aku melihat hukumannya.” [Ghidha’ al-Albab fi Syarh Manzumah al-Adab]
Hukuman di Dunia
تفسير ابن كثير: سورة النور، وهي مدنية. بسم الله الرحمن الرحيم. {سُورَةٌ أَنْزَلْنَاهَا وَفَرَضْنَاهَا وَأَنْزَلْنَا فِيهَا آيَاتٍ بَيِّنَاتٍ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ (1) الزَّانِيَةُ وَالزَّانِي فَاجْلِدُوا كُلَّ وَاحِدٍ مِنْهُمَا مِائَةَ جَلْدَةٍ ۖ وَلَا تَأْخُذْكُمْ بِهِمَا رَأْفَةٌ فِي دِينِ اللَّهِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ۖ وَلْيَشْهَدْ عَذَابَهُمَا طَائِفَةٌ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ (2)}
يقول تعالى: هذه {سُورَةٌ أَنزلْنَاهَا} فيه تنبيه على الاعتناء بها ولا ينفي ما عداها. {وفرضناها} قال مجاهد وقتادة: أي بيّنا الحلال والحرام والأمر والنهي والحدود. وقال البخاري: ومن قرأ "فَرَضْناها" يقول: فَرَضْنا عليكم وعلى من بعدكم. {وَأَنزلْنَا فِيهَا آيَاتٍ بَيِّنَاتٍ} أي: مفسَّرات واضحات، {لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ}.
ثم قال تعالى: {الزَّانِيَةُ وَالزَّانِي فَاجْلِدُوا كُلَّ وَاحِدٍ مِنْهُمَا مِائَةَ جَلْدَةٍ} هذه الآية الكريمة فيها حكم الزاني في الحد، وللعلماء فيه تفصيل ونزاع؛ فإن الزاني لا يخلو إما أن يكون بكرًا، وهو الذي لم يتزوج، أو محصنًا، وهو الذي قد وَطِئَ في نكاح صحيح، وهو حر بالغ عاقل. فأما إذا كان بكرًا لم يتزوج، فإن حدَّه مائة جلدة كما في الآية، ويزاد على ذلك أن يُغرَّب عامًا عن بلده عند جمهور العلماء، خلافًا لأبي حنيفة رحمه الله؛ فإن عنده أن التغريب إلى رأي الإمام، إن شاء غَرَّب وإن شاء لم يغرِّب.
وحجة الجمهور في ذلك ما ثبت في الصحيحين من رواية الزهري، عن عُبَيْد الله بن عبد الله بن عُتبة بن مسعود، عن أبي هريرة وزيد بن خالد الجُهَنيّ: جَاءَ أَعْرَابِيٌّ فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، اقْضِ بَيْنَنَا بِكِتَابِ اللَّهِ. فَقَامَ خَصْمُهُ فَقَالَ: صَدَقَ، اقْضِ بَيْنَنَا بِكِتَابِ اللَّهِ. فَقَالَ الْأَعْرَابِيُّ: إِنَّ ابْنِي كَانَ عَسِيفًا عَلَى هَذَا فَزَنَى بِامْرَأَتِهِ، فَقَالُوا لِي: عَلَى ابْنِكَ الرَّجْمُ، فَفَدَيْتُ ابْنِي مِنْهُ بِمِائَةٍ مِنَ الْغَنَمِ وَوَلِيدَةٍ، ثُمَّ سَأَلْتُ أَهْلَ الْعِلْمِ فَقَالُوا: إِنَّمَا عَلَى ابْنِكَ جَلْدُ مِائَةٍ وَتَغْرِيبُ عَامٍ. فَقَالَ النَّبِيُّ ﷺ: ((لَأَقْضِيَنَّ بَيْنَكُمَا بِكِتَابِ اللَّهِ: أَمَّا الْوَلِيدَةُ وَالْغَنَمُ فَرَدٌّ عَلَيْكَ، وَعَلَى ابْنِكَ جَلْدُ مِائَةٍ وَتَغْرِيبُ عَامٍ. وَاغْدُ يَا أُنَيْسُ إِلَى امْرَأَةِ هَذَا، فَإِنِ اعْتَرَفَتْ فَارْجُمْهَا)). فَغَدَا عَلَيْهَا فَاعْتَرَفَتْ، فَأَمَرَ بِهَا رَسُولُ اللَّهِ ﷺ فَرُجِمَتْ. [صحيح البخاري برقم (2314، 6633) وصحيح مسلم برقم (1697)]. ففي هذا دلالة على تغريب الزاني مع جلد مائة إذا كان بكرًا لم يتزوج.
فأما إن كان محصنًا فإنه يرجم، كما قال الإمام مالك: حدثني ابن شهاب، أخبرنا عبيد الله بن عبد الله بن عتبة بن مسعود، أن ابن عباس أخبره أن عمر قام فحمد الله وأثنى عليه، ثم قال: أما بعد، أيها الناس، فإن الله بعث محمدًا بالحق، وأنزل عليه الكتاب، فكان فيما أنزل عليه آية الرجم، فقرأناها ووعيناها، ورجم رسول الله ﷺ ورجمنا بعده، فأخشى أن يطول بالناس زمان أن يقول قائل: لا نجد آية الرجم في كتاب الله، فيضلوا بترك فريضة قد أنزلها الله، فالرجم في كتاب الله حق على من زنى إذا أحصن، من الرجال والنساء، إذا قامت البينة، أو الحبل، أو الاعتراف. أخرجاه في الصحيحين من حديث مالك مطولًا، وهذه قطعة منه فيها مقصودنا هاهنا. [الموطأ (2/822)، وصحيح البخاري برقم (6829، 6830)، وصحيح مسلم برقم (1691)]
Ringkasan (daripada Tafsir Ibnu Kathir, surah an-Nur: 1–2): Penzina sama ada bikr (belum pernah berkahwin) atau muhsan (pernah bersetubuh dalam nikah yang sah, merdeka, baligh dan berakal). Had bagi penzina bikr ialah seratus sebatan sebagaimana dalam ayat, ditambah pengasingan (buang daerah) selama setahun menurut jumhur ulama; menurut Abu Hanifah, pengasingan itu terserah kepada pertimbangan pemerintah. Hujah jumhur ialah hadis Abu Hurairah dan Zaid bin Khalid tentang anak seorang Arab badwi yang berzina dengan isteri majikannya, lalu Nabi SAW menghukum anak itu dengan seratus sebatan dan pengasingan setahun, manakala wanita itu direjam setelah dia mengaku (al-Bukhari dan Muslim). Adapun penzina muhsan dihukum rejam, sebagaimana khutbah Umar RA bahawa rejam itu hak yang sabit dalam Kitab Allah ke atas lelaki dan wanita yang berzina setelah ihsan, apabila ada bukti, kehamilan atau pengakuan (Malik, al-Bukhari dan Muslim).
Antara Cara Mengatasinya
Selain kita wajib menjauhi aspek-aspek negatif yang disebutkan, kita perlu kembali kepada cara asas yang ditunjukkan oleh Nabi SAW, iaitu:
i. Menundukkan Pandangan, Baik Lelaki Mahupun Perempuan
Dalam erti kata khusus, menjaga pandangan mata daripada unsur-unsur seksual.
Daripada Jarir bin ‘Abdillah al-Bajali RA:
عَنْ أَبِي زُرْعَةَ عَنْ جَرِيرٍ قَالَ: سَأَلْتُ رَسُولَ اللَّهِ ﷺ عَنْ نَظْرَةِ الْفَجْأَةِ، فَقَالَ: ((اصْرِفْ بَصَرَكَ)).
“Aku bertanya kepada Nabi SAW tentang pandangan yang tidak disengajakan (terpandang secara tiba-tiba), maka baginda memerintahkanku: Palingkanlah pandanganmu.” [HR Muslim no. 2159 dan Abu Daud; sahih]
عَنْ عَلِيٍّ قَالَ: قَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ ﷺ: ((لَا تُتْبِعِ النَّظْرَةَ النَّظْرَةَ، فَإِنَّ الْأُولَى لَكَ وَلَيْسَتْ لَكَ الْآخِرَةُ)) رواه أحمد
Sabda Nabi SAW kepada Ali bin Abi Talib RA: “Wahai Ali, janganlah engkau ikuti satu pandangan dengan pandangan berikutnya. Sesungguhnya bagimu (dimaafkan) pandangan yang pertama dan tidak bagimu pandangan yang seterusnya.” [HR Ahmad; juga Abu Daud dan at-Tirmizi daripada Buraidah]
ii. Menjauhi Pergaulan Bebas Antara Lelaki dan Perempuan
Ini kerana pergaulan perlu bersandar kepada batasan-batasan syarak. Daripada Ibnu ‘Umar RA, Rasulullah SAW bersabda:
((لَا يَخْلُوَنَّ رَجُلٌ بِامْرَأَةٍ إِلَّا كَانَ ثَالِثَهُمَا الشَّيْطَانُ)) رواه الترمذي، صحيح
Maksudnya: “Tidaklah seorang lelaki berdua-duaan dengan seorang wanita melainkan yang ketiganya ialah syaitan.” [HR at-Tirmizi; sahih]
iii. Menekankan Tanggungjawab Lelaki Membimbing Wanita
Iaitu agar mereka mengikut kehendak syarak, seperti tanggungjawab bapa terhadap anak perempuan dan tanggungjawab suami terhadap isteri dan sebagainya.
Daripada Usamah bin Zaid RA, Rasulullah SAW bersabda:
((مَا تَرَكْتُ بَعْدِي فِتْنَةً أَضَرَّ عَلَى الرِّجَالِ مِنَ النِّسَاءِ)) رواه البخاري
Maksudnya: “Tidaklah aku tinggalkan selepasku satu fitnah yang lebih berbahaya ke atas kaum lelaki daripada (fitnah) wanita.” [HR al-Bukhari dan Muslim]
iv. Banyak Berdoa Kepada Allah SWT
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: كَانَ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ يَدْعُو: ((اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ)) رواه البخاري
Maksudnya: “Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada azab kubur, daripada azab neraka, daripada fitnah kehidupan dan kematian dan daripada fitnah al-Masih ad-Dajjal.” [HR al-Bukhari]
Semoga kita dan zuriat kita dipelihara dan dijauhkan oleh Allah SWT daripada perbuatan keji dan maksiat ini. Janganlah sekali-kali mendekati zina walaupun unsur-unsurnya yang kecil sekalipun dan jauhilah perbuatan dosa dan maksiat.
v. Berkahwin
Firman Allah SWT:
{وَأَنْكِحُوا الْأَيَامَىٰ مِنْكُمْ وَالصَّالِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَائِكُمْ ۚ إِنْ يَكُونُوا فُقَرَاءَ يُغْنِهِمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ ۗ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ} [النور: 32]
Maksudnya: {Dan kahwinkanlah orang-orang yang bersendirian antara kamu dan orang-orang yang layak (berkahwin) daripada hamba-hamba sahaya kamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberi kekayaan kepada mereka dengan kurnia-Nya dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.} [an-Nur: 32]
Sabda Rasulullah SAW:
«النِّكَاحُ مِنْ سُنَّتِي، فَمَنْ لَمْ يَعْمَلْ بِسُنَّتِي فَلَيْسَ مِنِّي، وَتَزَوَّجُوا فَإِنِّي مُكَاثِرٌ بِكُمُ الْأُمَمَ، وَمَنْ كَانَ ذَا طَوْلٍ فَلْيَنْكِحْ، وَمَنْ لَمْ يَجِدْ فَعَلَيْهِ بِالصِّيَامِ، فَإِنَّ الصَّوْمَ لَهُ وِجَاءٌ»
Maksudnya: “Nikah itu sunnahku. Sesiapa yang tidak beramal dengan sunnahku, maka dia bukan daripada golonganku. Berkahwinlah, kerana aku akan berbangga dengan banyaknya bilangan kamu di hadapan umat-umat lain. Sesiapa yang mampu, hendaklah dia berkahwin; dan sesiapa yang tidak mampu, hendaklah dia berpuasa, kerana puasa itu menjadi perisai (pengawal nafsu) baginya.” [HR Ibnu Majah no. 1846; sahih – Sahih al-Jami‘ no. 6807]
Akhukum, Abu Anas Madani, 22 Februari 2011.
Bacaan berkaitan
Rujukan
23 sumber-
Al-Quran, Surah al-Isra’ (17): 32.
Quran.com -
Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299), seksyen 13.
-
Sahih al-Bukhari, no. 80; Sahih Muslim, no. 2671 (riwayat Anas r.a.).
Sunnah.com -
Sahih Muslim, no. 2949 dan no. 148.
Sunnah.com -
Sahih al-Bukhari, no. 6069; Sahih Muslim, no. 2990.
Sunnah.com -
Sahih al-Bukhari, no. 6846; Sahih Muslim, no. 1499 (riwayat al-Mughirah r.a.).
Sunnah.com -
Sunan an-Nasa’i, no. 2562 (riwayat Ibn ‘Umar r.a.).
Sunnah.com -
Sunan Abi Daud, no. 4690 (riwayat Abu Hurairah r.a.).
Sunnah.com -
Sahih al-Bukhari, no. 2475; Sahih Muslim, no. 57.
Sunnah.com -
Sahih Muslim, no. 107.
Sunnah.com -
Musnad Ahmad, no. 23854 (riwayat al-Miqdad r.a.).
-
Sunan Abi Daud, no. 4457 (riwayat al-Bara’ r.a.).
Sunnah.com -
Sunan Ibn Majah, no. 4019 (riwayat Ibn ‘Umar r.a.).
Sunnah.com -
Sunan Abi Daud, no. 2263 (riwayat Abu Hurairah r.a.).
Sunnah.com -
Sahih al-Bukhari, no. 3849 (‘Amr bin Maimun).
Sunnah.com -
Sahih al-Bukhari, no. 6827–6828; Sahih Muslim, no. 1697–1698.
Sunnah.com -
Sahih al-Bukhari, no. 6829–6830; Sahih Muslim, no. 1691.
Sunnah.com -
Sahih Muslim, no. 2159 (riwayat Jarir r.a.).
Sunnah.com -
Sunan at-Tirmizi, no. 2165 (riwayat ‘Umar r.a.).
Sunnah.com -
Sahih al-Bukhari, no. 5096; Sahih Muslim, no. 2740 (riwayat Usamah r.a.).
Sunnah.com -
Sahih al-Bukhari, no. 1377.
Sunnah.com -
Al-Quran, Surah an-Nur (24): 2 dan 32.
Quran.com -
Sunan Ibn Majah, no. 1846 (riwayat ‘Aisyah r.a.).
Sunnah.com
