Langkau ke kandungan
Logo Abu Anas Madani

Pasang aplikasi di iPhone atau iPad

  1. Dalam Safari, ketik butang Kongsi di bar bawah (atau atas).
  2. Tatal ke bawah dan pilih Tambah ke Skrin Utama (Add to Home Screen).
  3. Ketik Tambah (Add). Ikon laman akan muncul di skrin utama seperti aplikasi.
Soal Jawab

Adakah Wasiat Secara Lisan Tanpa Saksi Dikira Sah?

Dato’ Dr. Abu Anas Madani 9 September 2025 · 2 min bacaan
Simpan Kongsi WhatsApp
Saiz tulisanSaiz

Persoalan

“Kalau seseorang membuat wasiat hanya secara lisan, tanpa saksi hanya antara pemberi wasiat dan penerima sahaja, adakah ia sah?”

Hukum Wasiat Secara Lisan

Secara asasnya, wasiat secara lisan tetap sah dari sudut hukum syarak, selama mana ia jelas menunjukkan niat pewasiat untuk mewasiatkan sesuatu kepada penerima.

Namun, timbul persoalan besar: Siapa yang boleh mengesahkan?

Tanpa saksi atau bukti bertulis, wasiat ini sering menjadi punca pertelingkahan dan penafian dalam kalangan waris.

Contoh:

  • Jika ibu hanya berpesan kepada seorang anak angkat bahawa “kereta ini mak nak bagi pada kamu”, anak kandung lain mungkin menafikan kerana tidak mendengar.
  • Begitu juga jika ada pesanan seperti “sedekahkan RM10,000 kepada pondok”, tetapi tiada bukti bertulis, ia mudah dipertikai oleh ahli keluarga lain.

Kepentingan Tulisan & Saksi

Al-Qur’an menekankan kepentingan menulis perkara yang melibatkan hak dan harta. Firman Allah SWT:

“Apabila kamu berhutang dengan sesuatu hutang sampai tempoh yang ditentukan, maka tulislah.”
(Surah al-Baqarah: 282)

Jika hutang yang sifatnya sementara pun dituntut untuk ditulis, lebih-lebih lagi wasiat yang memberi kesan besar kepada harta selepas kematian.

Prinsip Fiqh Berkaitan Wasiat

  1. Wasiat sah kepada bukan waris dengan syarat tidak melebihi 1/3 daripada harta; kadar yang melebihinya bergantung kepada persetujuan waris.
  2. Tidak sah wasiat kepada waris, melainkan dengan persetujuan semua waris lain (selepas kematian pewasiat), berdasarkan hadis Nabi ﷺ: “Tidak ada wasiat untuk waris.”
    (Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi)
  3. Wasiat disunatkan ditulis dan disaksikan untuk mengelakkan sengketa dan memastikan hak sampai kepada yang berhak.

Kesimpulan

  • Wasiat secara lisan tanpa saksi memang sah dari segi hukum, tetapi sangat berisiko kerana tiada bukti.
  • Bagi mengelakkan pertikaian antara waris, wasiat wajib ditulis dan disaksikan oleh sekurang-kurangnya dua orang saksi, terutamanya apabila seseorang masih menanggung hutang, zakat atau haji yang belum ditunaikan atau memegang amanah orang lain yang tidak diketahui oleh sesiapa yang boleh menjadi saksi. Namun, tulisan dan saksi bukan syarat sah wasiat; wasiat lisan tetap sah, cuma sukar dibuktikan.
  • Amalan menulis wasiat adalah selari dengan perintah Allah SWT dan nasihat Rasulullah ﷺ, agar harta pusaka tidak menjadi punca perbalahan selepas kematian.

“Wasiat yang jelas dan bertulis bukan tanda tidak percaya pada keluarga, tetapi tanda kita patuh kepada syariat dan mahu elak fitnah selepas kita tiada.”

Rujukan

9 sumber
  1. Al-Quran, Surah al-Baqarah (2): 282.

    Quran.com
  2. Sunan Abi Dawud, Kitab al-Wasaya, Bab ma ja'a fi al-Wasiyyah li al-Warith, no. 2870 (riwayat Abu Umamah) — dinilai hasan sahih oleh al-Albani.

    Sunnah.com
  3. Jami' at-Tirmidhi, Kitab al-Wasaya, Bab ma ja'a la Wasiyyata li Warith, no. 2120 (riwayat Abu Umamah) — Darussalam: hasan.

    Sunnah.com
  4. Sahih al-Bukhari, Kitab al-Wasaya, Bab an Yatruka Warathatahu Aghniya', no. 2742 (riwayat Sa'd bin Abi Waqqas).

    Sunnah.com
  5. Sahih al-Bukhari, Kitab al-Wasaya, no. 2738 (riwayat Abdullah bin Umar).

    Sunnah.com
  6. Al-Khatib asy-Syirbini, Mughni al-Muhtaj, Kitab al-Wasaya, j. 4, hlm. 66 (Maktabah Syamilah).

    Maktabah Syamilah
  7. Al-Khatib asy-Syirbini, Mughni al-Muhtaj, j. 4, hlm. 73 (Maktabah Syamilah).

    Maktabah Syamilah
  8. Al-Khatib asy-Syirbini, Mughni al-Muhtaj, j. 4, hlm. 78 (Maktabah Syamilah).

    Maktabah Syamilah
  9. Al-Khatib asy-Syirbini, Mughni al-Muhtaj, Rukun Sighah Wasiat, j. 4, hlm. 85–86 (Maktabah Syamilah).

    Maktabah Syamilah

Penulis

Dato’ Dr. Abu Anas Madani

Musyrif Pondok Sungai Durian, Kuala Krai. Ph.D Syariah, Universiti Islam Madinah.

Biodata penuh →

Ada persoalan berkaitan?

Hantar soalan kepada Dr. Abu Anas. Jawapan terpilih disiarkan dalam arkib.

Tanya soalan

Bacaan berkaitan

Soal Jawab Bolehkah Wanita Berdakwah Dengan Nasyid? 13 Apr 2026 Soal Jawab Apakah Hukum Dahulukan Qadha Atau Sunat & Isu Gabung Niat Puasa 6 Syawal? 30 Mac 2026 Soal Jawab Siapakah Maksud Orang Yang Muflis Di Akhirat? 25 Feb 2026 Soal Jawab Bolehkah Berdoa Dalam Bahasa Melayu Ketika Solat? 25 Feb 2026