Langkau ke kandungan
Logo Abu Anas Madani

Pasang aplikasi di iPhone atau iPad

  1. Dalam Safari, ketik butang Kongsi di bar bawah (atau atas).
  2. Tatal ke bawah dan pilih Tambah ke Skrin Utama (Add to Home Screen).
  3. Ketik Tambah (Add). Ikon laman akan muncul di skrin utama seperti aplikasi.

الاستغفار و التوبة

Istighfar (meminta ampun) dan taubat

6 bacaan

Dengar huraian Dr. AAM
Saiz tulisan
Bacaan 248

Sabda Rasulullah ﷺ yang bermaksud:

“Demi Allah, sesungguhnya aku meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya setiap hari lebih daripada 70 kali”1.

Rujukan
  1. Al-Bukhari serta Fathul Bari 11/101.
Bacaan 249

Sabda Rasulullah ﷺ lagi yang bermaksud:

“Wahai manusia, Bertaubatlah kamu kepada Allah! Sesungguhnya Aku bertaubat kepada-Nya setiap hari 100 kali”1.

Rujukan
  1. Muslim 4/2076.
Bacaan 250

Sabda Nabi ﷺ yang bermaksud:

“Waktu yang paling hampir antara Tuhan dengan hamba-Nya ialah pada waktu akhir malam. Kalau kamu mampu untuk berzikir kepada Allah pada waktu itu hendaklah kamu lakukan”1

Rujukan
  1. At-Tirmizi, An-Nasa’i 1/279, Al-Hakim. Lihat: Sahih At-Tirmizi 3/183, Jami’ Al-Usul Li Ahadis Ar-Rasul tahqiq Al-Arnauut 4/144.
Bacaan 251

Sabda Rasulullah ﷺ yang bermaksud:

“Sesiapa yang membaca:

أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ العَظِيْمَ الَّذِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ وَأَتُوْبُ إِلَيْهِ.

'Aku meminta ampun daripada Allah yang tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain daripada-Nya, yang Maha Hidup dan yang menguruskan makhluk-Nya dan aku bertaubat kepada-Nya' nescaya Allah akan mengampunkan dosanya sekalipun dia telah lari dari medan peperangan”1.

Rujukan
  1. Abu Daud 2/85, At-Tirmizi 5/569, Al-Hakim mentashihnya dan disokong oleh Az-Zahabi 1/511, Al-Albani, Sahih At-Tirmizi 3/182, Sahih, Jami’ Al-Usul Li Ahadis Ar-Rasul tahqiq Al-Arnauut 4/389-390.
Bacaan 252

Sabda Rasulullah ﷺ yang bermaksud:

“Keadaan yang paling hampir antara seorang hamba dengan Tuhannya ialah sewaktu dia sujud. Maka perbanyakkanlah doa pada ketika itu”1.

Rujukan
  1. Muslim 1/350.
Bacaan 253

Sabda Rasulullah ﷺ yang bermaksud:

“Kadangkala hatiku dilupakan (daripada berzikir mengingati Allah), Maka sesungguhnya aku meminta ampun daripada Allah setiap hari 100 kali”1.

Rujukan
  1. Muslim 4/2075. Kata Ibnu Al-Athir: “maksud ‘Ada tutupan di hatiku’ (لَيُغَانُ عَلَى قَلْبِي) ialah: Lupa. Oleh kerana Nabi ﷺ sentiasa berzikir dan menghampirkan diri baginda kepada Allah, apabila berlaku terlupa sedikit atau sekejap, Baginda menganggapnya sebagai satu kesalahan dan terus beristighfar kepada Allah.” Lihat: Jami’ Al-Usul 4/386.