Langkau ke kandungan
Logo Abu Anas Madani

Pasang aplikasi di iPhone atau iPad

  1. Dalam Safari, ketik butang Kongsi di bar bawah (atau atas).
  2. Tatal ke bawah dan pilih Tambah ke Skrin Utama (Add to Home Screen).
  3. Ketik Tambah (Add). Ikon laman akan muncul di skrin utama seperti aplikasi.

دعاء المريض الذي يئس من حياته

Doa orang sakit yang tidak mungkin sembuh (terasa putus asa)

3 bacaan

Saiz tulisan
Bacaan 150

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي وَارْحَمْنِي وَأَلْحِقْنِي بِالرَّفِيقِ الأَعْلَى.

“Ya Allah, ampunilah dosaku. Berilah rahmat kepadaku dan pertemukan aku dengan teman yang tertinggi darjatnya”1.

Rujukan
  1. Al-Bukhari 7/10, Muslim 4/1893.
Bacaan 151

“Ketika hampir wafat, Nabi ﷺ memasukkan kedua tangannya ke dalam air lalu menyapukannya ke mukanya dan membaca:

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ إِنَّ لِلْمَوْتِ لَسَكَرَاتٍ.

“Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah. Sesungguhnya bagi kematian itu ada kesakitan (sakarat)”1.

Rujukan
  1. Al-Bukhari serta Fathul Bari 8/144, dan disebut juga dalam hadis bahawa Nabi ﷺ bersugi ketika ajal menghampiri baginda.
Bacaan 152

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ ولاَحَوْلَ ولاَقُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ.

“Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Allah Maha Besar, tiada Tuhan melainkan Allah Yang Esa, tiada Tuhan melainkan Allah yang tiada sekutu bagi-Nya, tiada Tuhan melainkan Allah yang baginya segala kekuasaan dan bagi-Nya segala pujian, tiada Tuhan melainkan Allah dan tiada daya dan upaya melainkan dengan izinan Allah”1.

Rujukan
  1. At-Tirmizi dan Ibnu Majah. Al-Albani: Sahih. Lihat: Sahih At-Tirmizi 3/152, Sahih Ibnu Majah 2/317.