“Nabi ﷺ menaiki unta yang bernama ‘al-Qaswa’ (dari Arafah) hingga sampai ke Al-Mash’aril Haram, lalu Nabi ﷺ menghadap ke arah kiblat lalu berdoa, bertakbir:
اَللهُ أَكْبَرُ
Allah Maha Besar,
Bertahlil:
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ.
Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah serta membaca kalimah tauhid:
(لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ)
“Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Esa”.
Baginda (berdoa, bertakbir, bertahlil dan membaca kalimah tauhid bermula selepas solat subuh) berterusan hingga langit telah cerah, kemudian Baginda berangkat menuju ke Mina sebelum terbit matahari”1.
Rujukan
- Muslim 2/891.