Langkau ke kandungan
Logo Abu Anas Madani

Pasang aplikasi di iPhone atau iPad

  1. Dalam Safari, ketik butang Kongsi di bar bawah (atau atas).
  2. Tatal ke bawah dan pilih Tambah ke Skrin Utama (Add to Home Screen).
  3. Ketik Tambah (Add). Ikon laman akan muncul di skrin utama seperti aplikasi.

دعاء كراهية الطيرة

Doa agar terhindar dari sial (tatoyyur)

1 bacaan

Dengar huraian Dr. AAM
Saiz tulisan
Bacaan 205

اللَّهُمَّ لاَ طَيْرَ إِلاَّ طَيْرُكَ، وَلاَ خَيْرَ إِلاَّ خَيْرُكَ، وَلاَ إِلَهَ غَيْرُكَ.

“Ya Allah, tidak ada kesialan kecuali sesuatu yang telah Engkau tentukan. Tidak ada kebaikan kecuali kebaikan yang telah Engkau tentukan dan tiada tuhan yang berhak disembah selain-Mu”1.

Rujukan
  1. Ahmad 2/220, Ibnu As-Sunni No. 292, Al-Albani, As-Silsilah As-sahihah 3/54 No. 1065. Tidak boleh menganggap sesuatu perkara itu sebagai alamat sial atau tuah, namun ‘Al-Fa’lu’ adalah dibenarkan. Al-Fa’l bermaksud menganggap baik suatu ucapan yang baik. Contohnya seorang yang sakit diziarahi kawannya. Ketika hendak masuk, kawan itu berkata: “Wahai orang yang sihat dan selamat”. Dengan panggilan itu dia menaruh keyakinan dalam hatinya bahwa dia akan sehat atau selamat dengan izin Allah. Rasulullah ﷺ membenarkan al-Fa’l kerana ianya satu bentuk bersangka baik kepada Allah. Oleh itu sewaktu Nabi ﷺ mendengar satu perkataan yang baik daripada seorang lelaki Baginda bersabda: “Kami menganggap baik perkataan yang keluar dari mulut engkau”. Abu Daud, Ahmad, Al-Albani, As-Silsilah As-sahihah 2/363, Abi As-Sheikh, Akhlaq An-Nabi ﷺ 270.