• Apabila berada di tepi bukit safa Nabi ﷺ membaca:
﴿۞ إِنَّ الصَّفَا وَالْمَرْوَةَ مِنْ شَعَائِرِ اللَّهِ﴾
أَبْدَأُ بِمَا بَدَأَ اللهُ بِهِ.
“Sesungguhnya bukit Safa dan Marwah adalah sebahagian daripada syiar ibadah kepada Allah. Aku mulai sa’ie mengikut apa yang didahulukan oleh Allah”.
• Kemudian Nabi ﷺ naik ke atas bukit Safa sehingga nampak Kaabah dan menghadapkan mukanya ke arah kiblat. Baginda membaca kalimah tauhid dan bertakbir:
اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ.
“Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar”.
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ، أَنْجَزَ وَعْدَهُ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ، وَهَزَمَ الأَحْزَابَ وَحْدَهُ.
“Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Esa tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya segala kerajaan dan bagi-Nya pujian dan Dia berkuasa ke atas setiap sesuatu. Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Esa tiada sekutu bagi-Nya. Allah telah menepati janji-Nya dan membela hamba-Nya dan mengalahkan tentera musuh dengan sendiri-Nya”.
• Kemudian Nabi ﷺ berdoa di antara Safa dan Marwah. Baginda membaca doa ini sebanyak tiga kali.
• Di dalam hadis tersebut juga dikatakan bahawa Nabi ﷺ membaca di atas bukit Marwah seperti bacaannya di Safa”1.
Rujukan
- Muslim 2/888.