Langkau ke kandungan
Logo Abu Anas Madani

Pasang aplikasi di iPhone atau iPad

  1. Dalam Safari, ketik butang Kongsi di bar bawah (atau atas).
  2. Tatal ke bawah dan pilih Tambah ke Skrin Utama (Add to Home Screen).
  3. Ketik Tambah (Add). Ikon laman akan muncul di skrin utama seperti aplikasi.
Tazkirah

Jangan Mudah Melemparkan Tuduhan Jahat dan Melabel Para Pendakwah

Dato’ Dr. Abu Anas Madani 1 Julai 2010 · 3 min bacaan
Simpan Kongsi WhatsApp
Saiz tulisanSaiz

بسم الله والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه، وبعد

Karikatur akhbar Arab: seorang lelaki di skrin komputer melontarkan tuduhan seperti tombak ke arah orang lain
Karikatur tentang lidah yang melontarkan tuduhan. Sumber: akhbar al-Jazirah, Arab Saudi.

Kepada golongan yang celupar mulut dan mudah menjatuhkan hukuman sendiri sewenang-wenangnya sebelum meneliti: anda sepatutnya lebih menghayati arahan bersangka baik (husnu zan), tidak semberono, tidak gopoh, mestilah bertabayun (bertanya dan menyelidik dahulu) dan lain-lain sifat seorang Muslim yang sebenar. Jangan mudah membuat tanggapan bahawa seseorang itu murtad, melaknat, mencaci dan mengata sesama Muslim tanpa dalil dan bukti yang jelas lagi sahih.

Ataupun jangan mudah melabelkan orang yang tidak sefahaman dan sependapat dengan kita sebagai sesat, fin-nar (ahli neraka), menyalahi manhaj dan sebagainya.

Sikap orang beriman ketika menerima berita

Sikap orang beriman ketika menerima berita telah diajar oleh Allah SWT:

لَوْلَا إِذْ سَمِعْتُمُوهُ ظَنَّ الْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بِأَنفُسِهِمْ خَيْرًا وَقَالُوا هَٰذَا إِفْكٌ مُّبِينٌ

“Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri (orang-orang) mereka sendiri dan berkata: Ini ialah tuduhan dusta yang nyata.” (Surah an-Nur: 12)

Bahaya menuduh orang lain kafir

Menuduh orang murtad tanpa pendakwaan dan penjelasan ialah suatu jenayah yang besar, kerana tuduhan ini akan kembali semula kepada si penuduh sebagaimana dalam hadis Rasulullah SAW. Dalam Sahih al-Bukhari, daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إِذَا قَالَ الرَّجُلُ لِأَخِيهِ يَا كَافِرُ، فَقَدْ بَاءَ بِهِ أَحَدُهُمَا

Maksudnya: “Apabila seseorang berkata kepada saudaranya: Wahai kafir! Maka sesungguhnya (tuduhan) itu kembali kepada salah seorang daripada mereka berdua.” (Riwayat al-Bukhari)

Iaitu, jika orang yang dikatakan kafir itu bukan kafir sebenarnya, maka sifat itu akan kembali kepada penuduhnya.

Peringatan buat penyebar fitnah

Rasulullah SAW juga pernah bertanya: “Adakah kamu semua mengetahui siapakah orang yang muflis?” Sebagaimana biasa, salah satu teknik didikan Rasulullah SAW ialah komunikasi dua hala (two-way communication), iaitu dengan mengemukakan persoalan, diikuti penjelasan Baginda kepada persoalan tersebut.

Para sahabat menjawab: “Orang muflis dalam kalangan kami ialah orang yang tidak mempunyai wang dan tidak memiliki sebarang harta.” Jawapan tersebut berdasarkan kefahaman umum masyarakat ketika itu tentang kalimah muflis. Bahkan pada zaman sekarang, apabila disebut kalimah muflis, yang terlintas di dalam fikiran kita ialah seseorang yang tiada wang dan harta serta memiliki liabiliti (hutang) yang tidak mampu dibayar.

Lantas Rasulullah SAW menerangkan pengertian muflis yang dimaksudkan. Baginda bersabda: “Sesungguhnya orang yang muflis dalam kalangan umatku ialah seseorang yang datang pada hari kiamat dengan (pahala) solat, puasa dan zakat. Namun dia datang dalam keadaan pernah memaki si fulan, menuduh si fulan (dengan tuduhan jahat), memakan harta si fulan, menumpahkan darah si fulan dan memukul si fulan. Lalu diberikan kepada orang ini sebahagian daripada kebaikannya dan kepada orang itu sebahagian daripada kebaikannya. Jika kebaikannya habis sebelum selesai dibayar apa yang menjadi tanggungannya, diambil pula dosa-dosa mereka lalu dicampakkan ke atasnya, kemudian dia dicampakkan ke dalam neraka.” (Riwayat Muslim daripada Abu Hurairah RA, Kitab al-Birr wa as-Silah wa al-Adab, bab Pengharaman Kezaliman, no. 2581)

Bacaan berkaitan: Siapakah maksud orang yang muflis di akhirat · Jangan menyakiti orang Islam, menyebarkan fitnah dan menzaliminya · Peringatan: jauhi tuduhan qazaf tanpa bukti

Rujukan

3 sumber
  1. Al-Quran, Surah an-Nur (24): 12.

    Quran.com
  2. Sahih al-Bukhari, Kitab al-Adab, no. 6103 (riwayat Abu Hurairah r.a.).

    Sunnah.com
  3. Sahih Muslim, Kitab al-Birr wa as-Silah wa al-Adab, bab Tahrim az-Zulm, no. 2581 (riwayat Abu Hurairah r.a.).

    Sunnah.com

Penulis

Dato’ Dr. Abu Anas Madani

Musyrif Pondok Sungai Durian, Kuala Krai. Ph.D Syariah, Universiti Islam Madinah.

Biodata penuh →

Ada persoalan berkaitan?

Hantar soalan kepada Dr. Abu Anas. Jawapan terpilih disiarkan dalam arkib.

Tanya soalan

Bacaan berkaitan

Tazkirah Tawaduk Sesama Mukmin, Tegas Mempertahankan Islam & Melayani Semua Dengan Baik 8 Jun 2026 Tazkirah Nasihat Kepada Pengguna Jalan Raya: Hormati Hak Pemandu Lain 29 Mac 2026 Tazkirah Muhasabah KPI Amalan Akhir Ramadhan: Ceria Dengan Ibadat @ Terabai? 9 Mac 2026 Tazkirah BAZAR Ramadhan Atau BAZIR Ramadhan? 26 Feb 2026