Langkau ke kandungan
Logo Abu Anas Madani

Pasang aplikasi di iPhone atau iPad

  1. Dalam Safari, ketik butang Kongsi di bar bawah (atau atas).
  2. Tatal ke bawah dan pilih Tambah ke Skrin Utama (Add to Home Screen).
  3. Ketik Tambah (Add). Ikon laman akan muncul di skrin utama seperti aplikasi.
Tazkirah

Iman: Perkara yang Melemahkan & Menyuburkannya

Dato’ Dr. Abu Anas Madani 1 Januari 2009 · 2 min bacaan
Simpan Kongsi WhatsApp
Saiz tulisanSaiz

Tulisan: Tengku Malik (Kaherah). Disunting dan diulas oleh Dato’ Dr. Abu Anas Madani.

Perkara yang melemahkan iman

Antara ciri-ciri lemahnya iman:

  1. Apabila melakukan maksiat, tidak merasa takut kepada Allah SWT.
  2. Keras hati.
  3. Tidak melakukan ibadat secara itqan (dengan baik dan sempurna).
  4. Malas beribadat.
  5. Rasa sempit dada dalam mengamalkan Islam.
  6. Tidak terkesan dengan bacaan al-Quran.
  7. Lupa berzikir kepada Allah.
  8. Tidak merasa marah apabila maruah Islam dicabar.
  9. Suka menonjolkan diri.
  10. Ada sifat bakhil dalam diri.
  11. Mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak amalkan (lihat Surah as-Saff: 2–3).
  12. Gembira dengan musibah yang melanda umat Islam.
  13. Apabila melihat bencana alam, hanya mengatakan ia musibah alam tanpa mengaitkannya sebagai bala daripada Allah SWT.
  14. Memandang rendah perkara-perkara kebaikan.
  15. Tidak mengambil berat tentang isu umat Islam.
  16. Tercabutnya kasih sayang persaudaraan sesama umat Islam.
  17. Hilang rasa tanggungjawab terhadap agama.
  18. Merasa takut (gelisah) apabila turun bencana atau musibah.
  19. Banyak berbantah dan berkelahi.
  20. Hati banyak terikat dengan dunia.
  21. Bercakap tanpa berasaskan fakta (nas dan dalil), seperti menyebarkan hadis palsu.
  22. Terlalu berlebih-lebihan menjaga keperluan diri.

Perkara yang menyuburkan iman

Suburkan iman dengan ketaatan

Antara perkara yang perlu diberi penekanan untuk memperbaharui iman:

  1. Sentiasa memperbaharui kefahaman tentang Islam supaya memahami Islam dengan jelas.
  2. Membaca dan mentadabbur al-Quran.
  3. Merasai keagungan Allah SWT.
  4. Menuntut ilmu.
  5. Memperbanyak zikir kepada Allah dan menjadikannya amalan harian.
  6. Memperbanyak ibadat.
  7. Banyak berdoa agar dijauhkan daripada mati dalam keadaan su’ul khatimah.
  8. Banyak memikirkan akhirat.
  9. Banyak mengingati mati.
  10. Banyak berdoa kepada Allah SWT supaya dikurniakan iman yang sempurna.

Rujukan

1 sumber
  1. Al-Quran, Surah as-Saff (61): 2–3.

    Quran.com

Penulis

Dato’ Dr. Abu Anas Madani

Musyrif Pondok Sungai Durian, Kuala Krai. Ph.D Syariah, Universiti Islam Madinah.

Biodata penuh →

Ada persoalan berkaitan?

Hantar soalan kepada Dr. Abu Anas. Jawapan terpilih disiarkan dalam arkib.

Tanya soalan

Bacaan berkaitan

Tazkirah Tawaduk Sesama Mukmin, Tegas Mempertahankan Islam & Melayani Semua Dengan Baik 8 Jun 2026 Tazkirah Nasihat Kepada Pengguna Jalan Raya: Hormati Hak Pemandu Lain 29 Mac 2026 Tazkirah Muhasabah KPI Amalan Akhir Ramadhan: Ceria Dengan Ibadat @ Terabai? 9 Mac 2026 Tazkirah BAZAR Ramadhan Atau BAZIR Ramadhan? 26 Feb 2026