Langkau ke kandungan
Logo Abu Anas Madani

Pasang aplikasi di iPhone atau iPad

  1. Dalam Safari, ketik butang Kongsi di bar bawah (atau atas).
  2. Tatal ke bawah dan pilih Tambah ke Skrin Utama (Add to Home Screen).
  3. Ketik Tambah (Add). Ikon laman akan muncul di skrin utama seperti aplikasi.
Fiqh & Ibadah

Galakkan Mengerjakan Umrah & Haji Tidak lebih Dari 5 Tahun Sekali Jika Berkemampuan

Dato’ Dr. Abu Anas Madani 8 Oktober 2025 · 2 min bacaan
Simpan Kongsi WhatsApp
Saiz tulisanSaiz

Pendahuluan

Daripada Abu Sa‘id al-Khudri RA, Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah hadis Qudsi:

“Allah berfirman: Wahai anak Adam, apabila Aku telah memberikan kesihatan pada tubuhmu dan Aku telah melapangkan rezekimu, namun berlalu lima tahun sedangkan engkau tidak datang ke rumah-Ku (untuk menunaikan haji atau umrah), maka sesungguhnya engkau termasuk dalam kalangan orang yang mahrum.” [mahrum: terhalang daripada rahmat Allah — huraian, bukan lafaz hadis]
(Riwayat Abu Ya‘la dan Ibn Hibban; disahihkan oleh sebahagian muhaddithin seperti Syaikh Syu‘aib al-Arna’ut dan al-Albani, namun ad-Daraqutni menyatakan tiada satu pun jalurnya yang sahih — status hadis ini diperselisihkan)

Maksud Hadis

Hadis ini memberi peringatan lembut tetapi tegas bahawa sesiapa yang dikurniakan:

  1. Kesihatan tubuh badan dan
  2. Keluasan rezeki,

tetapi lalai menziarahi Baitullah (Makkah) selama lebih lima tahun, maka dia dianggap mahrum, iaitu terhalang daripada rahmat dan keberkatan Allah SWT.

Hikmah & Pengajaran

Pertama, Haji dan Umrah sebagai tanda syukur

Menunaikan haji atau umrah bukan sekadar ibadah, tetapi tanda kesyukuran atas nikmat kesihatan dan rezeki yang Allah kurniakan.

Kedua, lima tahun sebagai peringatan simbolik.

Tempoh lima tahun dalam hadis ini menjadi kayu ukur untuk mengingatkan kita supaya tidak menangguh niat ke Tanah Suci tanpa sebab syarie.

Ketiga, bukan semua diberi peluang.

Ramai yang berharta tetapi tidak diberi kesempatan. Ramai juga yang rindu, namun diuji dengan kesihatan atau halangan lain.
Maka siapa yang Allah bukakan jalan, jangan tunda — mungkin itu jemputan terakhir sebelum ajal menjemput.

Keempat, kesedaran umat Islam hari ini.

Bahkan, kerajaan Arab Saudi sendiri mengamalkan dasar bahawa warganegara dan penduduknya hanya boleh menunaikan haji setiap 5 tahun sekali — menepati hikmah yang disebut dalam hadis ini.

Renungan

Cuba kita hitung bila kali terakhir kita menjejakkan kaki ke Tanah Suci?

Jika sudah berlalu lima tahun, sedangkan tubuh sihat dan rezeki mencukupi, maka hadis ini seolah-olah menyapa hati kita secara langsung.

“Jangan tunggu panggilan haji, panggilan itu sudah lama datang. Soalnya adakah kita sudah menyahutnya?”

Penutup & Doa

اللهم ارزقنا حجًا مبرورًا وعمرةً مقبولةً، وعودًا إلى بيتك الحرام في كل خمس سنين يا أرحم الراحمين.

Ya Allah, kurniakanlah kepada kami rezeki untuk haji yang mabrur dan umrah yang diterima, serta peluang kembali ke rumah-Mu setiap lima tahun, wahai Tuhan Yang Maha Pengasih.

Rujukan

3 sumber
  1. Hadis Qudsi riwayat Abu Ya'la (no. 1031), Ibn Hibban (no. 3703) dan al-Baihaqi (Syu'ab al-Iman, no. 3838) daripada Abu Sa'id al-Khudri RA — dinilai sahih oleh al-Albani (Sahih al-Jami', no. 1909; as-Silsilah as-Sahihah, no. 1662; Sahih at-Targhib, no. 1166 'sahih li ghairih'); al-Mundhiri (at-Targhib wa at-Tarhib, 2/202): isnadnya sahih atau hasan (Mausu'ah Hadithiyyah ad-Durar as-Saniyyah).

    ad-Durar as-Saniyyah
  2. Takhrij hadis 'Inna 'abdan sahhahtu lahu jismahu...' (ad-Durar as-Saniyyah): Syu'aib al-Arna'ut (Takhrij Sahih Ibn Hibban, no. 3703) — sahih; ad-Daraqutni dinukil Ibn al-Jauzi (al-'Ilal al-Mutanahiyah 2/565) — 'لا يصح منها شيء'; Ibn 'Uthaimin (Liqa' al-Bab al-Maftuh 9/298) — 'aku kira tidak sahih'.

    ad-Durar as-Saniyyah
  3. Arab News, 'Reminder to Saudi citizens, expats: No Hajj without permit' (12 Ogos 2018).

    arabnews.com

Penulis

Dato’ Dr. Abu Anas Madani

Musyrif Pondok Sungai Durian, Kuala Krai. Ph.D Syariah, Universiti Islam Madinah.

Biodata penuh →

Ada persoalan berkaitan?

Hantar soalan kepada Dr. Abu Anas. Jawapan terpilih disiarkan dalam arkib.

Tanya soalan

Bacaan berkaitan

Fiqh & Ibadah Galakan Puasa Sunat 6 Hari Syawal: Ganjaran Seperti Puasa Sepanjang Tahun 6 Apr 2026 Fiqh & Ibadah Nasihat Kepada Imam Baca Qunut Nazilah Agar Betulkan Bacaan 20 Mac 2026 Fiqh & Ibadah Solat Sunat Gerhana: Kaifiat, Hikmah & Nasihat Khutbah 3 Mac 2026 Fiqh & Ibadah Jangan Sekali-Kali Gugurkan Azan 25 Feb 2026