Langkau ke kandungan
Logo Abu Anas Madani
As-Sunnah

Doa Untuk Memudahkan Sebarang Urusan

Dato’ Dr. Abu Anas Madani3 September 2025 · 2 min bacaan
Kongsi WhatsApp
Saiz tulisan

Pendahuluan

Dalam hidup, kita tidak lari daripada cabaran, tugasan yang berat, atau kesulitan yang dirasakan sukar untuk dihadapi.

Di saat itu, Nabi SAW mengajarkan kita sebuah doa yang indah untuk memohon pertolongan Allah agar setiap urusan menjadi lebih mudah.

Lafaz Doa

اللَّهُمَّ لَا سَهْلَ إِلَّا مَا جَعَلْتَهُ سَهْلًا، وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلًا

Bacaan Rumi:
Allahumma la sahla illa ma ja‘altahu sahlā, wa anta taj‘alul-ḥazna idhā shi’ta sahlā

Maksud:
Ya Allah, tiada perkara yang mudah melainkan Engkau jadikannya mudah. Dan Engkaulah yang menjadikan kesukaran itu mudah apabila Engkau menghendakinya.

(HR. Ibn Hibban, no. 974; sanadnya dinilai sahih oleh Ibn Hajar, al-Albani dan Syu’aib al-Arna’ut)

Penjelasan Hadis

Para ulama hadis menegaskan bahawa perkataan yang betul ialah al-ḥazn (الحَزْن) dengan huruf “za” mati, yang bermaksud kesukaran, kepayahan atau jalan yang sukar.

Ada sebahagian terjemahan yang menterjemahkannya sebagai “kedukaan” (al-ḥuzn, الحُزْن) iaitu kesedihan. Walaupun maksudnya tidak jauh, tetapi dalam doa ini makna yang tepat ialah kesukaran hidup atau halangan yang menyusahkan.

Maka, doa ini sesuai dibaca ketika menghadapi:

  • Urusan kerja yang berat.
  • Pelajaran dan peperiksaan.
  • Masalah keluarga atau kewangan.
  • Tekanan hidup yang membuat kita rasa sempit.

Hikmah Doa

  1. Mengiktiraf kelemahan manusia – kita tidak mampu tanpa pertolongan Allah.
  2. Menyerahkan diri kepada Allah – hanya Allah yang mampu mengubah yang sukar menjadi mudah.
  3. Menjadi motivasi hati – doa ini menenangkan, memberi keyakinan bahawa setiap kesukaran ada jalan keluar.

Kesimpulan

Doa ini adalah senjata mu’min ketika menghadapi cabaran hidup. Bacalah ia dengan penuh keyakinan:

“Ya Allah, tiada yang mudah melainkan yang Engkau permudahkan. Dan segala yang sukar, Engkau mampu menjadikannya mudah.”

Rujukan

1 sumber
  1. Sahih Ibn Hibban, no. 974 (riwayat Anas bin Malik) — isnad dinilai sahih oleh Syu'aib al-Arna'ut; al-Albani, as-Silsilah as-Sahihah, no. 2886 ('isnaduhu sahih 'ala syart Muslim'); Ibn Hajar (Nata'ij al-Afkar 4/119): sahih — melalui ad-Durar as-Saniyyah.

    ad-Durar as-Saniyyah

Penulis

Dato’ Dr. Abu Anas Madani

Musyrif Madrasah Muhammadiah, Pondok Sungai Durian. Ph.D Syariah, Universiti Islam Madinah.

Biodata penuh →

Ada persoalan berkaitan?

Hantar soalan kepada Dr. Abu Anas. Jawapan terpilih disiarkan dalam arkib.

Tanya soalan

Bacaan berkaitan

As-Sunnah Koleksi Pamplet Haji, Korban & Zulhijjah 12 Mei 2026 As-Sunnah Bacaan Selepas Selesai Solat Witir 8 Mac 2026 As-Sunnah Solat Sunat Gerhana: Kaifiat, Hikmah & Nasihat Khutbah 3 Mac 2026