Langkau ke kandungan
Logo Abu Anas Madani

Pasang aplikasi di iPhone atau iPad

  1. Dalam Safari, ketik butang Kongsi di bar bawah (atau atas).
  2. Tatal ke bawah dan pilih Tambah ke Skrin Utama (Add to Home Screen).
  3. Ketik Tambah (Add). Ikon laman akan muncul di skrin utama seperti aplikasi.
Doa & Zikir

Doa Pelepas Hutang Yang Diajarkan Nabi SAW

Dato’ Dr. Abu Anas Madani 10 Ogos 2025 · 2 min bacaan
Simpan Kongsi WhatsApp
Saiz tulisanSaiz

Pendahuluan

Hutang adalah beban. Ada yang kecil nilainya, ada yang mencekik hidup bertahun-tahun.

Tetapi Islam bukan sekadar menyuruh kita membayar hutang, ia juga mengajar kita memohon pertolongan Allah supaya urusan hutang dipermudahkan.

Kisah Hamba Mukatab & Saidina Ali r.a.

Dalam satu riwayat, seorang hamba mukatab (hamba yang diberi peluang menebus kebebasan dengan membayar sejumlah wang kepada tuannya) datang kepada Saidina Ali r.a.

Hamba itu berkata:

“Wahai Ali, tolonglah aku. Aku nak bebas dari perhambaan ini, tapi duit tak cukup.”

Saidina Ali r.a. bertanya:

“Mahukah kamu aku ajarkan satu doa yang diajar oleh Nabi SAW kepada aku? Jika engkau mempunyai hutang sebesar Bukit Sir pun, nescaya Allah akan melunaskannya untukmu.”

Bukit Sir (dalam riwayat lain disebut Sabir) ialah sebuah gunung milik kabilah Tayyi’ (besar dan kukuh), menggambarkan hutang yang sangat berat untuk dilangsaikan.

Doa Pelepas Hutang

Saidina Ali pun mengijazahkan doa ini kepada hamba tersebut, sebagaimana Nabi SAW ajarkan:

“Ya Allah, cukupkanlah aku dengan rezeki halal-Mu daripada yang haram dan kayakanlah aku dengan kurnia-Mu daripada bergantung kepada selain-Mu.” – (Riwayat al-Tirmizi & Ahmad – dinilai hasan oleh al-Tirmizi dan al-Albani)

Makna dan pengajaran daripada doa ini:

  1. Mohon kecukupan daripada yang halal – Kita minta agar keperluan hidup ditampung dengan rezeki yang Allah halalkan, bukan jalan yang syubhah atau haram.
  2. Lepaskan pergantungan kepada manusia – Biar hati kita cukup dengan pemberian Allah, tidak berharap belas orang lain.
  3. Hutang sebesar gunung pun boleh selesai – Dengan izin Allah, doa ini adalah ikhtiar rohani untuk memudahkan jalan penyelesaian.

Amalan Kita Hari Ini

  • Bacalah doa ini setiap kali selepas solat.
  • Sertakan dengan usaha membayar hutang secara berdisiplin.
  • Elakkan berhutang untuk perkara tidak perlu.

Doa ini bukan hanya untuk mereka yang sudah berhutang, tetapi juga untuk sesiapa yang ingin dijauhkan dari beban hutang.

Penutup

Saidina Ali r.a. tidak memberi duit kepada hamba itu, tetapi memberi senjata rohani yang lebih berharga iaitu doa dari Nabi SAW. Hutang bukan sekadar masalah kewangan, ia ujian hati, iman dan tawakkal.

“Hasbunallah wa ni‘mal wakil” – Cukuplah Allah bagi kami, Dia sebaik-baik tempat bergantung.

Rujukan

4 sumber
  1. Sunan at-Tirmidhi, Kitab ad-Da'awat, no. 3563 (riwayat 'Ali bin Abi Talib r.a.) — kata at-Tirmidhi: «hasan gharib».

    Sunnah.com
  2. Ad-Durar as-Saniyyah, al-Mausu'ah al-Hadithiyyah: takhrij hadis «Allahummakfini bihalalika…» — dinilai hasan oleh al-Albani (as-Silsilah as-Sahihah, no. 266; Sahih at-Targhib, no. 1820); riwayat Musnad Ahmad no. 1319 (Zawa'id 'Abdullah bin Ahmad).

    ad-Durar as-Saniyyah
  3. Al-Mubarakfuri, Tuhfat al-Ahwadhi Syarh Jami' at-Tirmidhi, Kitab ad-Da'awat, j. 10 (Maktabah Islamweb).

    IslamWeb
  4. Al-Quran, Surah Ali 'Imran (3): 173.

    Quran.com

Penulis

Dato’ Dr. Abu Anas Madani

Musyrif Pondok Sungai Durian, Kuala Krai. Ph.D Syariah, Universiti Islam Madinah.

Biodata penuh →

Ada persoalan berkaitan?

Hantar soalan kepada Dr. Abu Anas. Jawapan terpilih disiarkan dalam arkib.

Tanya soalan

Bacaan berkaitan

Doa & Zikir Bacaan Selepas Selesai Solat Witir 8 Mac 2026 Doa & Zikir Hikmah Galakan Memperbanyakkan Selawat Pada Malam & Hari Jumaat 10 Feb 2026 Doa & Zikir 10 Adab Berdoa Agar Dimustajabkan Permohonannya 5 Feb 2026 Doa & Zikir Doa Memohon Hidup/Mati Dalam Kebaikan & Kenikmatan Melihat Allah Di Akhirat 19 Jan 2026