haji

Catatan Rehlah Haji Abu Anas Madani 1437H (01).


بسم الله الرحمن الرحيم

وبه نستعين على أمور الدنيا والدين، وبعد.

Rehlah “Dhuyuf Ar-Rahman” menuju ke Tanah Suci dengan hati yang ikhlas, semangat yang berkobar menyahut seruan Tuhan.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana sekali lagi memberi peluang kepada hamba-Nya ini menjadi tetamu-Nya, lantas kita menerima tawaran dan menjadi pilihan untuk menunaikan ibadat Haji pada tahun 1437H ini.

Musim Haji 1437H tiba, AAM sekali lagi diberi peluang menjadi “Dhuyuf Ar-Rahman”.

Pada petang Isnin 29/8 bermula Rehlah “Dhuyuf Ar-Rahman” menuju ke Tanah Suci dengan penerbangan MH jam 8pm dari KB.

Seperti biasa rehlah diiringi oleh UAM, Ahmad dan Iffah dari rumah ke KB.

Rehlah haji pula diteruskan bersama para jamaah yang keluar dengan hati yang ikhlas, semangat yang berkobar untuk menyahut seruan Tuhan, insya’ Allah.

Di KLIA sudah setia menunggu Akhi Jazman Yob dan Mazlan (bakal haji tahun depan insya’ Allah).

Semoga selamat sepanjang perjalanan & pulang dengan dosa yang diampunkan…

*AAM, KLIA, Jam 10:30pm Isnin, 26 Zulqa’dah 1437H, 29/8/2016.


Setiba di KLIA jemaah dibawa dengan bas yang disediakan oleh TH ke Kompleks TH Kelana Jaya (KTHKJ)

Setiba di KTHKJ jemaah Ash-har dibawa ke khemah khas dan disambut oleh petugas Ash-har dan ditunggu juga oleh sahabat setia Us. Abu Fatih al- Mubaraki – Ahmad Husni Abd Rahman – bersama dua orang puteranya – barakallahu fiikum-.

Keadaan di KTHKJ nampak teratur dan kemas urusan Haji 1437H oleh  pihak TH di Kelana Jaya. Setiap satu PJH (pengurus jemaah haji) diberikan ruang khemah masing-masing secara khusus. Di khemah pula ada gerai jualan makanan & minuman.

Bilik penginapan yang dahulunya seperti dormitori di Dewan Jugra, tahun ini dibawa ke bilik-bilik yang lebih selesa, Alhamdulillah. 

*Baca cerita KTHKJ di: 

http://www.dartaibah.com/abuanasmadani.my/?p=1204

Jemaah sempat rehat seketika dan pada jam 3:30 pagi jemaah diminta bersiap sedia dengan pakaian ihram turun ke khemah semula untuk urusan cop 10 jari dan mengambil lencana jemaah haji. 

Untuk maklumat para pembaca, suatu peraturan baru telah dibuat, iaitu setiap jemaah perlu mengecop kesemua 10 jari bagi tujuan perlepasan dan mungkin bila sampai di Jeddah nanti dah tak perlu cop jari lagi. – Setelah sampai di Jeddah ketika pemeriksaan imigresen 10 jari sekali lagi dilalui, kena cop /scan. Sangkaan kami salah – 

Selesai cop jari, rehat seketika menunggu azan subuh pagi selasa.

Waktu subuh, kami ke Masjid Kelana Jaya, dewan solat di tingkat satu, sampai di tangga nampak dah penuh, rupanya mazhab solat di tepi tangga dan tak mahu masuk ke dalam masjid sudah sebati dengan jemaah dan bermula dari tanah air lagi. Bila kita masuk ke dalam masih kosong 1/3 ruang solat, Allahul musta’aan – semoga perangai ini tidak dibawa ke Makkah/Madinah nanti.

6:30 pagi mula check-in bagasi dan ambil pasport serta ke dewan taklimat, lalu naik bas semula untuk ke KLIA.

*Lihat laporan atau cerita ini sama seperti tahun-tahun yang lalu.

Baca di: blog ini…

Pagi ni hujan sangat lebat di Kelana Jaya.

Semoga segalanya lancar dan dipermudahkan. 

AAM, KTHKJ – KLIA, 9:30am Selasa, 30/8/2016.

#rehlahhaji1437H — at Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya.

Alhamdulillah, dalam rehlah haji ini penerbangan kami dengan SV 5297 Saudi Airline [ KT 38B ]terus ke Jeddah dan dari Jeddah ke Makkah.

Proses dan urusan di Airport Jeddah Terminal Haji macam biasalah, dan ada sedikit kawalan ketika membeli sim kad hp, didaftarkan terus dengan paport dan sistem peng’rekod’an lebih terperinci siap kena cop ibu jari lagi dan hanya satu sim dibenarkan untuk satu pasport, nak tolong beli untuk pasangan pun tidak dibenarkan.

Alhamdulillah kami sampai di Makkah jemaah Ash-Har di tempatkan di Hotel Nada Diyafah dan ada sebahagiannya tinggal di Hotel Le Meridian, Ajyad.

Kuliah Di Makkah.

Keistimewaan Hotel Nada ialah ada surau / musolla yang luas juga dan bebas untuk mengadakan kuliah atau tazkirah secara bergilir dengan jemaah lain ikut pembahagian masa yang sesuai.

Dalam rombongan tahun ini Akhi Mazlan bin Abdullah sahabat yang telah merakam kuliah dan ceramah Abu Anas di Malaysia selama ini,  turut serta dan dibawanya kamera. 

Jadi Kuliah & Tazkirah sepanjang musim haji di Makkah dan Masyair dapat dirakam semuanya, alhamdulillah.

12 Siri Kuliah & Tazkirah Di Makkah Sebelum Haji.

12 Siri Tazkirah di Masyair Mina, Arafah & Muzdalifah.

Dan 7 Siri Tazkirah Selepas Haji.

Kuliah Juga disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Ahmad Hasyimi yang sentiasa membantu memberi bimbingan kepada jemaah Ash-Har dan juga Dr. Hjh Nik Salida Suhaila (USIM) yang turut serta dalam rombongan haji Ash-har “Jazahumullahu khaira”.

Siri Kuliah & Tazkirah Sepanjang Rehlah tersebut boleh dilihat di playlist youtube ini:

Playlist Kuliah & Tazkirah Sepanjang Haji 1437H. 

Kita doakan semoga Allah memberkati usaha Akhi Haji Mazlan dan juga semua keluarganya, serta murah rezeki dan hidup bahagia di dunia dan di Akhirat.

Rehlah haji “Recaj” Iman.

Merungkai 10 Rahsia dan Hikmah Haji.

Dalam rehlah ibadat rohaniah dan jasmaniah ini, para jemaah akan mendapati banyak pengajaran dan ibrah darinya.

Ibadat yang berulang setiap tahun ini adakalanya tidak dapat diambil manfaat sepenuhnya oleh para dhuyuf ar-Rahman, mungkin lantaran mereka pergi haji tanpa persiapan yang cukup dari sudut perasaan haji, jiwa dan ilmu tentangnya, sebaliknya mereka pergi dengan semangat nak naik haji dan mereka pula mengutip maklumat dari kawan-kawan yang pulang dari mengerjakan haji.

Ada yang bercerita tentang kepayahan mengerjakan haji, ada orang kena curi bag, kena pijak, hotel tak selesa atau makanan tak sedap dan pelbagai cerita negatif lagi.

Andainya jemaah haji ini mengorek rahsia haji atau meneliti hikmahnya tentulah mereka akan bertemu dengan hikmah yang sangat besar dan cukup mengagumkan.

Antara hikmah ibadat haji ialah;

1) Haji adalah lambang kemurnian tauhid.

Allah berfirman dalam surah al-Haj ayat 26:

(وَإِذْ بَوَّأْنَا لِإِبْرَاهِيمَ مَكَانَ الْبَيْتِ أَنْ لَا تُشْرِكْ بِي شَيْئًا وَطَهِّرْ بَيْتِيَ لِلطَّائِفِينَ وَالْقَائِمِينَ وَالرُّكَّعِ السُّجُودِ)

Maksudnya: “Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami tentukan bagi Nabi Ibrahim tempat Kaabah (untuk membinanya, lalu Kami berfirman kepadanya): “Janganlah engkau sekutukan sesuatu pun dengan-Ku, dan bersihkanlah rumah-Ku (Kaabah ini) bagi orang-orang yang tawaf, dan orang-orang yang berdiri dan yang rukuk serta yang sujud (mengerjakan solat)”. [Surah Al-Hajj: 26]

2) Haji mengajar erti persamaan.

Jemaah berpakaian ihram warna putih, tiada lagi pakaian kebangsaan masing-masing, kerana itu disyariatkan ibadat haji dilakukan pada masa yang sama dan dilakukan secara berjamaah.

3) Haji suatu bentuk ibadat semata-mata kerana Allah.

Kerana itu banyak amalan haji tidak dapat dikesan rahsianya selain beribadat mengikut arahan Allah, seperti mengucup Hajar al-Aswad, tawaf tujuh pusingan, melontar dan lainnya.

4) Haji suatu perisytiharan runtuhnya kuasa jahiliyah dari asasnya.

Islam telah membersih dan menghapuskan amalan jahiliyah di Makkah, kerana itu syiar atau simbol haji ialah Talbiyah, iaitu mengiklankan tauhid dan menolak sebarang bentuk syirik.

5) Haji mengingatkan seseorang akan perjalanan ke Akhirat.

Bermula dengan pakaian ihram yang mengingatkan kita kepada kain kafan, bermusafir meninggalkan kampung halaman dan sanak saudara.

Bersesaknya manusia mengingatkan perhimpunan di akhirat.

6) Haji suatu bentuk jihad pada jalan Allah.

Sebagaimana sabda Nabi s.a.w: “…Jihad yang afdhal ialah haji mabrur“. 

[HR Al-Bukhari]

7) Haji ke Baitullah adalah lambang keamanan.

Firman Allah s.w.t dalam surah Aal Imran ayat 97:

(فِيهِ آيَاتٌ بَيِّنَاتٌ مَقَامُ إِبْرَاهِيمَ ۖ وَمَنْ دَخَلَهُ كَانَ آمِنًا ۗ وَلِلَّهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا ۚ وَمَنْ كَفَرَ فَإِنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ عَنِ الْعَالَمِينَ )

Maksudnya: “Disitu ada tanda-tanda keterangan yang nyata (yang menunjukkan kemuliaannya; di antaranya ialah) Makam Nabi Ibrahim. Dan sesiapa yang masuk ke dalamnya aman tenteramlah dia. Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat Haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk”. [Surah Aal-Imran: 97]

8) Haji mendidik jiwa agar mematuhi arahan Allah.

Para jemaah menjaga amalan haji dan menjauhi larangan semasa ihram. 

Sekiranya mereka tersalah nescaya mereka akan membayar dam dengan rela hati untuk menebus kesalahan tersebut agar hajinya diterima oleh Allah.


9) Haji mengajarkan kita mengingati sejarah perjuangan umat terdahulu dan mengambil tanggungjawab dengan umat sekarang yang ditindas dengan perbagai ujian.

Nabi Ibrahim berdoa untuk dirinya, keluarganya.

Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 128:

(رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِنْ ذُرِّيَّتِنَا أُمَّةً مُسْلِمَةً لَكَ وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَا ۖ إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ)

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani”. [Surah Al-Baqarah: 128]

10) Haji menggilap keimanan. 

Apabila haji yang dilakukan mengikut syarat dan adabnya maka dia mendapat “Haji Mabrur” yang diterima oleh Allah.

Antara syaratnya ialah;

1- Ikhlas kerana Allah.

2- Mengikut Sunnah Rasulullah s.a.w.

3- Tidak melakukan rafath (perkara yang berkait dengan seks semasa ihram), tidak melakukan fusuqkejahatan dan berjidal berbantah.

Maka dia akan keluar dari dosanya sebagaimana anak keluar dari perut ibunya.

Semoga bermanfaat buat para hujjaj.

#AAM, Makkah. 29/11/1437H – 1/9/2016. — at Makkah Al Mukarammah.

Tadabbur Surah al- Baqarah:

Doa Nabi Ibrahim ‘alaihissalam ketika membina Kaabah.

Imam Solat Isya’ Isnin 27/11/1435H telah membawa para jemaah mengembara ke Makkah 5000 tahun yang lampau.

Cerita ini telah dinukilkan oleh Allah S.W.T dalam firman-Nya;

وَإِذْ يَرْفَعُ إِبْرَاهِيمُ الْقَوَاعِدَ مِنَ الْبَيْتِ وَإِسْمَاعِيلُ رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا ۖ إِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

“Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui; [127]

Kata al-Faqir AAM;

Pembangunan pesat di Makkah tidak menghalang seorang hamba untuk menyerahkan diri, tunduk dan patuh kepada Allah sekiranya mereka datang dengan hati yang sejahtera, jiwa yang redha & niat yang ikhlas, insya’ Allah.

Imam dan ramai para makmum menangis dengan bacaannya yang mengetuk hati dengan mukjizat al-Quran yang berkekalan sehingga ke hari Kiamat.

Semoga Allah SWT anugerahkan kita semua sebagai hamba-Nya yang menyerahkan diri kepada-Nya!.

AAM, Makkah, 1 Zulhijjah 1437H – 3/8/2016. — at المسجد الحرام مكة المكرمة.

Khidmat & Sumbangan AAM untuk dhuyuf ar-Rahman. 

Musim Haji 1437H.

Semoga Bermanfaat! — at Makkah Al Mukarammah.


Allah Tidak Akan Membiarkan Begitu Sahaja.

Setelah Nabi Ibrahim ‘alaihissalam bertahun-tahun memohon kepada Allah untuk diberikan anak, maka Allah kurniakan baginda seorang anak lelaki, Ismail alaihisallam. 

Namun, Nabi Ibrahim ‘alaihissalam diperintahkan oleh Allah Ta’ala untuk meninggalkan anaknya yang masih menyusu itu, Ismail bersama ibunya, Hajar di Makkah. 

Makkah, ketika itu merupakan lembah di tengah padang pasir kontang, yang tidak berpenghuni. 

Hajar berkata kepada Nabi Ibrahim’ alaihissalam. 

آلله الذي أمرك بهذا؟

“Adakah Allah yang memerintahkan engkau (untuk meninggalkan kami di lembah ni)?”

Ibrahim ‘alaihissalam menjawab: “Ya. Allah yang memerintahkannya.” 

Hajar berkata:

إذاً لا يضيعنا

“Jika demikian, ALLAH TIDAK AKAN MEMBIARKAN KAMI BEGITU SAHAJA.” [Sahih Al-Bukhari]

Lembah yang kontang.

Tiada makanan dan minuman. 

Tiada manusia. 

Seorang perempuan yang lemah, ditinggalkan dengan anak yang kecil dan masih menyusu, yang mungkin mereka akan mati kehausan. 

Namun, apabila dia redha dengan hukum Allah, maka Allah tidak sia-siakan kepatuhannya kepada suruhan Allah. 

Lihatlah Makkah pada waktu ini.

Telaga Zamzam yang tidak pernah putus airnya. 

Makanan dan minuman, pelbagai jenis yang melimpah ruah.

Lautan manusia dari pelbagai pelusuk dunia.

Daripada keturunannya, lahirnya Nabi yang paling mulia, Nabi Muhammad s.a.w yang dibangkitkan di Makkah. 

Allahu Akbar. 

Patuhlah pada arahan Allah. Pasti Allah akan memberikan kamu ganjaran yang besar. Pasti Allah tidak membiarkan kamu begitu sahaja.

#Arar, Makkah 2 Zulhijjah 1437H.

Cara mengerjakan HAJI (Rukun & Wajib) 

*Tidak termasuk perkara sunnah.

 Manakala Antara Sunnah-sunnah Haji amalan Rasulullah saw:

1- Bertalbiyah selepas berniat sehingga melontar Jamrah Aqabah (Kubra).

2- Berada di Mina pada hari Tarwiyah (8 Zulhijjah). — ‎at ‎المسجد الحرام مكة المكرمة‎.‎

Nama-nama hari haji. — at Makkah Haram.

Pada tahun ini jemaah Ash-Har semuanya berada di satu maktab, iaitu Maktab 94.

Dan sekali lagi kami diberi kesempatan oleh Allah untuk ke Mina pada Hari Tarwiyah iatu hari ke 8 Zulhijjah. Kemudian selepas subuh hari Arafah baru berangkat ke sana.

Sepanjang bertarwiyah di Mina kami penuhi masa dengan ibadat dan tazkirah.

Korban Yang Diterima!

لَنْ يَنَالَ اللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَاؤُهَا وَلَٰكِنْ يَنَالُهُ التَّقْوَىٰ مِنْكُمْ ۚ كَذَٰلِكَ سَخَّرَهَا لَكُمْ لِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ ۗ وَبَشِّرِ الْمُحْسِنِينَ (سورة الحج : ٣٧)

Firman Allah Taala yang bermaksud:

“Daging dan darah binatang korban itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan TAQWA darimu. Demikianlah Ia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjuk-Nya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) 

kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya. [Al-Haj: 37].

عيدكم مبارك.

تقبل الله منا ومنكم صالح الأعمال،

كل عام وأنتم إلى الله أقرب.

Selamat melaksanakan Ibadah Korban dan menyambut ‘Eidul Adha al-Mubarak.

Semoga Allah menerima amal kita semua dan menjadikan kita di kalangan hamba-Nya yang bertaqwa.

AAM, Mina, Maktab 94.

Isnin, 10 Zulhijjah 1437H – 12 September 2016.


Cerita Sunnah Korban.

Pengalaman Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi.

Korban untuk sayyid boleh tapi untuk Allah tak mampu.

Dalam buku Sunnah wa Bid`ah ada sebuah cerita yang menarik disampaikan oleh Prof Dr Syeikh Yusuf al-Qaradawi hafizahu’Llah berdasarkan pengalaman beliau sendiri.

Katanya:

“Saya terkenangkan kisah ketika saya masih pelajar menengah Al-Azhar di Maahad Tanta. 

Di Tanta, terdapat makam Sayyidul Badawi yang masyhur. Dalam kalangan guru-guru kami, ada yang berada di sana pada waktu siang dan sebahagian yang lain berada di makam itu sepanjang malam. Saya pernah berdialog dengan seorang syeikh yang faqih dan bermazhab Hanafi, tetapi beliau daripada kelompok yang mensucikan para tasawuf dan para wali. Ketika itu beliau sedang mengajar bab melaksanakan korban menerusi perbahasan fiqh, manakala saya pula begitu suka menguhubungkait fiqh dengan kehidupan.

Kemudian saya katakan kepada guru itu, “Wahai syeikh, sebenarnya kita sudah menghilangkan perkara sunnah, yang mana orang yang melaksanakan ibadah korban begitu sedikit, dan saya percaya para syeikh harus memberikan pendekatan kepada mereka dalam menangani masalah ini. Dengan kemampuan yang dimiliki para syeikh, mereka mampu memberikan peringatakan kepada manusia bagi menghidupkan sunnah ini.” 

Syeikh itu membidas dengan menyatakan, “Perkara ini terjadi kerana ramai manusia tidak berkemampuan dalam kewangan.”

Saya menjawab kembali, “Tetapi, mereka mampu melaksanakan korban sempena keramaian yang lain dan ia bukan amalan sunnah.” 

Lantas beliau membalas, “Apakah yang kamu maksudkan?” 

Saya menjawab, “Maksud saya, mereka melakukan korban pada hari kelahiran Sayyid! Apabila menjelang hari kelahiran Sayyid, mereka mengorbankan puluhan, ratusan malah ribuan kambing, sedangkan pada Hari Raya Aidiladha, hanya segelintir individu mengadakan ibadah korban. Sekiranya para Syeikh mengarahkan masyarakat menghidupkan sunnah berkorban ini berbanding daripada melakukan korban untuk Sayyid, nescaya mereka sudah melakukan sunnah. Walaupun mereka tidak memberikan sedekah sedikit pun daripada korban itu, tetapi ia cukup bagi menghidupkan satu daripada syiar-syiar Islam. Ini dinyatakan dalam Surah al-Kauthar, ayat 2: 

{Oleh itu, laksanakanlah solat kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban sebagai tanda syukur.}”

Apa yang saya sampaikan ini membangkitkan kemarahan Syeikh. Saya dihalau daripada kelas dan beliau melabel saya sebagai penghasut, pembenci para wali dan para solihin!

Keadaan ini mengingatkan saya kepada suatu kaum yang menghidupkan bid`ah. Ketika kaum itu menyibukkan diri dengan bid`ah itu, pada saat itu mereka mematikan sunnah. Ini adalah rahsia mengapa bid`ah diperangi dalam Islam”. 

[lihat Prof Dr Syeikh Yusuf al-Qaradawi (2013), Sunnah wa Bid`ah (Sunnah vs Bid`ah)]

Diolah oleh: Zahiruddin Zabidi.

Cukur Kepala.

Alhamdulillah, antara isi motivasi dan tazkirah AAM ialah kempen cukur botak kepala ketika tahlul, maka pada tahun ini 100% jemaah yang bersama saya cukur kepala licin, tahniah tuan-tuan haji semua kerana memilih yang terbaik.


Tiga Kali vs Satu Kali

Doa, jika dipanjatkan kepada Allah, oleh orang alim dan soleh, adalah sangat diharapkan untuk dimakbulkan oleh Allah. 

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُحَلِّقِينَ.

قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ وَالْمُقَصِّرِينَ؟

قَالَ: اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُحَلِّقِينَ.

قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ وَالْمُقَصِّرِينَ؟

قَالَ: اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُحَلِّقِينَ.

قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ وَالْمُقَصِّرِينَ؟

قَالَ: وَالْمُقَصِّرِينَ.

Nabi s.a.w berdoa kepada orang yang melaksanakan haji: “Ya Allah, ampunilah mereka yang mencukur habis (rambutnya).”

Para sahabat radhiyallahu anhum berkata, “Wahai Rasulullah, bagaimana kalau cuma sekadar memendekkan?”

Baginda s.a.w bersabda, “Ya Allah, ampunilah mereka yang mencukur habis.”

Para sahabat radhiyallahu anhum bertanya lagi, “Wahai Rasulullah, bagaimana bagi yang cuma sekadar memendekkan?”

Baginda s.a.w bersabda, “Ya Allah, ampunilah mereka yang mencukur habis.”

Para sahabat kembali bertanya, “Wahai Rasulullah, bagaimana bagi yang cuma sekadar memendekkan?”

Baginda s.a.w akhirnya menjawab, “Dan (ampunkanlah) juga bagi mereka yang hanya memendekkan rambutnya.” [Muttafaqun Alaih]

Bayangkan jika doa tersebut daripada Nabi shallallahu alaihi wa sallam. Pasti ianya akan dikabulkan oleh Allah. 

Bukan SATU KALI didoakan rahmat oleh Nabi s.a.w, bahkan TIGA KALI. 

اللهم رحمتك نرجو، ولا تكلنا إلى أنفسنا طرفة عين

Ya Allah, Rahmat-Mu sangat kami harapkan. Jangan Engkau biarkan kami walaupun sekelip mata.

#Arar, Mina, 10 Zulhijjah 1437H. — at Mina Muassim.

THABIR

Ketika di Mina, para jemaah sentiasa akan nampak sebuah bukit besar bahkan mereka masuk ke dalamnya melalui terowong yang dikorek untuk memendek jarak dari perkhemahan jemaah haji Asia Tenggara di Muaisim ke Jamarat tempat melontar. Bukit itu namanya Thabir – ثبير.

Jika kita berada di Mina, menghadap ke Makkah, di sebelah kanan kita itulah Bukit yang dinamakan sebagai Thabir. 

Bukit ini sangat besar. Memanjang sehingga ke hujung Mina. 

Suatu hari, seorang hamba mukatab (yang boleh menebus dirinya jika dia membayar sejumlah wang kepada tuannya) bertemu dengan Ali radhiyallahu ‘anhu. 

Hamba ini berkata kepada Ali: “Sesungguhnya aku tidak mampu untuk membayar tebusan kepada tuan aku.” 

Ali radhiyallahu’ anhu berkata:”Mahukah aku ajarkan kepada kamu beberapa perkataan yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w kepadaku, jika engkau sebutkannya, jika engkau mempunyai hutang sebesar bukit THABIR maka Allah akan menunaikan hutang tersebut bagi kamu?”

Katakanlah:

اللَّهُمَّ اكْفِنِي بِحَلالِكَ عَنْ حَرَامِكَ، وَأَغْنِنِي بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ

Ya Allah, cukupkanlah aku dengan yang halal, tanpa perlu kepada yang haram. Kayakanlah aku dengan kurniaan-Mu, tanpa aku mengharapkan kepada selain-Mu. 

[Sunan Tirmizi, Hadis Hasan Gharib] 

Amalkanlah doa ini. Semoga Allah selesaikan semua hutang walaupun ianya sebesar bukit Thabir. 

Semoga Allah kurniakan kita keluasan rezeki daripada-Nya tanpa perlu bergantung kepada makhluk. 

Semoga Allah kurniakan orang yang belum menunaikan haji untuk datang menunaikannya, bermabit di Mina dan melihat bukit Thabir.

Bagi yang menunaikan haji pada tahun ini, semoga Allah berikan kita keizinan untuk melaksanakan haji pada tahun-tahun yang seterusnya, bermabit di Mina dan melihat lagi bukit Thabir. Amin

#Arar. 13 Zulhijjah 1437

Kaki Bukit Thabir, Mina, Makkah.

Antara perkara yang sangat sukar bagi jemaah haji ialah hendak bertaubat dari tabiat merokok. Maka dengan niat yang ikhlas dan semangat yang kental anda mampu meninggalkannya, insya’ Allah.

Ikhlaskan Doa Anda;

DOA UNTUK SI PEROKOK.

Wahai Tuhan, anugerahkanlah taubat kepada para perokok, agar mereka bertaubat dan meninggalkan tabiat merokok.

Dan campakkan ke dalam hati mereka perasaan bencikan rokok, dan sembuhkan hati mereka dari tergantung ingatan terhadap rokok.


#AAM, Makkah. 15 Zulhijjah 1437H.

Sep 14 – 2016

Ulasan Buku – Kosmo.

Makkah al-Mukarramah, Kelebihan & Sejarah.

Dan:

Madinah Munawwarah, Kelebihan & Sejarah.

Lihat di:

http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0912&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm 

http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0912&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm — at Mina Muassim.

SOLAT SUNAT FAJAR.

(Solat sunat qabliyah selepas azan sebelum solat Fardhu Subuh)

Lebih Baik dari Dunia.

 Jika seseorang diberikan sebuah syarikat dengan sahamnya, ia adalah seuatu yang baik.

 Jika seseorang dikurniakan sebuah negeri dengan hasilnya, ia adalah sesuatu yang sangat baik

 Jika seseorang diserahkan sebuah negara dan perbendaharaannya, maka ia adalah yang lebih baik daripada sebelumnya.

 Rasulullah s.a.w bersabda;

ركعتا الفجرِ خيرٌ من الدنيا وما فيها

“DUA RAKAAT (sunat sebelum) SUBUH LEBIH BAIK daripada DUNIA dan SEGALA ISINYA” [Sahih Muslim (725)]

Marilah bersama-sama merebut kurniaan besar yang dijanjikan Allah ta’ala ini. 

#arar, 13/9/2014.

Perkuburan Rabwah Al-Hadharim.

Di Mina terdapat sebuah perkuburan lama yang dikenali dengan nama: 

“Maqbarah Rabwah Al-Hadharim”.

Lokasinya:

Terletak berdekatan dengan Masjid Khaif.

Asalnya tempat ini dihuni oleh jemaah haji yang datang dari Hadharamat, Yaman. 

Mereka tinggal di pinggir bukit, kemudian mereka diserang wabak penyakit dan mati ditempat tinggal mereka dan kediamannya menjadi kubur.

Maka tempat ini dijadikan perkuburan bagi jemaah haji yang mati di Mina.

Tidak ada keluarga yang akan minta untuk membawa balik jenazah ke negeri mereka kerana mengharapkan pahala orang yang mati ketika mengerjakan haji.

Setiap 5 tahun sekali kubur ini akan dibuka untuk disinari matahari, dan tulang mayat dikumpulkan pada suatu tempat kemudian dimasukkan jenazah yang baru pula.

Walaupun ruang kubur ini sempit tapi ia tidak penuh kerana berlaku pertukaran tersebut.

Tempat ini masih digunakan sehingga hari ini sebagai perkuburan untuk jemaah haji yang mati di Mina.

Lihat laporan pemberita akhbar al-Watan.

Video:

Dan:

http://www.alwatan.com.sa/local/News_Detail.aspx?ArticleID=202031&CategoryID=5

Akhukum,

#Abu Anas Madani.

Makkah, 16/12/1437H – 18-9-2016. — at مشاعر منى المقدسة – مكة المكرمة‎.‎

Wahai Jemaah Haji – Mulakan Kehidupan Baru Selepas Haji.

Tahniah untuk Haji / Hajjah!

Alhamdulillah semua amalan haji telah disempurnakan dengan baik, kita doakan semoga Allah terimanya sebagai HAJI MABRUR.

Oleh itu mulakan hidup dengan amalan baik.

Nasihat dan tazkirah:

Menjadi kebiasaan AAM memulakan tazkirah selepas haji dengan nasihat dan muhasabah buat para jemaah.

“Wahai Jemaah Haji – Mulakan Kehidupan Baru Selepas Haji”.

Baca:

http://abuanasmadani.blogspot.com/2011/11/pesanan-buat-para-hujjaj.html?m=1


Berurusan Dengan Manusia.

Ada segolongan manusia, apabila kita berbuat baik dengan mereka, mereka berbuat baik dengan kita.

Ada pula golongan yang apabila kita berbuat baik kepada mereka, mereka tidak berbuat baik dengan kita. 

Seorang ulama’ berkata:

والسعادة في معاملة الخلق أن تعاملهم لله فترجو الله فيهم ولا ترجوهم في الله، وتخافه فيهم ولا تخافهم في الله، وتحسن إليهم إليهم رجاء ثواب الله لا لمكافئتهم، وتكف عن ظلمهم خوفا من الله لا منهم.

“Kebahagian dalam berurusan dengan makhluk Allah adalah dengan berurusan dengan makhluk KERANA ALLAH dengan mengharapkan Allah ketika berurusan dengan makhluk, bukan mengharapkan makhluk ketika berurusan dengan Allah. 

Takut kepada Allah ketika berurusan dengan makhluk, bukan takut kepada makhluk ketika berurusan dengan Allah. 

Berbuat baik kepada makhluk dengan mengharapkan pahala daripada Allah, bukan kerana mengharapkan balasan makhluk. 

Tidak menzalimi makhluk kerana takut kepada Allah, bukan kerana takut kepada makhluk” [Majmu’ Al-Fatawa 1/51].

Orang yang sebegini pasti tidak akan sedih dan kecewa dalam setiap urusannya dengan manusia yang lain. 

Semoga Allah jadikan kita sentiasa dalam golongan yang bahagia. 

#ARAR – 04081436. — at Makkah.

Aktiviti Selepas haji.

Selain beribadat di Makkah, dan beberapa siri kuliah di Hotel, jemaah juga dibawa melawat ke kaki Gua Thaur, Gua Hira’, Al-Hudaibiyah dan majlis Asya’ Hasyi – Makan Anak Unta – di Muzdalifah.

[ Dr. Hjh Nik Salida Menyampaikan Tazkirah ]


[ Gambar Di Sempadan Hudaibiyah ]

[ Pinggir Bukit Thaur ]

[ Sheikh Fauzi Sembawa Ketua Maktab 94] 

[ Tazkirah Di Muzdalifah ]

[ Tuan Haji Fadhli – Wakil JKIM ]

Ulasan Isu Haji Tanpa Iran.

Musim haji tahun ini – negara Iran tidak menghantar jemaah hajinya kerana beberapa sebab yang mereka ciptakan.

Jadi alhamdulillah suasana di Makkah agak lengang dan aman, tidak ada perkara yang tidak diingini berlaku pada tahun ini.

Wada’ Makkah Haji 1437H.

Kata Abu Anas;  Wada’ Makkah (Haji 1437H).

Amalan terakhir jemaah haji ialah TAWAF WADA’.

Saat perpisahan dengan Makkah, Kaabah.

Mungkin hikmahnya ialah mereka yang tidak merasai kepahitan berpisah tidak akan mengetahui apakah kemanisan bertemu.

Setiap orang akan bertanya dirinya:

Adakah kita akan bertemu lagi?

Ataupun ini merupakan perpisahan abadi yang kita tidak akan bertemu lagi?

Di saat itu jiwa dan perasaan akan gementar, 

air mata akan mengalir, lidah akan berdoa:

اللهم لا تجعل هذا آخر عهدنا في هذا المكان الطاهر، وارزقنا العودة بعد العودة، عاجلا غير آجل يا كريم

“Ya Allah, janganlan Engkau jadikan ini kali terakhir aku berada di rumah-Mu ini, rezekikan aku agar dapat kembali lagi menjadi tetamu-Mu!”

لئن أصبحت مرتحلا بشخصي – فروحي عندكم أبدا مقيم.

Walaupun jasadku berangkat meninggalkanmu –

Tapi jiwaku tetap berada di sisimu.

#Abu Anas Madani.

Wada’ Makkah.

Khamis, Selepas Solat Zuhur.

20 Zulhijjah 1437H- 22/9/2016. 

Ke Madinah.

Saya berangkat ke Madinah bertiga bersama Akhi Hj. Mohd Najib & isterinya Hjh. Dr. Nik Salida.

Adapun jemaah KT 38B  insya’ Allah akan ke Madinah pada 1 Oktober 2016, mengikut jadual asal perjalanan yang diatur oleh Tabung Haji.

Segala aktiviti dan kuliah di Makkah akan diteruskan oleh Ustaz Ahmad Hasyimi, Ustaz Rohaimi dan Ustaz Lokman. 

Maas-salamah…— ‎at ‎الجموم‎.‎

Bersambung di Madinah. Insya’ Allah.

AAm, PSD. 22 Muharram 1438H – 23/10/2016.

Bekalan Maklumat Ke Tanah Haram

Author


Avatar