Tazkirah, Uncategorized

Tazkirah, Motivasi, Tips Ringkas

REHAT YANG SEBENAR.

Jadilah orang yang baik di dunia. Hidup dengan ikhlas beribadah kepada Allah dengan mengikut Sunnah.

Jangan jadi ahli syirik yang menjadi penyokong bid’ah, kebatilan dan kezaliman.

Suatu hari ada seorang jenazah lalu di depan Nabi shallallahu alaihi wa sallam. Baginda bersabda:

مستريح ومستراح عنه “Orang itu berehat ataupun yang lain rehat daripadanya”.

Sahabat bertanya: Apa yang engkau maksudkan wahai Rasulullah? Baginda menjawab:

العبد المؤمن يستريح من نصب الدنيا وأذاها إلى رحمة الله، والعبد الفاجر يستريح منه العباد والبلاد والشجر والدواب

“Seorang hamba yang beriman akan berehat (disebabkan kematiannya) daripada kepenatan dan gangguan dunia menuju kepada rahmat Allah.

Manakala, hamba yang jahat, maka semua manusia, negeri, pohonan dan binatang akan berehat (disebabkan kematiannya).” [Muttafaqun Alaihi]

(ARAR, 17/9/2013 – AAM)