Audio - Video, Tanyalah Ustaz, Uncategorized

Tanyalah Ustaz: ISYARAT KE WISEL PENAMAT

Alhamdulillah pada pagi Jumaat, Sabtu & Ahad 7-9 Dis 2012 Abu Anas telah diberi peluang berkongsi ilmu di TV9, dalam rancangan “Tanyalah Ustaz” dengan tajuk: ISYARAT KE WISEL PENAMAT“. Apakah corak kehidupan hari ini seperti tingkahlaku manusia, pengurusan kerja, peraturan yang semakin menjurus kepada penganiayaan dan ketidak adilan serta pelbagai penyelewengan merupakan sebahagian daripada tanda kiamat semakin hampir? Siri 1: Muqaddimah, Penjelasan dan Beberapa Faedah & Hikmah disebalik mengetahui dan memahami alamat Qiamat..
Siri 2: 
Terdapat 131 Tanda-tanda kiamat, 84 daripadanya telah muncul, yang lain lagi akan muncul, insya’Allah.
Siri 3:
Alhamdulillah siri ini berkisar tentang Hadis daripada Huzaifah bin Usaid Al-Ghifari ra. berkata: “Datang kepada kami Rasulullah saw, sedang kami pada waktu itu sedang berbincang. Lalu Baginda bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?” Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari kiamat”. Lalu Nabi saw. bersabda:  “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh perkara”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam a.s, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”. – Hadis Riwayat Muslim
Buku yang dijadikan teks perbincangan ialan:
Berakhirnya Dunia Ini  (Dr. Muhammad Al Areefi) 
Description: Sejak akhir-akhir ini keadaan menjadi semakin tidak keruan dan kita telah mula melihat di kedai-kedai buku dan di laman-laman sesawang spekulasi tentang peristiwa-peristiwa yang akan berlaku dimasa akan datang, berasaskan ayat-ayat Al-Qur’an dan Hadis yang mana ia menceritakan tentang peristiwa ini dan kaitannya dengan tanda-tanda kiamat.  Setiap kali musibah menimpa dunia Islam dan umatnya, orang ramai akan mula mencari jalan keluar dalam memahaminya dan meyelesaikannya. Kadang-kadang akan terdengar berita tentang kemunculan Imam Mahadi, kadang-kadang akan tersebar cerita tentang telah tiba masanya akan berlaku ‘peperangan besar’ antara pihak yang benar dengan yang jahat, sesekali akan terdengar juga tentang tanah runtuh di sebelah Timur atau Barat, dan berbagai-bagai lagi kisahnya… Maklumat Pembelian di: http://www.dakwahbookstore.com.my/index.php?page=shop.product_details&flypage=flypage.tpl&product_id=1188&category_id=6&option=com_virtuemart&Itemid=1&vmcchk=1&Itemid=1
Dr Muhammad Al-Areefi Penulis Buku ini:
 
Tajuk Yang Berkaitan:

Keindahan Islam KK 08; Beriman Kepada Beriman Kepada Hari Akhirat (Kiamat)