Fatwa, TULISAN, Uncategorized

Fatwa Larangan Berzikir Memukul Gendang

Fatwa Larangan Berzikir Memukul Gendang Atau Peralatan Muzik Lain Di Dalam Masjid

Tarikh Keputusan: 29 Disember 2010. Keputusan:  (a) Dilarang memukul alat gendang atau memainkan apa-apa jenis alatan muzik di dalam masjid atau surau kerana perbuatan tersebut adalah bercanggah dengan syariat dan akhlak Islam; (b) Bagaimanapun, penggunaan alat gendang atau apa-apa jua jenis alatan muzik lain bagi menjalankan aktiviti yang dibenarkan oleh syarak boleh dilaksanakan di luar bangunan masjid, surau atau madrasah dan pelaksanaannya hendaklah berlandaskan syariat dan akhlak Islam. Status Penwartaan:  Diwartakan Tarikh Diwartakan:  5 Jan, 2012 Nombor Rujukan:  JMM/BFB(S)/351/255/02/10; PUNM. 700-02/37 Jld. 2 Akta/Enakmen:  Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) 2002 Negeri: Melaka. Sumber: http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/fatwa-larangan-berzikir-memukul-gendang-atau-peralatan-muzik-lain-di-dalam-masjid
Beberapa Perkara Yg Berkaitan: Ulasan Buku Dr Wahbah Az-Zuhaili: “Bid’ah Munkar”: http://www.abuanasmadani.com/?p=939 Ulasan Tentang Nasyid, Oleh AAM: http://www.abuanasmadani.com/?p=548