Turki Yang Aneh

Turki yang Aneh  

Turki mempunyai sejarah yang penting bagi umat Islam. Semasa berada di bawah Kerajaan Uthmaniyyah, Turki berperanan sebagai pusat pentadbiran Khilafah Islamiyyah beberapa abad lamanya, berperanan menyebarkan Islam di benua Eropah.

Hari ini di Turki telah berlaku beberapa perkara aneh dan ganjil… yang terbaru satu kes yang telah dibawa oleh pendakwaraya di Mahkamah Ezmit terhadap seorang bapa yang beragama Islam kerana menamakan anaknya dengan nama “Mu’az” dan mendaftarnya di pejabat pendaftaran negara itu.

Menurut pendakwaraya tersebut di dalam hujah pendakwaannya, kononnya nama “Mu’az” bercanggah dengan adat dan kebudayaan Turki. Sebaliknya bapa Mu’az dalam pembelaanya telah menjelaskan kepada mahkamah bahawa beliau menamakan anaknya sempena dengan nama salah seorang sahabat yang rapat dengan Nabi r, seterusnya beliau menyatakan kehairanannya bagaimana nama ini boleh bercanggah dengan adat dan kebudayaan Turki.

Setelah mendengar hujah dari kedua-dua pihak, hakim menolak kes tersebut dan memutuskan bahawa tidak ada apa-apa kesalahan menamakan anak dengan nama Mu’az di Turki. Allahul musta’aan.

Alihbahasa: Abu Anas Madani.

[Sumber: Majalah Al-Mujtama’, Bil. 1480. 23 Ramadhan 1422 / 8-12-2001].

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *