Your address will show here +12 34 56 78
Rehlah, TULISAN, Uncategorized
Bismillah, Alhamdulillah, Wassolatu Wassalam ‘ala Rasulillah…

1) Alhamdulillah, pada hari Ahad, 26 Mei 2013, Abu Anas bermusafir ke Qastantin (Istanbul) melalui Abu Dhabi, kemudian ke Al-Madinah dan mengerjakan umrah di Tanah Haram Makkah.  Perjalanan bermula dengan bertolak dari Airport Sultan Ismail Petra Kota Bharu ke KLIA dengan MH 1397 pada jam 4.05 pm.

Alhamdulillah selamat tiba di KLIA jam 5 pm. Seramai 40 orang yang kebanyakannya dari Kelantan dan Selangor mengikuti rombongan ini di bawah kelolaan Syarikat Ash-Har Travel Sdn. Bhd mula berkumpul di KLIA. Sambil menunggu perjalanan seterusnya ke Abu Dhabi pada jam 2035, kami menikmati jamuan yang dibawa oleh anak ayah Uji, salah seorang jemaah Ash-har, jazahumullahu khaira.

[Siri 2 Catatan di10 Faedah Rehlah & Catatan Islah.]

keep reading

1