Your address will show here +12 34 56 78
Rehlah, TULISAN, Uncategorized
Catatan Nurul Islah Hj Ismail, yang menyertai rombongan Abu Anas ke Istanbul & Umrah 2013 dan beliau ditugaskan sebagai pencatat perjalanan rehlah. Di bawah ini ialah 10 Faedah & Pengajaran Hasil Daripda Ziarah Kami Di Bumi Istanbul. 1. Kepentingan didikan yang betul.

Didikan yang diberikan guru kepada anak murid membawa impak yang besar dalam hidup murid tersebut. Seperti yang dilakukan oleh guru Al-Fateh yang merotannya tanpa sebab menyebabkan al-Fateh berfikir & menyimpan hasrat membuktikan dia bukan seorang yang boleh dizalimi. Dia bangkit untuk merealisasikan hasrat ayahnya untuk menjadi sebaik-baik pemimpin seperti yg telah disebut oleh Rasulullah s.a.w & menawan Kota Constantinople. [Siri 1 Catatan di: Rehlah ke Istanbul. ]

keep reading
0

Rehlah, TULISAN, Uncategorized
Bismillah, Alhamdulillah, Wassolatu Wassalam ‘ala Rasulillah…

1) Alhamdulillah, pada hari Ahad, 26 Mei 2013, Abu Anas bermusafir ke Qastantin (Istanbul) melalui Abu Dhabi, kemudian ke Al-Madinah dan mengerjakan umrah di Tanah Haram Makkah.  Perjalanan bermula dengan bertolak dari Airport Sultan Ismail Petra Kota Bharu ke KLIA dengan MH 1397 pada jam 4.05 pm.

Alhamdulillah selamat tiba di KLIA jam 5 pm. Seramai 40 orang yang kebanyakannya dari Kelantan dan Selangor mengikuti rombongan ini di bawah kelolaan Syarikat Ash-Har Travel Sdn. Bhd mula berkumpul di KLIA. Sambil menunggu perjalanan seterusnya ke Abu Dhabi pada jam 2035, kami menikmati jamuan yang dibawa oleh anak ayah Uji, salah seorang jemaah Ash-har, jazahumullahu khaira.

[Siri 2 Catatan di10 Faedah Rehlah & Catatan Islah.]

keep reading

1

Artikel - Makalah, TULISAN, Uncategorized
Bagaimana Sultan Muhammad al-Fatih 
bebaskan Kota Istanbul
ء
[Sultan Muhammad al Fatih telah memulakan pengepungan ke atas Kota Konstantinopel pada hari Khamis, 5 April 1453 dan berjaya membuka kota ini pada 29 Mei 1453].
546 tahun yang silam, Muhammad bin Murad melukir satu sejarah dengan menawan kota yang sangat kuat pertahanannya – Konstantinopel.
Tulisan ini cuba melihat bagaimana seorang pemimpin seperti Muhamad Murad yang kemudiannya diberikan gelaran Muhammad Al Fatih, telah berjaya dilahirkan. Adakah di sana satu metod tertentu untuk mencetak pemimpin seperti beliau dan bagaimanakah cara untuk berbuat demikian.  keep reading
1