Your address will show here +12 34 56 78

Catatan ini ialah petikan dari tulisan Ketua Hal Ehwal Penyelidikan, Akademi Penyelidikan Syariah Kewangan Islam Antarabangsa (Isra), Dr Asyraf Wajdi Dusuki, seperti yang disiarkan oleh Sinar Harian: [http://www.sinarharian.com.my/nasional/ptptn-haram-caj-lebihi-kos-sebenar-1.40761#.T44onESpgXo.facebook] dan catatan dalam blog beliau. Sahabat saya Ustaz Dr. Zaharuddin juga ada membuat beberapa ulasan mengenai isu ni, sila ke: http://zaharuddin.net/ Kepentingan Memerangi Riba Sememangnya pembangunan sistem mahupun instrumen alternatif yang bebas riba amat mustahak bagi memastikan kehidupan manusia khususnya generasi muda yang akan menjadi aset berharga negara pada masa akan datang lebih dirahmati dan diberkati Allah.Ini amat bertepatan dengan amaran Allah S.W.T.:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَذَرُوا مَا بَقِيَ مِنَ الرِّبَا إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ (278) فَإِنْ لَمْ تَفْعَلُوا فَأْذَنُوا بِحَرْبٍ مِنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَإِنْ تُبْتُمْ فَلَكُمْ رُءُوسُ أَمْوَالِكُمْ لَا تَظْلِمُونَ وَلَا تُظْلَمُونَ

“Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah saki baki riba sekiranya kamu benar-benar beriman. Jika tidak, Allah dan RasulNya mengisytiharkan perang terhadap kamu. Dan jika kamu bertaubat, maka bagimu pokok hartamu, agar kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya”. (Al-Baqarah:278-279) keep reading
0