Your address will show here +12 34 56 78
Audio - Video, Kuliah, Tazkirah, Uncategorized

Alhamdulillah, di ambang Ramadhan dan sepanjang bulan Ramadhan tahun ini ana telah  menyampaikan tazkirah dan kuliah berkaitan dengan puasa dan kelebihan Ramadhan serta beberapa panduan atau tip untuk mengisi bekas yang disediakan bagi memperbanyakkan ibadat dan bertaqarrub kepada Allah sebanyak mungkin dalam bulan yang mulia ini.

Ketika sedang mencari idea untuk dijadikan silibus atau muqarrar tahun ini, beberapa orang pelajar yang pernah tinggal buat seketika di PSD dan kini sedang belajar di Timur Tengah, datang menzirahi PSD, antara mereka ialah Amin Asbahani yang sedang belajar di Mesir, telah menghadiahkan dua buah buku, iaitu;

 مع الإثني عشرية في الأصول والفروع

dan: Asrar Al-Muhibbin fi Ramadhan. (Rahsia Orang Yang Mencintai Allah SWT di Bulan Ramadhan). Jazahumullahu khaira. Maka buku ke 2 ini sesuai dijadikan muqarrar. Di bawah ini adalah petikan kuliah dan tazkirah yang telah disampaikan, semoga bermanfaat.

keep reading
0