khutbah Arafah

/Tag:khutbah Arafah

Hadiah untuk Bakal Haji dan Hajjah – Siri Motivasi & Fiqh Haji & Umrah

By |September 2nd, 2014|

بسم الله الرحمن الرحيم

Dalam siri ini ana kemukakan kepada para pengunjung beberapa siri kuliah, ceramah dan motivasi yang telah disampaikan berkaitan dengan haji dan Umrah juga Ziarah Madinah. 

Semoga dapat dijadikan panduan dan bekalan bagi mereka yang akan atau berada di Tanah Suci, Dua Tanah Haram Yang Mulia.

KLIK PADA IMEJ UNTUK MENEMPAH DVD INI!

[…]

Doa pada Hari Arafah: Untuk Jemaah Haji Atau Semua?

By |October 9th, 2013|

Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah, iaitu pada 9 Zulhijjah. Maksudnya, doa ini paling cepat diterima atau diqabulkan oleh Allah ‘Azza wa Jalla. Sehinggakan kita diperintahkan untuk berterusan dan mengambil berat untuk melakukan ibadah yang satu ini pada hari Arafah.

Lebih-lebih lagi untuk orang yang sedang berwukuf di Arafah.

Daripada ‘Aisyah rhodiyallahu ‘anha, dia berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللَّهُ فِيهِ عَبْدًا مِنَ النَّارِ مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ، وَإِنَّهُ لَيَدْنُو ثُمَّ يُبَاهِى بِهِمُ الْمَلاَئِكَةَ فَيَقُولُ: مَا أَرَادَ هَؤُلاَءِ؟

Maksudnya: “Di antara hari yang Allah banyak membebaskan seseorang dari neraka adalah hari Arafah. Dia akan mendekati mereka lalu Allah berbangga dengan mereka (menunjukkan keutamaan) kepada para malaikat. Kemudian Allah berfirman: Apa yang diinginkan oleh mereka?” [HR. Muslim no. 1348].

Dari ‘Amr bin Syu’aib dari ayahnya dari datuknya, Nabi SAW bersabda,

خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ

Sebaik-baik doa ialah doa yang dibaca pada hari Arafah dan sebaik-baik ucapan yang aku ucapkan serta nabi-nabi sebelumku ialah:

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ،

لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ .

“Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Esa tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kerajaan dan bagi-Nya kepujian dan Dia berkuasa ke atas setiap sesuatu”. [HR. Tirmizi no. 3585. “Hasan”].

Maksudnya, inilah doa yang paling cepat dipenuhi atau dikabulkan. (Lihat Tuhfatul Ahwazi, 10: 33).

Persoalannya, apakah keutamaan doa ini hanya khusus bagi mereka yang wukuf di Arafah? Apakah termasuk juga keistimewaan ini bagi orang yang tidak menunaikan ibadat haji?

[…]

Catatan Rehlah Haji 1433H (Siri 2)

By |November 8th, 2012|

Catatan Rehlah Haji 1433H (2)
بسم الله الرحمن الرحيم، وبه نستعين
Alhamdulillah, pada saat akhir ada beberapa orang jemaah lagi dapat visa haji dengan istilah “Visa Tabung Haji”. Visa dibuat dalam masa 2 jam sahaja, syaratnya semua maklumat dah lengkap, selepas itu timbul pula masalah nak dapatkan penerbangan ke Jeddah, ada yang sampai melalui Dubai, ada yang turun di Madinah dan naik bas ke Makkah, dan mereka ini tiba di Makkah ketika jemaah dah berangkat ke Mina pada hari Tarwiyah. Yang agak menyedihkan ialah ada beberapa orang yang dah dapat visa tapi tak dapat penerbangan, tak ada rezeki nak haji tahun ini.. panggilan haji hanya setakat KLIA sahaja, Allahulmusta’aan…
[…]