Your address will show here +12 34 56 78

بسم الله الرحمن الرحيم

Dalam siri ini ana kemukakan kepada para pengunjung beberapa siri kuliah, ceramah dan motivasi yang telah disampaikan berkaitan dengan haji dan Umrah juga Ziarah Madinah. 

Semoga dapat dijadikan panduan dan bekalan bagi mereka yang akan atau berada di Tanah Suci, Dua Tanah Haram Yang Mulia.

KLIK PADA IMEJ UNTUK MENEMPAH DVD INI!

keep reading
0

Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah, iaitu pada 9 Zulhijjah. Maksudnya, doa ini paling cepat diterima atau diqabulkan oleh Allah ‘Azza wa Jalla. Sehinggakan kita diperintahkan untuk berterusan dan mengambil berat untuk melakukan ibadah yang satu ini pada hari Arafah.

Lebih-lebih lagi untuk orang yang sedang berwukuf di Arafah.

Daripada ‘Aisyah rhodiyallahu ‘anha, dia berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللَّهُ فِيهِ عَبْدًا مِنَ النَّارِ مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ، وَإِنَّهُ لَيَدْنُو ثُمَّ يُبَاهِى بِهِمُ الْمَلاَئِكَةَ فَيَقُولُ: مَا أَرَادَ هَؤُلاَءِ؟

Maksudnya: “Di antara hari yang Allah banyak membebaskan seseorang dari neraka adalah hari Arafah. Dia akan mendekati mereka lalu Allah berbangga dengan mereka (menunjukkan keutamaan) kepada para malaikat. Kemudian Allah berfirman: Apa yang diinginkan oleh mereka?” [HR. Muslim no. 1348].

Dari ‘Amr bin Syu’aib dari ayahnya dari datuknya, Nabi SAW bersabda,

خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ

Sebaik-baik doa ialah doa yang dibaca pada hari Arafah dan sebaik-baik ucapan yang aku ucapkan serta nabi-nabi sebelumku ialah:

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ،

لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ .

“Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Esa tiada sekutu bagiNya, bagi-Nya kerajaan dan bagi-Nya kepujian dan Dia berkuasa ke atas setiap sesuatu”. [HR. Tirmizi no. 3585. “Hasan”].

Maksudnya, inilah doa yang paling cepat dipenuhi atau dikabulkan. (Lihat Tuhfatul Ahwazi, 10: 33).

Persoalannya, apakah keutamaan doa ini hanya khusus bagi mereka yang wukuf di Arafah? Apakah termasuk juga keistimewaan ini bagi orang yang tidak menunaikan ibadat haji?

keep reading
0

Pengalaman, Rehlah, Uncategorized

بسم الله الرحمن الرحيم، الحمد لله الذي جعل الكعبة البيت الحرام مثابة للناس وأمناً،

والصلاة والسلام الأتمان الأكملان على خير البرية أجمعين، وخاتم رسله الأكرمين

وعلى آله وصحبه ومن تبعهم إلى يوم الدين، أما بعد

 Alhamdulillah, sekali lagi syukur yang tidak pernah putus dan setingi-tingginya kepada al-Mun’im ‘Azza wa Jalla atas limpah kurnia-Nya memilih hamba-Nya yang haqir lagi faqir kepada keampunan-Nya, sekali lagi untuk mendapat peluang sebagai dhuyuf-Nya bagi tahun 1434H ini. 
 
 Rehlah atau pengembaraan Suci.
Tidak ada satu pun pengembaraan di atas muka bumi ini sebaik menuju ke Baitullah al-Haram. Rehlah yang diberkati iaitu rehlah haji dan umrah.
Setiap jemaah yang telah mendaftarkan diri untuk mengerjakan haji menanti dengan penuh kerinduan dan pengharapan untuk menjadi tetamu Allah swt. Apabila sahaja keputusan telah diterima mereka akan melaksanakan sujud syukur kepada Allah swt seolah-olah mereka telah mendapat anugerah yang besar daripada Allah swt. Bagaikan mereka telah menerima kad jemputan dari Allah swt untuk menziarahi rumah yang paling mulia, negeri yang dicintai oleh Nabi saw, tempat terawal wahyu diturunkan, menjadi kiblat solat umat Islam dan ganjaran pahala solat seratus ribu kali ganda serta pelbagai fadhilat dan kelebihan lagi.
Demikianlah keadaan al-‘abdu al-faqir Abu Anas apabila dijemput untuk bersama dalam kafilah haji Ash-har Travel pada tahun ini, walaupun keuzuran di bahagian lutut yang nampak tidak begitu mengizinkan untuk melaksanakan haji. Tetapi demi untuk menyertai jemaah haji ini, pengorbanan tetap diteruskan.
keep reading
0

Pengalaman, TULISAN, Uncategorized

Catatan Rehlah Haji 1433H.

بسم الله الرحمن الرحيم، وبه نستعين على أمور الدنيا والدين، وبعد.

Nikmat Allah swt swt ke atas hamba-hamba-Nya tidak terhingga, sebagaimana firman-Nya:

{ وَإِنْ تَعُدُّوا نِعْمَةَ اللَّهِ لَا تُحْصُوهَا } [إبراهيم: 34]

Maksudnya: {Sekiranya kamu hitung nikmat Allah swt, kamu tidak akan dapat menghitungnya} [Surah Ibrahim: 34 ]

Antara nikmat itu ialah apabila Allah swt mengizinkan hamba-Nya menuju ke Baitullah al-Haram pada musim haji sebagai tetamu-Nya, yang disediakan bagi mereka yang melakukannya dengan ikhlas serta mengikut Sunnah Rasulullah saw ialah al-Jannah, Syurga yang tak pernah dilihat oleh mata, tak pernah didengari oleh telinga serta tidak pernah terkhayal oleh hati manusia. keep reading
0