Dr Abdul Basit Abdul Rahman

/Tag:Dr Abdul Basit Abdul Rahman

Catatan Rehlah Haj (1) 1434H

By |October 7th, 2013|

بسم الله الرحمن الرحيم، الحمد لله الذي جعل الكعبة البيت الحرام مثابة للناس وأمناً،
والصلاة والسلام الأتمان الأكملان على خير البرية أجمعين، وخاتم رسله الأكرمين
وعلى آله وصحبه ومن تبعهم إلى يوم الدين، أما بعد

 Alhamdulillah, sekali lagi syukur yang tidak pernah putus dan setingi-tingginya kepada al-Mun’im ‘Azza wa Jalla atas limpah kurnia-Nya memilih hamba-Nya yang haqir lagi faqir kepada keampunan-Nya, sekali lagi untuk mendapat peluang sebagai dhuyuf-Nya bagi tahun 1434H ini. 
 
 Rehlah atau pengembaraan Suci.
Tidak ada satu pun pengembaraan di atas muka bumi ini sebaik menuju ke Baitullah al-Haram. Rehlah yang diberkati iaitu rehlah haji dan umrah.

Setiap jemaah yang telah mendaftarkan diri untuk mengerjakan haji menanti dengan penuh kerinduan dan pengharapan untuk menjadi tetamu Allah swt. Apabila sahaja keputusan telah diterima mereka akan melaksanakan sujud syukur kepada Allah swt seolah-olah mereka telah mendapat anugerah yang besar daripada Allah swt. Bagaikan mereka telah menerima kad jemputan dari Allah swt untuk menziarahi rumah yang paling mulia, negeri yang dicintai oleh Nabi saw, tempat terawal wahyu diturunkan, menjadi kiblat solat umat Islam dan ganjaran pahala solat seratus ribu kali ganda serta pelbagai fadhilat dan kelebihan lagi.

Demikianlah keadaan al-‘abdu al-faqir Abu Anas apabila dijemput untuk bersama dalam kafilah haji Ash-har Travel pada tahun ini, walaupun keuzuran di bahagian lutut yang nampak tidak begitu mengizinkan untuk melaksanakan haji. Tetapi demi untuk menyertai jemaah haji ini, pengorbanan tetap diteruskan.
[…]

Syarah 2 Kitab: Apa Erti Saya Menganut Islam & Bahtera Penyelamat

By |March 16th, 2013|

Dua buah kitab yang ditulis oleh Dr Fathi Yakan. Abu Anas memilih buku ini kerana ia menjadi bacaan para pendakwah dalam usrah mereka.

Pendekatan yang ana bawa ialah dengan meneliti hadis-hadis yang dibawa, dengan menyatakan sanad dan komentar para ulama’ hadis terhadapnya, sekiranya ada hadis lain yang lebih sahih maka ana akan baca yang sahih, ana juga menghuraikan secara ringkas isi kandungannya, semoga usaha yang mutawadhi’ ini mendapat pertolongan Allah dan diberkatinya, Aamin.
[…]

Syarah Kitab Bimbingan Mukmin- Bab Ilmu, Aqidah, Rahsia Taharah & Solat

By |February 13th, 2013|

Alhamdulillah, Kitab ini mula disyarahkan di Masjid Ar-Rahman, Pondok Sungai Durian, pada malam Khamis 11 Syawal 1433H bersamaan dengan 29 Ogos 2012.
[…]

Lahirnya Majalah Dewan Tamadun Islam

By |January 15th, 2013|

Alhamdulillah bersyukur Kepada Allah, dengan limpah kurnia-Nya, sebuah lagi majalah Islamiah dapat diterbitkan oleh DBP, dibawah editor kanannya yang sangat gigih berusaha iaitu Ustaz Salahuddin.

Dalam keluaran sulung ini tajuk utamanya ialah “Doa Untuk Pemimpin”, Abu Anas telah menulis maqalah bertajuk “Bahana Fitnah”. Semoga kelahiran majalah Dewan Tamadun Islam (TI) ini dapat memenuhi ruang untuk menambahkan lagi pengetahuan masyarakat dalam ilmu agama & maklumat umum.

Tahniah kepada DBP, khasnya sahabat saya Ustaz Din, Barakallahu fiikum..

[…]

Syarah Kitab Mestika Hadis [MP3] Muqaddimah, Jilid 1 & 2

By |January 5th, 2013|

 

113 Siri kuliah lengkap Kitab Mastika hadis Muqaddimah, Jilid 1 dan Jilid 2 ke mediafire & hulkshare. 

Kitab Mastika Hadis dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM), mengandungi 3 Jilid. Bahagian Muqaddimah, Jilid 1 dan Jilid 3.

Kitab Mastika Hadis boleh didapati secara online di laman web JAKIM: http://www.islam.gov.my/dircportal/hadith.htm
Rakaman MP3 113 siri di:
http://www.mymaktabaty.com/2013/01/update-512013-dr-abdul-basit-abdul.html?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook
Siri Rakaman ini boleh didapati melalui:
www.dartaibah.com
[…]

Tanyalah Ustaz: ISYARAT KE WISEL PENAMAT

By |December 9th, 2012|

Alhamdulillah pada pagi Jumaat, Sabtu & Ahad 7-9 Dis 2012 Abu Anas telah diberi peluang berkongsi ilmu di TV9, dalam rancangan “Tanyalah Ustaz” dengan tajuk: ” ISYARAT KE WISEL PENAMAT”.

Apakah corak kehidupan hari ini seperti tingkahlaku manusia, pengurusan kerja, peraturan yang semakin menjurus kepada penganiayaan dan ketidak adilan serta pelbagai penyelewengan merupakan sebahagian daripada tanda kiamat semakin hampir?

[…]

Koleksi Khutbah Raya ‘Eidil Fitri & Petikan Teks Khutbah

By |August 17th, 2012|

[…]

Tip Ramadan RTM Abu Anas Madani

By |August 4th, 2012|

Bahagian IV: Kaifiat Tarawih dan Khilaf Bilangan Rakaat

Bahagian III: Sejarah Solat Tarawih

Jangan bazirkan Ramadhan kita!

[…]