Your address will show here +12 34 56 78
Artikel - Makalah, Risalah Ramadhan, Uncategorized

Bulan Ramadhan adalah bulan yang mulia,penuh berkat. Perkara ini sangat jelas dalam al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah saw yang sahih. Perbincangan di sini ialah mengenai kedudukan hadis di bawah ini;

[أول شهر رمضان رحمة، وأوسطه مغفرة، وآخره عتق من النار]

Ertinya: Bulan Ramadhan, awalnya rahmah, tengah-tengahnya maghfirah dan akhirnya adalah pembebasan dari neraka.

Menurut ulama’ hadis, dalil pembahagian Ramadhan menjadi tiga ini dhaif (lemah). Padahal hadis itu popular sekali di tengah bulan Ramadhan, disebut oleh penceramah dan pentazkirah.

Menurut Al-Ustaz Prof. Ali Mustafa Ya’qub, MA :

Hadis itu memang bermasalah dari segi periwayatannya. Sebenarnya hadis ini diriwayatkan tidak hanya melalui satu jalur saja, namun ada dua jalur. Sayangnya, menurut beliau, kedua jalur itu tetap saja bermasalah.Mendhaifkan

keep reading
0