Your address will show here +12 34 56 78

Sempena menyambut bulan Ramadan yang mulia tahun 1433 Hijrah ini, Multaqa Asatizah dan Du’at (MURSHID) atau ‘Himpunan Para Ustaz dan Pendakwah’ ingin mengucapkan tahniah kepada semua umat Islam yang diberi anugerah rezeki oleh Allah s.w.t bagi menyambut bulan Ramadan pada tahun ini. Dengan itu, kami menyeru seluruh umat Islam agar menyambut bulan Ramadan yang mulia ini dengan kesedaran bahawa ia adalah suatu bulan mujahadah bagi mencapai taqwa melalui latihan kerohanian dan ketahanan terhadap dugaan syahwat yang pelbagai serta peningkatan ilmu terhadap inti Al-Quran serta menambahkan bacaannya. Allah s.w.t menyebut :

Ertinya: “Bulan Ramadan yang diturunkan padanya Al-Quran sebagai pentunjuk bagi manusia dan bukti keterangan dari petunjuk dan pembeza (di antara yang benar dan salah).” (Al-Baqarah: 185) Sempena bulan Ramadan, bulan tarbiah dan perjuangan ini, kami ingin menegaskan beberapa hal berikut :-

keep reading

0

Artikel - Makalah, Risalah Ramadhan, TULISAN, Uncategorized

 بسم الله الرحمن الرحيم، الحمد لله رب العالمين، وبه نستعين على أمور الدنيا والدين،

والصلاة والسلام على سيد المرسلين وعلى آله وصحبه جمعين، وبعد

Insya Allah, web AbuAnasMadani.Com akan berkongsi beberapa risalah Ramadhan sepanjang 4 minggu bulan Ramadhan al-Mubarak berlalu. Para pembaca dan pelawat bolehlah memuatturun, membaca, dan menyebarluaskan risalah-risalah Ramadhan untuk manfaat umat Islam. Di sini dikongsikan dahulu Risalah Ramadhan Bahagian I

keep reading
0