al-bid’ah

/Tag:al-bid'ah

Syarah Kitab: Cinta Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam Dan Tanda-tandanya

By |March 31st, 2013|

Alhamdulillah, Pada Pagi Jumaat 17 J. Ula 1434H bersamaan 29 Mac 2013, Al-Faqir ilaLlah Abu Anas Madani telah selesai syarah kitab ini sebanyak empat siri kuliah, semoga mendapat manfaat dalam memperbetulkan kecintaan Kita kepada Habibina wa Qudwatina Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa Sallam. Buku ini ditulis dalam bahasa Arab Oleh Prof. Dr. Fadl Ilahi, Jazahullahu Kathira.

[…]

Hukum Menyediakan Kenduri Kematian

By |March 22nd, 2013|

Alhamdulillah segala pujian hanya untuk Allah, Tuhan Semesta alam. Selawat serta salam kepada junjungan agung Nabi Muhammad S.A.W, para Ummu al-Mukminin, Aalul Bait, sahabat Baginda s.a.w serta ulama’ yang menurunkan ilmu dengan seikhlas hati kerana Allah.

Makalah yang ana masukkan di blog ini ialah tulisan Ustaz Hasan Ahmad –hafizahullah- [Mantan Pensyarah UM] yang telah disiarkan oleh Majalah Pengasuh, terbitan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) bilangan 587. Makalah ini membincangkan isu yang mungkin dianggap kontroversi atau isu panas dalam masyarakat, namun untuk memberi maklumat dan asas perbincangan kepada umum terhadap amalan yang menjadi kebiasaan masyarakat dengan dalil dan pandangan empat mazhab – khasnya mazhab Syafie dan nukilan dari kitab jawi yang menjadi rujukan dan bacaan di masjid dan surau kita.

Tujuan siaran ini ialah untuk perbincangan bukan untuk menimbulkan kecelaruan dalam masyarakat, dan satu perkara yang perlu diingat bahawa perbincangan ini adalah tentang majlis kenduri kematian, tanpa menyentuh hukum sampaikah pahala kepada orang yang telah mati, dua perkara ini adalah berbeza. Insya’Allah akan dibincangkan dalam siri yang lain. [Penjelasan tentang Perjalanan Manusia ke Alam Akhirat boleh di lihat di: Rehlah Abadi Ke Alam Akhirat (12 Siri Khutbah) http://www.abuanasmadani.com/?p=1400 ]
[…]