Seminar SPIS2010 Batal

Seminar Pemikiran Islam Semasa, anjuran Alumni Maahad Tahfiz al-Quran Negeri Terengganu (AMTA) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Institut Al-Quran Terengganu dijadualkan berlangsung pada hari Sabtu 22 Mei 2010 dengan matlamat dan objektif yang jelas. [Lihat maklumat seminar di: Laman SPIS2010].

Ketika dunia sedang berkembang dengan ilmu dan lonjakan akademik, tiba-tiba muncul sekumpulan manusia yang tidak mahu menggunakan hujjah / akademik tapi menggunakan kekuasaan untuk berdepan dengan hujjah. Maka seminar ini telah dihalang dan dibatalkan dengan berbagai alasan di luar batas ilmu dan akhlak. Untuk tidak menghampakan harapan peserta yang telah mendaftar untuk menyertai seminar dan memberi peluang kepada pihak yang menghalang untuk membuat penilaian, maka ana kemukakan di sini kertas yang akan dibincangkan pada seminar itu.

Klik untuk muat turun kertas kerja.

Semoga Allah sentiasa memberi taufiq dan hidayah ke jalan kebenaran dan menjauhkan kita dari sifat angkuh, sombong dan takabbur. Ingatlah pesanan Allah: Maksudnya: {Sesungguhnya orang-orang yang mendatangkan fitnah /cubaan kepada orang-orang yang mukmin laki-laki dan perempuan; kemudian mereka tidak bertaubat, maka bagi mereka azab Jahannam dan bagi mereka azab (neraka) yang membakar}. [Al-Buruj:10].