TERBARU
Home / Kalendar Aktiviti / Seminar “Maqasid Al-Syariah” 13 Julai 2009.

Seminar “Maqasid Al-Syariah” 13 Julai 2009.

Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) Kelantan akan menganjurkan seminar [MAQASID SYARIAH DALAM PENTADBIRAN NEGARA PERINGKAT KEBANGSAAN (SMS ’09)]

Pengenalan:

Ilmu Maqasid Al-Syariah adalah merupakan satu cabang ilmu yang masih belum difahami dengan jelas oleh masyarakat kita di Malaysia walaupun ia telah lama dibincangkan oleh para ulama’ dalam kitab-kitab fiqh dan usul-fiqh mereka. Malah istilah Maqasid al-Syariah ini juga masih kurang diberi penekanan oleh ramai ahli cendikiawan Islam sendiri.

Pada hakikatnya, ia telah diaplikasikan dalam pelbagai sudut kehidupan terutamanya yang melibatkan hal ehwal kemasyarakatan, kewangan dan pentadbiran. Sebenarnya orang yang mengenali dan memahami Maqasid Al-Syariah  akan terpegun melihat keindahan dan kesempurnaan agamanya, malah ia juga akan memperlihatkan kebenaran ayat al-Quran yang bermaksud: {Dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan} [Al-Haj: 78]. Dan Firman Allah swt yang bermaksud: {Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu.} [Al-Baqarah: 185].

Dalam menghadapi  dan menyelesaikan persoalan- persoalan semasa juga tidak kira samada yang menyentuh aspek sosial, ekonomi, politik mahupun perundangan Islam secara menyeluruh, ilmu Maqasid Al-Syariah  merupakan satu elemen penting yang mesti dihadamkan oleh para cendikiawan, ulama’ mahupun hukkam.

Menyedari tentang ilmu Maqasid Al-Syariah  ini serta isu-isu semasa yang berkait dengannya maka, Jabatan Syariah KIAS menganjurkan satu seminar peringkat kebangsaan yang akan mengupas dan memberi pendedahan tentang isu-isu tersebut dalam kerangka ilmu dan akademik.

Untuk keterangan lanjut sila ke:

 

http://www.kias.edu.my/ikseminarmqsd.htm

About admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

x

Check Also

Abu Anas di TV9 – Tanyalah Ustaz “Hikmah Solat”

Alhamdulillah, pada pagi Jumaat – Ahad (23-25 Julai 2010) Abu Anas telah ...