TERBARU
Home / Pengalaman / Pengalaman & Maklumat LASIK

Pengalaman & Maklumat LASIK

Alhamdulillah, Syukur kepada  Allah atas kejayaan amaliah ini pada pagi hari Khamis 27 September 2012 di Eye and LASIK Centre, Prince Court Medical Centre.

Untuk berkongsi maklumat & pengalaman, Prof Dr Muhaya telah membenarkan rakaman dibuat.. Jazahumullahu khaira…

Proses perjalanan amaliah LASIK ini bermula pada hari pertama dengan pemeriksaan mata secara sepenuhnya (full assesment), dengan berbagai-bagai cara, manual & komputer. Ana datang pada hari Rabu 26 Sep 2012 jam 9 pagi. Setelah melalui hampir atau lebih 10 tempat pemeriksaan, akhirnya pada jam hampir 2 petang baru berjumpa Prof Muhaya sendiri dan beliau mengesahkan semua ujian lulus dan prosedure LASIK boleh dilakukan. Lalu staff PCMC telah memberi tarikh untuk proses amaliah pada jam 9.30 pagi esoknya.

Pada pagi hari Khamis (27 Sept 2012) jam 9.00 pagi ana sudah berada di PCMC dan 9.40 sampai giliran dipanggil masuk. Setelah melalui waktu menunggu yang mendebarkan perasaan, lebih daripada proses yang dilalui sebenarnya, lebih kurang 15 minit, prosedur LASIK kedua-dua belah mata ana, dengan izin Allah kemudian dengan kepakaran Prof Muhaya dan staf-stafnya yang penuh dedikasi telah selesai dengan jayanya al-Hamdu wasy-Syukru liLlah…

JazahumulLahu Khairan Kathira kepada Prof dan insan dermawan yang telah menginfaq untuk prsedure LASIK ini.

Penjelasan Penuh Tentang LASIK boleh dibaca dalam buku ini [Hadiah Dari Prof] Terbitan As-Sohwah, berharga RM30:

Maklumat Ringkas tentang LASIK, daripada FB Prof Muhaya:

Untuk mereka yang ingin bebas daripada kacamata untuk melihat. Kaedah tanpa pisau Visumax femtosecond laser kanta lekap menyentuh mata pesakit hanya 30 saat. Memang tidak menyakitkan. Lasik hanya untuk mata yg sihat. Umur 18 tahun hingga 67 tahun sesuai jika mata sihat. Mata malas (lazy eyes) tidak sesuai. Pesakit kencing manis atau darah tinggi kalau retina sihat boleh buat lasik. 

Ini hanya utk mereka yg rabun jauh atau silau atau rabun jauh dan dekat bila umur lebih 40 tahun. Power paling tinggi 1400 dan paling rendah 75 telah dirawat. Rabun silau hingga 500 telah dilakukan.

Wanita mengandung dan menyusu sebelum 6 bulan tidak sesuai. Sila sms saja ke nombor HP 0122517796 atau 0163873282 (panggilan tidak diterima) atau telefon
0321600332. Jika power kurang daripada 800 boleh terus datang buat full screening dan plan hari apa nak buat prosedur.

Masa sms beri umur, power dan hari akan buat pemeriksaan penuh yg memakan masa 4 jam dan hari nak buat prosedur yg memakan masa 15 minit dan boleh pulang terus
atau rehat selama 2 jam. Boleh memandu selepas 4 jam. MC diberi pada hari pemeriksaan dan hari prosedur.

Pemakai contact lens perlu off contact lens seminggu sebelum dtg buat pemeriksaan. Harga RM6990 premium lasik kedua-dua mata ( umur bawah 40) dan 7990 laser blended vision untuk umur 40 ke atas.

Pesakit sedar dan tidak merasa sakit langsung kerana ubat bius titik diletak. Prosedur dimulakan dengan surah AlFatihah dan zikir terapi diri oleh Hafiz Hamidun dipasang sentiasa memang menenangkan pesakit.

Maybank credit card ada 36 month interest free dan citibank 12 months interest free lasik di Prince Court. EPF dan ansuran tidak boleh dilakukan.

Penjelasan Lanjut sila ke:
atau:

Foto-foto Kenangan:

Prince Court MC dari Luar

Antara Proses Assesment (26/8)

Operation Room (27/8)

Bermula amaliah

 Mata sedang “dibuka..”

Selesai, bersama Prof & Us Husni yang juga telah menjalani LASIK sebelum ini.. 

Spek Hitam yg diberi; Mendengar taklimat Penjagaan & Ubat

 seminggu selepas amaliah (8/10/12)

Bersama Ustz Hj Ahmed Shukri (ASH-Har) semasa muraja’ah.

About admin

x

Check Also

Catatan Rehlah Haji 1433H (Siri 1)

Catatan Rehlah Haji 1433H. بسم الله الرحمن الرحيم، وبه نستعين على أمور ...