TERBARU
Home / Artikel - Makalah / Maktabah Soutiah (Audio)

Maktabah Soutiah (Audio)

Ada cadangan dari seorang sahabat lama untuk mengumpul bahan-bahan ilmiah dalam bentuk CD -MP3 dan dibahagikan secara percuma kepada sesiapa yang berminat. Ini adalah suatu usaha yang baik, salah satu uslub dakwah yang diberkati insya’Allah.
Ana ingin meluaskan lagi skop dakwah ini iaitu penyebaran ilmu melalui internet. kapada ikhwah yang ada kepakaran dalam bidang ini diharap dapat membantu ana untuk mempercepatkan proses tersebut, sila hubungi melalui email atau H/P, di bawah ini senarai kuliah yang telah selesai dirakam bermula tahun 2007 hingga Mei 2009.

Kitab-kitab yang telah diajar.

(Terdapat dalam bentuk rakaman):
1- Munyah al-Musalli. Karangan Sheikh Daud B. Abdullah Al-Fatoni. 31 siri (Tahqiq dan Rakaman MP3).
2- Al-Bahjah Al-Mardhiyyah, Sheikh Daud B. Abdullah Al-Fatoni. 3 siri (MP3).
3- Kitab Muqaddimah Bughyah At-Tullab, Sheikh Daud B. Abdullah Al-Fatoni.  Bab Kelebihan Ilmu. (Tahqiq).
4- Kitab al-Fiqh al-Manhaji, Feqah Mazhab Syafie, Jilid 1.
 54 Siri (MP3 dan Video).
5- Kitab Hidayah as-Salikin, Syeikh Abdul Samad al-Falembani. 48 Siri (MP3 dan Video).
6- Kitab Mestika Hadis, Sheikh Abdullah Basmeih, Jilid 2 (Solat). 68 siri (MP3).
7- Bidayah al-Suul, Sultan Ulama’, Izzuddin Bin Abdul Salam. 4 siri (Mp3).
8- Ceramah – Khutbah Pilihan.

About admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

x

Check Also

Doa pada Hari Arafah: Untuk Jemaah Haji Atau Semua?

Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah, iaitu pada 9 Zulhijjah. Maksudnya, ...