Kenali Prof Dr Abdul Fattah Haron bin Ibrahim: Sejarah Menuntut Ilmu & Perjuangan

Prof Dr Abdul Fattah Haron bin Ibrahim, bekas pensyarah UKM selama lebih 40 tahun.

Beliau dilahirkan pada tahun 1930, di Kampung Gertak Lembu, Salor, Pasir Mas, Kelantan merupakan seorang penuntut ilmu yang tidak mengenal perit dan putus asa sehingga ke kedudukannya hari ini.

Sewaktu belajar di Universiti Al-Azhar, beliau telah menerima pingat dan sijil cemerlang pelajar terbaik seluruh fakulti Al-Azhar “Jaizah Al-Imtiyaz Li Awail Al-Kulliyat” daripada Presiden Jamal Abdul Nasir pada 14 Disember 1964.

Seorang tokoh yang banyak jasanya dalam membongkar, membenteras, menentang dan membendung ajaran sesat di Malaysia dengan penulisannya dan sebagai penasihat panel akidah JAKIM. Beliau tidak jemu-jemu menangani isu ini sehingga kini. Beliau sekarang sedang uzur, penglihatannya kabur kerana mengidap penyakit kencing manis. Sebelum Ramadhan lepas, beliau menjalani pembedahan mata mengharapkan matanya pulih kembali untuk menyambung kerja-kerja penyelidikan aqidah yang belum selesai. Mohon doa daripada semua.

Kisah awal hidupnya begitu unik dan menyayat hati, perjuangan kental yang boleh memberi inspirasi,  untuk mengenalinya lebih lanjut sila baca catatan yang ditulisnya sendiri –hafizahullah-

Baca di sini: Biografi Dr Abdul Fattah Haron 


Ceramah Prof Dr Abdul Fattah di Seminar Berpegang Dengan Al-Quran dan As-Sunnah. 

Pada April 2011, Di Hotel Royal Chulan, KL.

Peranan Al-Quran & Sunnah membersihkan Hati daripada ajaran sesat.

 http://youtu.be/YeXzm3p4tN8

 

Petikan Gambar di Seminar.

 

 

 

Antara Buku-buku karangan Dr Abd Fattah

 

 

Beberapa Pandangan Dr. Abdul Fatah.

Buku: Wahdatul Wujud dan Bathiniyah.

ESQ Menyeleweng – Prof. Dr. Abdulfatah Haron Ibrahim

 

PERHATIAN!

Kepada para pembaca yang ada maqalah atau buku Dr. Abdul Fattah atau link artikel beliau sila hubungi kami melalui emel: ainbaa@yahoo.comuntuk ditambahkan dalam catatan ini, Jazakumullahu khaira.

Akhukum,
Abu Anas Madani,
6 Syawal 1434H – 13 Ogos 2013M

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *