TERBARU
Home / Kenyataan / Isu #JAIJ16: Jawapan Abu Anas Terhadap Tuduhan

Isu #JAIJ16: Jawapan Abu Anas Terhadap Tuduhan

Respons Kepada Tuduhan Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ)

Pada hari ini 1/2/2016 tersebar senarai nama 16 orang yang dihalang berkuliah dengan tuduhan yang berat dan berniat jahat.
Jika senarai itu ditulis oleh individu atau orang yang memang suka melemparkan tuduhan ia tidaklah pelik, tetapi kalau sebuah Pejabat Agama yang tolong senaraikan dengan tuduhan yang tidak munasabah itu, adalah merupakan suatu kejanggalan yang menampakkan kehilangan kawalan dan kewibawaan apabila tuduhan dilempar secara melulu tanpa siasatan ataupun tabayyun (meminta penjelasan).

Lihat Penjelasan Isu Mengkafirkan Orang di:

https://www.facebook.com/AbuAnasMadani/videos/1239516602741638/

Dalam senarai itu nama ana dimasukkan dengan tuduhan “Mensyirikkan Amalan Tawassul.”
Untuk memahami Isu Tawassul ini yang dijadikan alasan untuk melayakkan ana tersenarai dalam senarai #JAIJ16 itu, di bawah ini ana kemukakan tulisan penuh dan diakhiri dengan rumusan atau sikap yang kita ambil dalam masalah ini.

Sila baca hingga ke akhir di:
Hukum Tawassul dan Madad – http://www.abuanasmadani.com/isu-madad-dan-tawassul-pencerahan-dari-abu-anas-madani/

Akhir kata, semoga kita semua para pendakwah dan mereka yang berilmu dapat menyampaikan dan membimbing masyarakat dengan ilmu dan amalan yang sahih dan betul daripada Syariah Islam berteraskan ajaran al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah s.a.w.

Didiklah masyarakat dengan rahmat dan kasih sayang, bukan mengajarkan mereka dengan pelbagai tuduhan dan tohmahan. Jauhkan mereka dari ajaran dan pendapat yang tidak dapat dipastikan kesahihannya, atau dipertikaikan oleh sebahagian ulama’ dengan begitu keras lalu menjadikan mereka semakin keliru dan celaru.

Jauhkan diri dari suka menjatuhkan hukum kafir atau murtad atau meletakkan label yang buruk terhadap orang yang berbeza dengan pandangan kita.

Inilah antara pandangan dan nasihat ana. Semoga Muslimin & Muslimat mendapat pencerahan dan tidak menerima bulat-bulat tuduhan yang dilemparkan.

Semua urusan kita serahkan kepada Allah yang akan mengadili semua kelakuan hamba-hamba-Nya.

Akhukum,
Abu Anas Madani,
2/2/2016 | 23 Rabi’ul Akhir 1437H
Pondok Sg Durian, Kuala Krai.

*********************************

Update –

Baca juga: 3 penceramah bebas mahu bersemuka MAIJ

About admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

x

Check Also

Dana PSD

Sumbangan dana wakaf dan infaq untuk PSD – Pondok Sungai Durian. Dipaparkan ...