Your message has been sent, you will be contacted soon

Call Me Now!

Tutup

Iman: Perkara Yang Menguat, Menyubur & Melemahkannya

  • Array
Di antara ciri-ciri lemahnya iman:

1) Apabila melakukan maksiat, tidak merasa takut pada Allah s.w.t.

2) Keras hati.

3) Tidak melakukan ibadat secara itqan (secara baik).

4) Malas dalam beribadat.

5) Rasa sempit dada dalam pengamalan Islam.

6) Tidak terkesan dengan bacaan al-Quran.

7) Lupa untuk berzikir pada Allah.

8) Tidak merasa marah bilamana maruah Islam dicabar.

9) Suka menonjolkan diri.

10) Sifat bakhil ada dalam diri.

11) Berkata seseorang dengan sesuatu yang dia sendiri pun tidak beramal.

12) Gembira dengan musibah yang melanda umat Islam.

13) Apabila melihat sesuatu bencana alam, hanya mengatakan ianya musibah alam tanpa mengaitkan ia adalah bala daripada Allah s.w.t.

14) Memandang rendah perkara-perkara baik.

15) Tidak mengambil berat tentang isu umat Islam.

16) Tercabutnya kasih sayang persaudaraan sesama umat Islam.

17) Hilang perasaan tanggungjawab terhadap agama.

18) Merasa takut bila turunnya bencana, musibah.

19) Banyak berbantah,berkelahi.

20) Hati banyak terikat dengan dunia.

21) Percakapan yang tidak berasaskan fakta (nas,dalil) seperti penyebaran hadis palsu.

22) Terlalu terlampau dalam menjaga keperluan diri.

Suburkan Iman Dengan Ketaatan

Diantara perkara-perkara yang perlu diberi penekanan untuk memperbaharui iman:

1) Sentiasa memperbaharui kefahaman tentang Islam supaya memahami Islam secara jelas.

2) Membaca dan mentadabur al-Quran.

3) Rasa keagungan Allah s.w.t.

4) Menuntut Ilmu.

5) Banyakkan berzikir pada Allah dan jadikan ia amalan harian.

6) Perbanyakkan ibadat.

7) Banyak berdoa moga dihindarkan daripada mati dalam keadaan suu’ul khatimah.

8) Banyak fikirkan akhirat.

9) Banyakkan mengingati mati.

10) Banyakkan berdoa pada Allah s.w.t supaya diberi keimanan yang sempurna.

Credit to: Tengku Malik, Cairo.

Jagalah Iman Dari Kerosakkan

Tajuk Yang Berkaitan Dengan IMAN;

PERKARA YANG MENYEBABKAN ROSAKNYA IMAN

http://abuanasmadani.blogspot.com/2011/10/perkara-yang-meyebabkan-rosaknya-iman.html

Syarah Kitab Rukun Iman (5 Siri);

http://www.abuanasmadani.com/?p=1362 Label:

Leave a Comment

You must be logged in to post a comment.