Your address will show here +12 34 56 78
Iblis Bukan Malaikat بسم الله الرحمن الرحيم

Dalam Kuliah Subuh “Tafsir Surah Al-Hijr” Ayat 26-31, Menunjukkan bahawa Jin –Yakni Syaitan dan ketua mereka iaitu Iblis diciptakan dari api as-samum sebelum diciptakan Nabi Adam as. Sebagaimana firman Allah taala:

 { وَلَقَدْ خَلَقْنَا الإِنْسَانَ مِنْ صَلْصَالٍ مِنْ حَمَإٍ مَسْنُونٍ (26) وَالْجَانَّ خَلَقْنَاهُ مِنْ قَبْلُ مِنْ نَارِ السَّمُومِ (27) وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلائِكَةِ إِنِّي خَالِقٌ بَشَرًا مِنْ صَلْصَالٍ مِنْ حَمَإٍ مَسْنُونٍ (28) فَإِذَا سَوَّيْتُهُ وَنَفَخْتُ فِيهِ مِنْ رُوحِي فَقَعُوا لَهُ سَاجِدِينَ (29) فَسَجَدَ الْمَلائِكَةُ كُلُّهُمْ أَجْمَعُونَ (30) إِلا إِبْلِيسَ أَبَى أَنْ يَكُونَ مَعَ السَّاجِدِينَ(31)}

 Maksudnya: {26.  Dan Sesungguhnya kami Telah menciptakan manusia (Adam) dari (Solsol) tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk.

27.  Dan kami Telah menciptakan jin sebelum (Adam) dari api yang sangat panas (as-samum).

28. Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: “Sesungguhnya Aku akan menciptakan seorang manusia dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk,

29. Maka apabila Aku Telah menyempurnakan kejadiannya, dan Telah meniup kan kedalamnya ruh (ciptaan)-Ku, Maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud [dimaksud dengan sujud di sini bukan menyembah, tetapi sebagai penghormatan].

30.  Maka bersujudlah para malaikat itu semuanya bersama-sama,

31.  Kecuali iblis. ia enggan ikut besama-sama (malaikat) yang sujud itu.}.

Sheikh Mohd Ali As-Sobuni dalam Tafsir “Sofwah At-Tafasir” ketika menafsirkan ayat 31 di atas berkata: “Kami telah tahqiq (teliti) bahawa Iblis adalah sejenis makhluk yang tersendiri, bukan Malaikat, ia dijadikan dari api, malaikat dijadikan dari nur (cahaya) dan tidak pernah menderhakai Allah sedangkan iblis adalah penderhaka, maka iblis bukan dari malaikat dengan yakin, tetapi mereka berada dicelah saf malaikat.. kerana itu ayat alquran menujukan khitab kepada semua.” Demikianlah kami teliti dalam surah Al-Baqarah dan Al-A’raf, dan Imam Al-Hasan Al-Basri rh telah berkata:

والله ما كان إبليس من الملائكة طرفة عين

(Demi Allah, Iblis bukan berasal dari Malaikat walaupun sekadar sekelip mata)”. Petikan dari Tafsir Ibnu Kathir rh:

 {وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلائِكَةِ اسْجُدُوا لآَدَمَ فَسَجَدُوا إِلا إِبْلِيسَ كَانَ مِنَ الْجِنِّ فَفَسَقَ عَنْ أَمْرِ رَبِّهِ أَفَتَتَّخِذُونَهُ وَذُرِّيَّتَهُ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِي وَهُمْ لَكُمْ عَدُوٌّ بِئْسَ لِلظَّالِمِينَ بَدَلا}  سورة الكهف: (50

قال ابن كثير رحمه الله: ({ اسْجُدُوا لآدَمَ } أي: سجود تشريف وتكريم وتعظيم، كما قال تعالى: {وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلائِكَةِ إِنِّي خَالِقٌ بَشَرًا مِنْ صَلْصَالٍ مِنْ حَمَإٍ مَسْنُونٍ فَإِذَا سَوَّيْتُهُ وَنَفَخْتُ فِيهِ مِنْ رُوحِي فَقَعُوا لَهُ سَاجِدِينَ } [الحجر:29، 28]

وقوله { فَسَجَدُوا إِلا إِبْلِيسَ كَانَ مِنَ الْجِنِّ } أي: خانه أصله؛ فإنه خلق من مارج من نار، وأصل خلق الملائكة من نور، كما ثبت في صحيح مسلم عن عائشة، عن رسول الله صلى الله عليه وسلم، أنه قال: “خُلِقت الملائكة من نور، وخُلق إبليس من مارج من نار، خُلق آدم مما وصف لكم” [صحيح مسلم برقم (2996)]. فعند الحاجة نضح كل وعاء بما فيه، وخانه الطبع عند الحاجة، وذلك أنه كان قد تَوَسَّم بأفعال الملائكة وتشبه بهم، وتعبد وتنسك، فلهذا دخل في خطابهم، وعصى بالمخالفة.

ونبه تعالى هاهنا على أنه { مِنَ الْجِنِّ } أي: إنه خُلِق من نار، كما قال: { أَنَا خَيْرٌ مِنْهُ خَلَقْتَنِي مِنْ نَارٍ وَخَلَقْتَهُ مِنْ طِينٍ } [الأعراف:12، ص:76]

قال الحسن البصري: “ما كان إبليس من الملائكة طرفة عين قَط، وإنه لأصل الجن، كما أن آدم، عليه السلام، أصل البشر”. رواه ابن جرير بإسناد صحيح عنه. [تفسير الطبري (15/170)].

وقال الضحاك، عن ابن عباس: كان إبليس من حي من أحياء الملائكة، يقال لهم: الجن، خلقوا من نار السموم من بين الملائكة -قال: وكان اسمه الحارث، وكان خازنًا من خزان الجنة، وخُلقت الملائكة من نور غير هذا الحي-قال: وخلقت الجن الذين ذُكروا في القرآن من مارج من نار. وهو لسان النار الذي يكون في طرفها إذا التهبت.

وقال الضحاك أيضًا، عن ابن عباس: كان إبليس من أشرف الملائكة وأكرمهم قبيلة، وكان خازنًا على الجنان، وكان له سلطان السماء الدنيا وسلطان الأرض، وكان مما سولت له نفسه، من قضاء الله أنه رأى أن له بذلك شرفًا على أهل السماء، فوقع من ذلك في قلبه كبر لا يعلمه إلا الله. فاستخرج الله ذلك الكبر منه حين أمره بالسجود لآدم “فاستكبر، وكان من الكافرين. قال ابن عباس: وقوله: { كَانَ مِنَ الْجِنِّ } أي: من خزان الجنان، كما يقال للرجل: مكي، ومدني، وبصري، وكوفي. وقال ابن جريج، عن ابن عباس، نحو ذلك.

وقال سعيد بن جُبَير، عن ابن عباس قال: هو من خزان الجنة، وكان يدبر أمر السماء الدنيا، رواه ابن جرير من حديث الأعمش، عن حبيب بن أبي ثابت، عن سعيد، به.

وقال سعيد بن المسيب: كان رئيس ملائكة سماء الدنيا.

وقال ابن إسحاق، عن خَلاد بن عطاء، عن طاوس، عن ابن عباس قال: كان إبليس -قبل أن يركب المعصية-من الملائكة، اسمه عزازيل، وكان من سكان الأرض. وكان من أشد الملائكة اجتهادًا وأكثرهم علمًا. فذلك دعاه إلى الكبر، وكان من حي يسمون جنا.

وقال ابن جُرَيْج، عن صالح مولى التَّوْأمة وشريك بن أبي نَمِر، أحدهما أو كلاهما عن ابن عباس قال: إن من الملائكة قبيلة من الجن، وكان إبليس منها، وكان يسوس ما بين السماء والأرض. فعصى، فسخط الله عليه، فمسخه شيطانًا رجيمًا -لعنه الله-ممسوخًا، قال: وإذا كانت خطيئة الرجل في كِبْر فلا تَرْجُه، وإذا كانت في معصية فارجه.

وعن سعيد بن جُبَيْر أنه قال: كان من الجنانين، الذين يعملون في الجنة.

وقد رُوي في هذا آثار كثيرة عن السلف، وغالبها من الإسرائيليات التي تنقل لينظر فيها، والله أعلم بحال كثير منها. ومنها ما قد يقطع بكذبه لمخالفته للحق الذي بأيدينا، وفي القرآن غُنْيَةٌ عن كل ما عداه من الأخبار المتقدمة؛ لأنها لا تكاد تخلو من تبديل وزيادة ونقصان، وقد وضع فيها أشياء كثيرة، وليس لهم من الحفاظ المتقنين الذين يَنْفُون عنها تحريف الغالين وانتحال المبطلين، كما لهذه الأمة من الأئمة والعلماء، والسادة الأتقياء والأبرار والنجباء من الجهابذة النقاد، والحفاظ الجياد، الذين دونوا الحديث وحرروه، وبينوا صحيحه من حسنه، من ضعيفه، من منكره وموضوعه، ومتروكه ومكذوبه، وعرفوا الوضاعين والكذابين والمجهولين، وغير ذلك من أصناف الرجال، كل ذلك صيانة للجناب النبوي والمقام المحمدي، خاتم الرسل، وسيد البشر عليه أفضل التحيات والصلوات والتسليمات، أن ينسب إليه كذب، أو يحدث عنه بما ليس منه، فرضي الله عنهم وأرضاهم، وجعل جنات الفردوس مأواهم، وقد فعل).

 [Abu Anas Madani, Petikan Kuliah Subuh, Masjid Ar-Rahman, PSD. Khamis 19 Sya’ban 1432H]

0

MANUSIA KHALIFAH ALLAH DI MUKA BUMI. الإنسان خليفة الله في أرض Perbincangan ini ana pilih sebagai suatu kajian atau penelitian kepada kata-kata (Khalifah Allah) yang masyhur dan sering kita dengar ini samada dari para ustaz, penceramah yang lama atau baru, juga orang ramai secara umumnya. Mari kita cuba membuka minda melihat secara rasional pandangan ulama’ yang dikemukakan dalam buku ini, apakah istilah ini betul dan  wajar digunakan atau tidak sepatutnya. Buku ini bertajuk;

لا يصح أن يقال: “الإنسان خليفة الله في أرضه” فهي مقولة باطلة

“Tidak Betul Untuk mengatakan Manusia Adalah Khalifah Allah swt di Muka Bumi.” Ianya hasil tulisan  Dr Abdul Rahman Hasan Habannakah Al-Maidani. keep reading
0

Majlis Pelancaran Program Latihan UMI (‘Ubudiyyah,Mas’uliyyah dan Itqan Dalam Kerja) Alhamdulillah, pada hari Khamis 21 Rejab 1432H, bersamaan 23 Jun 2011M, majlis pelancaran telah berlangsung di Dewan Bunga Teratai, Kota Darulnaim, Kota Bharu. Majlis ini telah dirasmikan oleh YAB TG Nik Abdul Aziz, MB Kelantan. Diikuti dengan ucaptama oleh YB Dato’ Seri Setia Raja, Dato’ Aiseri Alias, SUK dan ucapan aluan oleh Dato’ Haji Abdul Razak bin Salleh, mantan SUK (sewaktu TGNA mula-mula menjadi MB) dan diakhiri dengan ulasan konsep UMI oleh al-faqir ilallah AAM. Antara yang menarik perhatian ana dalam majlis itu, selain ucapan MB yang cukup bersemangat sekali ialah kata-kata peransang MB kepada Dato’ SUK; “Kalau kita berjalan di tengah padang yang banyak kemuncup, pasti dia akan melekat di seluar kita.. Teruskan berjalan sambil mencabutnya, tapi jangan berhenti duduk cabut kemuncup… Kita tidak akan sampai ke destinasi..”. keep reading
0

Persatuan Alumni Universiti Islam Madinah Kelantan (PAUIMK) telah menganjurkan “Seminar Sirah Nabi SAW (SSINA 1432H)” , bertempat di Dewan Johor , Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM), Nilam Puri, pada hari Sabtu,  17 Rejab 1432H, bersamaan 19 Jun 2011. PAUIMK ini telah ditubuhkan dan didaftarkan pada 26 Mac 2005. http://alumnimadinah.blogspot.com/2008/10/pengenalan.html Alhamdulillah seminar berjalan lancar dengan kehadiran yang menggalakkan. Tiga buah kertas kerja telah dibentangkan dalam seminar tersebut. Insya’Allah prosiding seminar akan dikeluarkan dalam bentuk buku oleh (PAUIMK). keep reading
0

Catatan Rehlah AAM ke Qatar 2-5 Jun 2011. الحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله، وعلى آله وصحبه ومن والاه، وبعد، Dengan izin Allah swt ana telah ber-rehlah ke Negara Qatar, atas jemputan ikhwah warga Malaysia yang bertugas di sana. Yang menjadi penghubung dalam rehlah ini ialah Sdr Megat Ahmad Rithauddeen, berasal dari Perak, isterinya orang Terengganu, telah menetap di Qatar lebih lima tahun dan bertugas di Ras Gas. Rehlah ini juga diuruskan oleh Sekretariat Haji Malaysia Qatar, yang di ketuai oleh Akh Wan Harris dan kawan-kawan. keep reading
0

Banyak Soalan tentang kelebihan Bulan Rejab. Ada dua buah buku yang cantik untuk di telaah tentang masalah ini. 1- Kitab “Menunaikan Kewajipan menjelaskan rekaan para pereka (hadis palsu) tentang Kelebihan Bulan Rejab.” (أداء ما وجب من بيان وضع الوضاعين في رجب) ” Oleh Ibnu Dihyah Al-Kalbi [546-633H] 2- Kitab (تبيين العجب بما ورد فى فضل رجب) Oleh: Al-Hafiz Ahmad Bin Ali bin Hajar Al-Asqalani [W852H] . keep reading
0

Buku ini telah ditulis seorang pensyarah di Jabatan Syariah, Universiti Islam Madinah, al-Madinah Munawwarah, iaitu Syeikh Prof Dr Muhammad bin Husain Al-Jizani hfz. Beliau adalah salah seorang guru ana dalam subjek Usul-Fiqh di UIM, seorang yang baik dan petah berhujjah. Telah mendapat gelaran “Ustaz” Professor Usul al-Fiqh pada tahun 2010 keep reading
0

  Kitab ini “البِِدَع المنكرة” iaitu Bid’ah Yang Mungkar adalah sebuah buku yang ditulis oleh penulis yang sangat masyhur, Prof Dr Wahbah Mustafha al-Zuhaili. Kitabnya “ الفقه الإسلامي وأدلته” menjadi rujukan para fuqaha’ dan pelajar di seluruh dunia. Beliau merupakan Ketua Jabatan Fiqh Islam dan Mazhab-Mazhabnya di Universiti Damsyik, Syria. Tokoh Ma’al Hijrah Malaysia Tahun 1430H – 2008M. Beliau baru sahaja menziarahi Malaysia pada bulan 14 Mei 2011 dan menyampaikan ucapan tentang Qazaf dan Sumpah. Buku ini adalah cetakan pertama pada tahun 1429H/ 1999M, oleh Dar al-Maktabi, Damsyik, Syria setebal 72 muka surat. Saya nukilkan beberapa petikan dari Muqaddimah kitab yang ditulis oleh Syeikh untuk dikongsi bersama, sebagai suatu perbincangan tentang Bid’ah dari sudut pandangan seorang tokoh dari Syiria, yang dikira beraliran sederhana. Khasnya disaat pertembungan aliran pemikiran dikalangan masyarakat yang agak ketara sekarang, dan isu ini pula sentiasa diperbincangkan oleh sebahagian ikhwanina para pendakwah. Semoga catatan ini ada manfaatnya untuk membuka ruang perbincangan bagi semua pihak, insya’Allah. keep reading
0

Ucapan Sheikh Dr Wahbah az-Zuhaily di Shah Alam. Hakikat Ujian Kepada Orang Yang Beriman Alhamdulillah, pada 14/5/2011 Sheikh Dr Wahbah az-Zuhaily telah sudi untuk menyampaikan syarahan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor. Syarahan yang bertajuk “Sumpah & Qazaf” itu telah bermula tepat jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 4.00 petang. Tuan Guru Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri telah dijemput sama pada majlis tersebut sebagai penterjemah syarahan keep reading
0

PREVIOUS POSTSPage 9 of 21NEXT POSTS