Your address will show here +12 34 56 78

Alhamdulillah bersyukur Kepada Allah, dengan limpah kurnia-Nya, sebuah lagi majalah Islamiah dapat diterbitkan oleh DBP, dibawah editor kanannya yang sangat gigih berusaha iaitu Ustaz Salahuddin.

Dalam keluaran sulung ini tajuk utamanya ialah “Doa Untuk Pemimpin”, Abu Anas telah menulis maqalah bertajuk “Bahana Fitnah”. Semoga kelahiran majalah Dewan Tamadun Islam (TI) ini dapat memenuhi ruang untuk menambahkan lagi pengetahuan masyarakat dalam ilmu agama & maklumat umum.

Tahniah kepada DBP, khasnya sahabat saya Ustaz Din, Barakallahu fiikum..

keep reading
0

Artikel - Makalah, TULISAN, Uncategorized

بسم الله الرحمن الرحيم، وبه نستعين، وبعد

Isu penyertaan kaum wanita dalam bidang nasyid secara terbuka sering menjadi persoalan masyarakat.. untuk menjawab persoalan tersebut ana memilih makalah yang ditulis oleh Dr UZAR, sahabat ana yang banyak menjawab persoalan masyarakat, jazahullahu khaira.

Adapun isu nasyid kontemporari, ana sendiri ada juga sedikit ulasan mengenainya, boleh dibaca dihttp://www.abuanasmadani.com/?p=548

Bolehkah Wanita Berdakwah

Melalui Nasyid ?

keep reading
0

Makluman, TULISAN, Uncategorized
Alhamdulillah, beberapa pelajar di Universiti Islam Madinah al-Munawwarah, Arab Saudi telah mengambil inisiatif untuk membuat dokumentasi mudah dan ringkas mengenai cara permohonan dan syarat-syarat untuk belajar di Universiti Islam Madinah al-Munawwarah, Arab Saudi.

Jazahumullahu khairal jazaak kepada akh MOHD DANIAL BIN MOHD SAODI dan WAN MUHD USAID BIN WAN SUBKI atas usaha yang baik dan bermanfaat ini. Untuk memuatturun dokumen tersebut, sila KLIK DI SINI
0

Pengalaman, TULISAN, Uncategorized
Catatan Rehlah Haji 1433H (3)
بسم الله الرحمن الرحيم، وبه نستعين
Beberapa Pembaharuan di Makkah & Masya’ir:
Antara yang dapat dilihat di Arafah dan Muzdalifah ialah terdapat binaan tandas baru dibuat dua tingkat, mungkin pada musim haji tahun hadapan sudah dapat digunakan.. insya’Allah.
Adapun di Mina tidak kelihatan lagi projek tersebut, sedangkan Mina-lah tempat yang lebih mustahak untuk didahulukan kerana para jemaah akan berada di Mina selama lima hari. Mungkin selepas haji ini akan dimulakan insya’Allah swt.
keep reading
0

Pengalaman, TULISAN, Uncategorized

Catatan Rehlah Haji 1433H (2)

بسم الله الرحمن الرحيم، وبه نستعين

Alhamdulillah, pada saat akhir ada beberapa orang jemaah lagi dapat visa haji dengan istilah “Visa Tabung Haji”. Visa dibuat dalam masa 2 jam sahaja, syaratnya semua maklumat dah lengkap, selepas itu timbul pula masalah nak dapatkan penerbangan ke Jeddah, ada yang sampai melalui Dubai, ada yang turun di Madinah dan naik bas ke Makkah, dan mereka ini tiba di Makkah ketika jemaah dah berangkat ke Mina pada hari Tarwiyah. Yang agak menyedihkan ialah ada beberapa orang yang dah dapat visa tapi tak dapat penerbangan, tak ada rezeki nak haji tahun ini.. panggilan haji hanya setakat KLIA sahaja, Allahulmusta’aankeep reading
0

Pengalaman, TULISAN, Uncategorized

Catatan Rehlah Haji 1433H.

بسم الله الرحمن الرحيم، وبه نستعين على أمور الدنيا والدين، وبعد.

Nikmat Allah swt swt ke atas hamba-hamba-Nya tidak terhingga, sebagaimana firman-Nya:

{ وَإِنْ تَعُدُّوا نِعْمَةَ اللَّهِ لَا تُحْصُوهَا } [إبراهيم: 34]

Maksudnya: {Sekiranya kamu hitung nikmat Allah swt, kamu tidak akan dapat menghitungnya} [Surah Ibrahim: 34 ]

Antara nikmat itu ialah apabila Allah swt mengizinkan hamba-Nya menuju ke Baitullah al-Haram pada musim haji sebagai tetamu-Nya, yang disediakan bagi mereka yang melakukannya dengan ikhlas serta mengikut Sunnah Rasulullah saw ialah al-Jannah, Syurga yang tak pernah dilihat oleh mata, tak pernah didengari oleh telinga serta tidak pernah terkhayal oleh hati manusia. keep reading
0

Artikel - Makalah, TULISAN, Uncategorized

Tajuk: Amalan Korban; Hikmah, Hukum & Sunnah Oleh: Dr. Abdul Basit Abdul Rahman بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah segala puji bagi Allah swt yang telah mensyariatkan kepada hamba-hamba-Nya agar berkumpul pada musim haji di Arafah, dan menumpahkan darah haiwan korban (al-Hadyu). Ia adalah bulan penuh berkat kerana di dalamnya bergabung dua ibadat agung iaitu ibadat haji dan korban yang dimulakan sejak zaman Nabi Allah Ibrahim a.s. lagi.

keep reading
0

Kenyataan, TULISAN, Uncategorized

بسم الله والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه، وبعد

Kepada golongan yang celupar mulut dan mudah membuat hukuman sendiri sewenang-wenangnya sebelum meneliti… anda sepatutnya lebih menghayati arahan husnu zann & tidak semberono, tidak gopoh, mestilah tabayyun (tanya & selidik dulu) dan lain-lain sifat seorang muslim yang sebenarnya. Jangan mudah membuat tanggapan seseorang itu murtad, melaknat, mencaci dan mengata sesama muslim tanpa dalil dan bukti yang jelas dan sahih. keep reading
0

PREVIOUS POSTSPage 4 of 21NEXT POSTS