Your address will show here +12 34 56 78
Diucapkan; “Syukran wa Jazakumullahu khairan khathira” kepada semua yang telah menjayakan program sambutan Jubli Emas PSD. Kertas Kerja1: Allahyarham Tuan Guru Haji Abdul Rahman, Sejarah & Perjuangan. Sila ke: http://www.pondoksgdurian.com/index.php?option=com_content&task=view&id=13&Itemid=14   Kertas kerja2: Allahyarham Sheikh Muhammad Daud al-Kalantani dalam kenangan. Sila ke: http://www.pondoksgdurian.com/index.php?option=com_content&task=view&id=14&Itemid=14
0

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته JEMPUTAN KE MAJLIS SAMBUTAN JUBLI EMAS PONDOK SG. DURIAN Sukacita dimaklumkan bahawa Madrasah Muhammadiah, Pondok Sg Durian, Kuala Krai, Kelantan akan mengadakan Sambutan Jubli Emas sempena 50 tahun penubuhan Madrasah ini. Majlis tersebut akan diadakan sebagaimana berikut: Tarikh : 5 hingga 7 Jun 2008 Tempat : Pondok Sungai Durian Sehubungan dengan itu pihak kami dengan segala hormatnya menjemput Muslimin dan Muslimat, khususnya lepasan Pondok Sungai Durian ke majlis yang akan diadakan pada masa dan tarikh 05-07Jun 2008 (Lihat Aturcara). Sekian, terima kasih. Akhukum, Abdul Basit Bin Abdul Rahman Musyrif Pondok Sg Durian * Segala pertanyaan/maklumat lanjut, sila hubungi :- – Ust Hj. Nazri – Bhg Perhubungan : 013-9207121 – Pejabat : 09-9664161
0

PAMERAN DAN BAZARIA JUBLI EMAS Tarikh: 05 hingga 07 Jun 2008 Jam 10 Pagi – 10 Malam.  Hari Jumaat – 06 Jun 2008 – (Majlis Perasmian dan Perjumpaan Ibubapa/Guru) 11.00 pagi : Pendaftaran Ibubapa/Penjaga 01.12 ptg : Solat Jumaat. 2.30 ptg : Majlis Perjumpaan Ibubapa/Penjaga. 4.38 ptg : Solat Asar. 7.25 mlm : Solat Maghrib Dan Kuliah Maghrib. Tajuk : Sumbangan Pendidikan Pondok Kepada Masyarakat : Oleh : Ustaz Haji Abdul Hamid Mat Isa (Bekas Tenaga Pengajar, Pondok Sungai Durian, Pensyarah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) 8.36 mlm : Solat Isya’. 9.00 mlm : Ucapan Perasmian Oleh : YB. Mohd. Ammar Nik Abdullah   (Exco Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah) : Penyampaian Sijil dan Anugerah Pelajar Cemerlang : Forum (Tajuk : Institusi Pengajian Pondok, Cabaran dan Realiti)   Ahli Panel :- 1 – Ustaz Abd Halim Bin Abd Ghani       (Pengerusi Jemaah Tadbir, Pondok Pasir Tumboh) 2 – Dr. Luqman Bin Tuan Guru Haji Abdullah       (Pengerusi Pondok Lubuk Tapah, Ahli Pemegang Amanah, Pusat Pembangunan Pondok) 3 – Dr. Abd. Basit Bin Hj. Abdul Rahman.       (Pondok Sungai Durian) Hari Sabtu  – 07 Jun 2008 (Seminar Dan Himpunan Lepasan Pondok Sungai Durian) 08.00 pagi : Pendaftaran Peserta. 09.00 pagi : Pembentangan Kertas Kerja. Tajuk : Tuan Guru Hj. Abdul Rahman :  Sejarah dan Pengorbanan : Pembentang : Ustaz Zainuddin Che Seman   (Tenaga pengajar Pondok Sungai Durian)   : Pengulas : Ustaz Haji Yahya Bin Mohammad Razi (Bekas Pelajar Pondok Sungai Durian, Dekan Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Kolej Universiti Islam Selangor) 11.30 pagi  : Ucapan Wakil Lepasan Pondok Sungai Durian Tahun 50an,   60an, 70an, 80an, 90an. 01.12 ptg : Solat Zohor dan Makan Tengahari. 02.30 ptg : Pembentangan Kertas II. Tajuk : Al-Marhum Sheikh Muhammad Daud Bin Sulaiman Al-Kalantani Dalam Kenangan. : Pembentang : Ustaz Bunyamin Hj. Abdul Rahman.   (Tenaga pengajar Pondok Sungai Durian) : Pengulas : Yang Amat Arif Dato’ Haji Daud Bin Muhamad.   (Dato’ Arif DiRaja, Ketua Hakim Syarie Negeri Kelantan) 04.38 ptg : Solat Asar 07.25 mlm : Solat Maghrib 08.36 mlm : Solat Isya’ 09.00 mlm : Ceramah Perdana, Tajuk : Masa Depan Pengajian SAR.    oleh :- 1 – YB. Ustaz Haji Taib Azamuddin Bin Mohd Taib         (Ahli Parlimen Baling)   2 – YB. Ustaz Haji Mohamad Bin Mustafa         (ADUN Demit) Perasmian Penutup Majlis Sambutan Jubli Emas & Pelancaran Kutipan Derma Pembinaan Asrama Pelajar Oleh : YAB. Tuan Guru Dato’ Hj. Nik Abdul Aziz Bin Hj. Nik Mat Menteri Besar Kelantan Pada  : 11 Jamadil Akhir 1429H / 16 Jun 2008M (Isnin) Masa  : Bermula Solat Isya’
0

بسم الله الرحمن الرحيم Proses Kejadian Janin dan Peniupan Roh. Oleh: Abu Anas Madani 1422  .  Alhamdulillah, selawat dan salam ke atas Rasulullah, ahli keluarga dan semua sahabatnya. Telah masyhur di kalangan ulama’ Islam yang dahulu dan  sekarang berfahaman bahawa kejadian janin yang pertama ialah; air mani (النطفة), segumpal darah (العلقة), kemudian seketul daging (و(المضغة. Semua proses kejadian ini ialah selama 120 hari, berdasarkan kepada apa yang difahami dari hadis menghimpun kejadian manusia (جمع الخلق) yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan lainnya dari ‘Abdullah bin Mas’ud  r.a katanya: 
( حدثنا رسول الله صلى الله عليه وسلم -وهو الصادق المصدوق- قال: “إن أحدكم يُجمع خلقُه في بطن أمه أربعين يوما، ثم يكون علقة مثلَ ذلك، ثم يكون مضغة مثل ذلك، ثم يبعث الله ملكاً يؤمر بأربع كلمات ويقال له: اكتب عمله وأجله ورزقه وشقي أو سعيد. ثم ينفخ فيه الروح…”). صحيح البخاري رقم (3208). Maksudnya: “Rasulullah saw telah menceritakan kepada kami –sedang Baginda adalah orang benar yang telah dibenarkan kata-katanya- sabdanya: “Bahawa seseorang kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari, kemudian dijadikan segumpal darah seumpamanya, kemudian dijadikan seketul daging seumpamanya, kemudian Allah mengutuskan seorang Malaikat untuk menulis empat kalimah  dan diarahkan agar menulis; amalannya, ajalnya, rezekinya dan untung jahat atau untung baik, kemudian ditiupkan rohnya…”. [Sahih Al-Bukhari No. 3208].
keep reading
0

بسم الله الرحمن الرحيم

حكم تقبيل اليد والانحناء عند المصافحة

الحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله، وعلى آله وصحبه، ومن سار على نهجه إلى يوم الدين. أما بعد، ففي هذه المقالة المختصرة ذكر أقوال العلماء في حكم تقبيل اليد، ويتلوه حكم الانحناء عند المصافحة، تذكيراً لنفسي ولإخواني. أسأل الله تعالى أن ينفعني وإخواني المسلمين بها.

أولاً: حكم التقبيل.

1- التّعريف:

التّقبيل في اللّغة: مصدر قبَّل، والاسم منه القُبْلَة وهي اللّثمة، والجمع القُبَلُ. يقال قبّلها تقبيلاً أي لثمها. وتقبّلت العمل من صاحبه إذا التزمته بعقد([i]).

keep reading

0

Di antara kelebihan dan kurniaan Allah untuk hamba-Nya ialah dijadikan bagi mereka beberapa musim untuk memperbanyakkan amal ibadat dengan dijanjikan pahala yang berganda banyaknya. Salah satunya ialah:

Sepuluh hari yang terawal pada bulan Zul-Hijjah.

Beberapa dalil dari Al-Quran dan Hadis telah menyebut tentang kelebihannya:

1. Firman Allah I : { والفجر. وليال عشر } Surah Al-Fajr: 1-2.

Maksudnya: Demi fajar dan malam yang sepuluh. Kata Ibnu Kathir: Yang dimaksudkan di sini ialah sepuluh malam yang pertama pada bulan Zul-Hijjah. Demikianlah tafsiran Ibnu Abbas, Ibnu Az-Zubair, Mujahid dan lainnya. (Di riwayatkan oleh Imam Bukhari).

keep reading

0

Ramadhan Al-Mubarak Lailatul Qadar & I’tikaf. Bismillahirrahmanirrahim. Segala puji bagi Allah yang menjadikan kita di kalangan orang-orang yang beriman. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad r itu pesuruh Allah I. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad r, ahli keluarganya dan sahabat-sahabatnya. Firman Allah SWT yang bermaksud:
Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (di antara yang hak dan yang batil). [Al-Baqarah: 185]
keep reading
0

Bismillahirrahmanirrahim

Segala puji bagi Allah yang menjadikan kita di kalangan orang-orang yang beriman. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad SAW itu pesuruh Allah. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

Firman Allah SWT yang bermaksud: {Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (di antara yang hak dan yang batil)}. [Al-Baqarah: 185]

keep reading

0

PREVIOUS POSTSPage 19 of 21NEXT POSTS