Your address will show here +12 34 56 78

Dr. Aaidh Bin Abdullah al-Qarni. Dewan Syarahan Perdana Universiti Islam Madinah. 15 / 05 / 1430 H bersamaan 10 / 05 / 2009 M. Penceramah yang boleh menyebabkan banjir. Ya, banjir dengan lautan manusia. Demikian juga suasana ceramah beliau malam tadi di Dewan Syarahan Perdana Universiti Islam Madinah yang bertajuk Ummah Yang Sederhana. Masyarakat awam Madinah turut sama memeriahkan kehadiran selain golongan pensyarah dan penuntut ilmu yang telah berpusu-pusu memasuki dewan selepas solat Isya untuk menimba manfaat daripada penceramah yang didatangkan khas dari Riyadh ini. keep reading

0

Kertas Kerja:

Pendidikan Islam Tradisional: Relevensi dengan Keperluan Semasa.

petikan dari kertas kerja

“1- Muqaddimah: 1. 1 At-Tarbiyyah wa At-Tanmiyah. Pendidikan dan pembangunan manusia adalah suatu yang tidak dapat dipisahkan sama sekali,kerana pendidikan adalah alat untuk membangun manusia. Manusia yang dibekalkan oleh Allah Taala dengan pelbagai kemampuan lahir dan batin tidak dapat membina pembangunan hidupnya sekiranya tidak dididik. Pendidikan adalah proses pembinaan manusia secara menyeluruh, iaitu proses memupuk dan mengembang seluruh potensi manusia; baik spiritual, mental mahupun fizikal.Pendidikan merupakan sistem untuk meningkatkan kualit i hidup manusia dalam segala aspek kehidupan. Dalam sejarah umat manusia, hampir tidak ada kelompok manusia yang tidak menggunakan pendidikan sebagai alat pembudayaan dan peningkatan kualitinya. Pendidikan diperlukan untuk menyiapkan manusia demi menunjang peranannya di masa hadapan. Usaha pendidikan yang dilakukan oleh suatu bangsa memiliki hubungan yang signifikan dengan kemajuan bangsa tersebut di masa depan”. Maklumat lanjut di:  http://www.seminarpendidikanislam.com/?lang=my&cat=1&id=1&mnu=1

sila klik download kertas kerja ini dalam PDF di sini!

0

  SALAH FAHAM TERHADAP SUNNAH PERKAHWINAN DALAM ISLAM

Bismillahirrahmanirrahim

      Perkahwinan adalah suatu sebutan yang manis di kalangan para “Syabab dan Akhawat” kerana ini adalah “ Sunnatul Hayah” yang telah di tentukan oleh Allah swt kepada Bani Adam dan Banat Hawwa. Ianya menjadi impian setiap Syabab dan Akhawat bahkan mereka yang telahpun merasai nikmat perkahwinan juga tidak ketinggalan. Tetapi mengapa kita merasa takut dan gerun apabila berbincang tentang perkahwinan atau ‘Az-Zawaj’ secara serius sama ada dengan keluarga atau kawan.  Bahkan kita cuba berdolak dalih dengan berbagai alasan yang dibuat-buat untuk mengelakkan diri dari ‘alam perkahwinan’, sunnah yang di ajar oleh penghulu anak Adam alaihissolatu wassalam. Sedangkan kitalah orang yang paling lantang apabila berbual dengan kawan-kawan tentang perkahwinan.

     Para pelajar samada siswa atau siswi dan golongan muda-mudi yang hidup dalam masyarakat yang terbuka, terdedah kepada maksiat yang boleh didapati dengan mudah dan senang – kecuali mereka yang di pelihara oleh Allah – adalah golongan yang suka beralasan dan berdolak dalih untuk melarikan diri dari sunnah ini.

     Antara alasan atau hujjah yang mereka berikan ialah takut mengganggu pelajaran,  mahu enjoy dulu masa muda, buat menyusahkan diri dengan tanggungjawab dan ‘mas-uliah’ rumah tangga, takut terikat lalu tidak boleh lagi melakukan apa yang dihajat oleh orang-orang muda dan berbagai alasan lagi dicipta untuk melepaskan diri mereka dari sunnatul hayah yang menjadi tuntutan naluri atau fitrah insaniah  manusia yang sejahtera dan bersumberkan wahyu serta tidak di nodai oleh nafsu syaitan. keep reading

0

   

Jangan dipandang air mata yang mengalir

Tapi pandanglah tangan yang melakukan

OLEH :ABD.BASIT ABD.RAHMAN

            Bukanlah satu perkara yang ajaib kalau kita dapati ada golongan yang cuba menyekat perlaksanaan Islam dari segenap aspek kehidupan dan cuba untuk memburukkannya dengan berbagai cara, tapi yang ajaibnya ada dikalangan orang muslim yang mempercayai dakwaan mereka kerana perbuatan itu menyalahi apa yang mereka ucapkan dalam pengakuan syahadah, wala’ atau kesetiaan yang mereka berikan kepada musuh Islam menyingkap kesesatan dan tipudaya yang mereka lalui, ramai pemimpin umat Islam berucap mengatakan kebaikan dan keelokan Islam, menangis dan berdukacita terhadap bala bencana yang menimpa umat Islam, mereka mendakwa telah melaksanakan syariat dan nilai-nilai Islam, tapi dalam masa yang sama penjara mereka dipenuhi oleh para pendakwah Islam, darah orang yang baik mengalir dengan murah dan ramai yang terpaksa berpisah dengan keluarga dan kampung halaman. Kita dapati juga mereka yang berucap: telah muncul di kalangan orang Islam mereka yang akan mengembalikan kegemilangan Islam. keep reading

0

PREVIOUS POSTSPage 17 of 21NEXT POSTS