Your address will show here +12 34 56 78

Sempena dengan kedatangan Ramadhan al-Mubarak, bulan yang seluruhnya berkat, rahmat dan maghfirah Allah swt ke atas hamba-hamba-Nya yang bertaqwa.

Maka jadikan bulan ini sebagai titik tolak perubahan untuk menghirup nafas baru, segar dan bersih dari candu dan segala unsur yang berkaitan dengannya.

Untuk itu ana akan pamerkan tulisan seorang pensyarah KIAS, sahabat ana Ustaz Azhar Abdullah berhubung dengan isu ini, dengan tajuk:

{REFORMASI FATWA ROKOK: DULU KHILAF KINI IJMAK}

Untuk perbincangan. Artikel ini sebanyak 4 siri.

keep reading
0

Dr. Yusuf al-Qardawi dalam ‘Fatawa Mu’asarah’ dan mantan Syeikh al-Akbar Mesir, Jad al-Haq Ali Jad al-Haq dalam fatwanya mengatakan tembakau dan rokok masuk ke bumi umat Islam lewat ke-11 Hijrah, khususnya di Maghribi, Sudan, kemudian berkembang ke negeri-negeri lain. Ertinya, selama 100 tahun umat Islam tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan tembakau, apatah lagi rokok.

keep reading
0

حسبي ربي جل الله ما في قلبي غير الله

Berkenaan persoalan Zikir Munajat. Penulis perturunkan di sini keputusan daripada Panel Kajian Aqidah Bah. Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri (sekarang JAKIM) kali ke-7/1996 yang bermesyuarat pada 24 dan 25 Ogos 1996. Mesyuarat telah memutuskan bahawa zikir berkenaan mengandungi kalimah-kalimah yang bertentangan dengan konsep Islam. Di antaranya mengenai konsep Nur Muhammad. Mesyuarat bersetuju zikir berkenaan tidak diamalkan dan tidak disiarkan di media massa.

Oleh yang demikian mesyuarat bersetuju supaya rangkap zikir berkenaan diubahsuai seperti berikut:-

keep reading
0

Musim Perkahwinan – Walimatul ‘Urus 2010.

Bulan Jun atau musim cuti sekolah, banyak sekali kad jemputan walimah yang diterima. Ramai pemuda-pemudi Islam bersatu dalam ikatan yang halal, alhamdulillah. Namun apa yang menyedihkan ialah banyak juga adab-adab Islam tidak dijaga dalam majlis yang murni itu. Sebagai ingatan / tazkirah daripada kami, sila ke: audio dan dapatkan pamplet adab perkahwinan untuk disebarkan di: pamplet

. Video Tazkirah di sini: http://www.mediafire.com/?jnzbjzznhnv
0

Para pembaca yang dirahmati Allah. Bahagian Penyelidikan JAKIM telah menerbitkan buku terbaru karangan PROF DR Abdul Fatah Haron, Ahli Panel Kajian Aqidah JAKIM Bertajuk PENGARUH ASING TERHADAP KEFAHAMAN ALLAH – MUHAMMAD. Buku ini penting untuk mengenali golongan yang terpengaruh dengan kefahaman asing yang dimasukkan ke dalam ajaran Islam. Sesiapa yang berminat boleh muat turun di: Laman JAKIM. Wallahu a’lam.

Kredit: Blogspot Mufakir Islami
0

Masjid Ar-Rahman Pondok Sungai Durian, telah siap pembinaannya pada tahun 2009M. Masjid ini digunakan sepenuhnya sebagai tempat ibadat; Solat jemaah harian dan Jumaat serta tempat murid-murid dan warga pondok belajar, menadah kitab. Pembinaannya telah menelan belanja hampir 2 juta ringgit Malaysia. Setakat hari ini [23 Mei 2010 M] kami masih terhutang dengan syarikat pembinaan sebanyak RM287,310.20.

Jadi bagi sesiapa yang ingin menderma dan menyumbang untuk baki pembayaran tersebut, bolehlah menyalurkannya melalui akaun BIMB ini: Nama Akaun: Masjid Ar-Rahman. No. Akaun: 03-072-01-011294-2. Atau hubungi: Abu Anas (09-9664161). Laman Madrasah Muhammadiyyah, Pondok Sungai Durian JazakumulLahu khairan kathira.

0

Menurut Syarah Aqidah al-Thahawiyah, Karangan Ibnu Abi Al-‘Izz Al-Hanafi:

Seluruh Ahlus Sunnah Wal Jamaah telah bersepakat mengatakan bahawa si mati mendapat manfaat dari usaha orang hidup melalui dua perkara:

1. Sebab-sebab yang dilakukan oleh si mati ketika hidupnya.

2. Doa kaum muslimin, istighfar mereka untuk si mati, sedekah dan haji.

Untuk penjelasan lanjut sila ke pautan ini.

0

Umat Islam 1 Malaysia terkejut membaca kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussien yang menyatakan pertimbangan sedang dibuat untuk meluluskan lesen perjudian bola sepak sempena kejohanan Bola sepak Piala Dunia yang akan datang ini.

Keharaman judi sangat jelas dan dikira sebagai perkara yang telah diketahui umum “Ma’lum minaddin biddharurah”. Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman telah membuat ulasan mengenai isu ini, sila ke; Laman Zaharuddin.net dan Dr. Mohd. Asri Zainal Abidin di Kolum Malaysiakini. Kebimbangan Umat Islam telah menjadi kenyataan, Allahulmusta’aan, walaupun mendapat bantahan dari berbagai pihak, lihat Berita Malaysiakini berikut. Semoga Allah selamatkan hamba-hamba-Nya yang bertaqwa dari bala dan azab.

0

PREVIOUS POSTSPage 12 of 21NEXT POSTS