Your address will show here +12 34 56 78
Rehlah, Terkini, TULISAN, Uncategorized
Catatan Rehlah Haji Abu Anas Madani 1436H. Alhamdulillah panggilan haji tiba lagi, terlalu sukar untuk menolak atau membuat keputusan untuk tidak menyahut seruan yang besar ini. Kerana bukan ramai yang dapat tawaran atau panggilan sebegini. Walaupun pada musim haji tahun 1436H (2015) ini, kedaan kesihatan lutut agak kurang baik, dan sahabat ahli perubatan juga menasihatkan agar menangguhkan pemergian atau rehat seketika untuk memulihkan kesihatan. Namun seruan haji tidak dapat dihalang dengan pelbagai alasan yang cuba dicari untuk menenangkan hati agar dapat menerimanya. keep reading
1

Rehlah, TULISAN, Uncategorized
Catatan Nurul Islah Hj Ismail, yang menyertai rombongan Abu Anas ke Istanbul & Umrah 2013 dan beliau ditugaskan sebagai pencatat perjalanan rehlah. Di bawah ini ialah 10 Faedah & Pengajaran Hasil Daripda Ziarah Kami Di Bumi Istanbul. 1. Kepentingan didikan yang betul.

Didikan yang diberikan guru kepada anak murid membawa impak yang besar dalam hidup murid tersebut. Seperti yang dilakukan oleh guru Al-Fateh yang merotannya tanpa sebab menyebabkan al-Fateh berfikir & menyimpan hasrat membuktikan dia bukan seorang yang boleh dizalimi. Dia bangkit untuk merealisasikan hasrat ayahnya untuk menjadi sebaik-baik pemimpin seperti yg telah disebut oleh Rasulullah s.a.w & menawan Kota Constantinople. [Siri 1 Catatan di: Rehlah ke Istanbul. ]

keep reading
0

Rehlah, TULISAN, Uncategorized
Bismillah, Alhamdulillah, Wassolatu Wassalam ‘ala Rasulillah…

1) Alhamdulillah, pada hari Ahad, 26 Mei 2013, Abu Anas bermusafir ke Qastantin (Istanbul) melalui Abu Dhabi, kemudian ke Al-Madinah dan mengerjakan umrah di Tanah Haram Makkah.  Perjalanan bermula dengan bertolak dari Airport Sultan Ismail Petra Kota Bharu ke KLIA dengan MH 1397 pada jam 4.05 pm.

Alhamdulillah selamat tiba di KLIA jam 5 pm. Seramai 40 orang yang kebanyakannya dari Kelantan dan Selangor mengikuti rombongan ini di bawah kelolaan Syarikat Ash-Har Travel Sdn. Bhd mula berkumpul di KLIA. Sambil menunggu perjalanan seterusnya ke Abu Dhabi pada jam 2035, kami menikmati jamuan yang dibawa oleh anak ayah Uji, salah seorang jemaah Ash-har, jazahumullahu khaira.

[Siri 2 Catatan di10 Faedah Rehlah & Catatan Islah.]

keep reading

1

Seminar, TULISAN, Uncategorized

Pada 17 Ogos 2013, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Bahagian Negeri Kelantan telah mengadakan Seminar Sosiobudaya Antara Kaum peringkat Negeri di Dewan Balai Islam, Lundang yang dibentangkan oleh dua ahli panel dari kaum Cina iaitu Prof. Dato’ Dr. Teo Kok Seong dan juga Dr. Hj. Ann Wan Seng.   

Untuk menyebarluaskan manfaat dari perbincangan ini, ana minta Akhi Ahmad Iqram Mohd Noor membuat catatan dan ulasan kepada seminar ini, jazahullahu khaira.”

keep reading
0

Artikel - Makalah, TULISAN, Uncategorized
Prof Dr Abdul Fattah Haron bin Ibrahim, bekas pensyarah UKM selama lebih 40 tahun.
Beliau dilahirkan pada tahun 1930, di Kampung Gertak Lembu, Salor, Pasir Mas, Kelantan merupakan seorang penuntut ilmu yang tidak mengenal perit dan putus asa sehingga ke kedudukannya hari ini. Sewaktu belajar di Universiti Al-Azhar, beliau telah menerima pingat dan sijil cemerlang pelajar terbaik seluruh fakulti Al-Azhar “Jaizah Al-Imtiyaz Li Awail Al-Kulliyat” daripada Presiden Jamal Abdul Nasir pada 14 Disember 1964. Seorang tokoh yang banyak jasanya dalam membongkar, membenteras, menentang dan membendung ajaran sesat di Malaysia dengan penulisannya dan sebagai penasihat panel akidah JAKIM. Beliau tidak jemu-jemu menangani isu ini sehingga kini. Beliau sekarang sedang uzur, penglihatannya kabur kerana mengidap penyakit kencing manis. Sebelum Ramadhan lepas, beliau menjalani pembedahan mata mengharapkan matanya pulih kembali untuk menyambung kerja-kerja penyelidikan aqidah yang belum selesai. Mohon doa daripada semua. Kisah awal hidupnya begitu unik dan menyayat hati, perjuangan kental yang boleh memberi inspirasi,  untuk mengenalinya lebih lanjut sila baca catatan yang ditulisnya sendiri –hafizahullah-

Baca di sini: Biografi Dr Abdul Fattah Haron 

keep reading

0

Tazkirah, TULISAN, Uncategorized

SALING INGAT MEMPERINGATI KE ARAH KEBAIKAN DAN DENGAN KESABARAN.

بسم الله، والحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله، وعلى آله وأصحابه ومن والاه، وبعد.

Zaman globalisasi menguasai hidup kita kini, semuanya berada di hujung jari. Pelbagai nama diberi, dunia tanpa sempadan, zaman langit terbuka, dunia IT… Segalanya boleh di aksess dan tersebar dalam sekelip mata tanpa dan limit dan peraturan yang membatasinya. Sesiapa saja boleh meng-publish, upload, download, apa saja berita, cerita gambar, carta, dan sesiapa saja pula boleh membuka dan melihatnya.  

keep reading
0

Tahqiq, TULISAN, Uncategorized

بسم الله والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وبعد.

Solat ini mesyhur di kalangan umat Islam, di bawah ini ialah perbincangan ulama’ tentang hadisnya ini dan penjelasan kaifiat melakukannya serta beberapa isu yang berkaitan dengannya.

Perbincangan ini di ambil dari Kitab (بغية المتطوع في صلاة التطوع) yang ditulis oleh Dr. Muhammad bin Omar Bazamul Pensyarah di Universiti Umm Al-Qura, Makkah.

Di antara solat sunat yang disyariatkan adalah solat tasbih. Ini sebagaimana yang disebutkan dalam hadis Ibnu Abbas r.a

keep reading
0

Makluman, TULISAN, Uncategorized

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, segala puji hanya bagi Allah, yang telah menyampaikan kita pada bulan Ramadhan tahun ini lalu memberi peluang untuk kita menambah amal kebajikan. Semoga buku amalan kita dipenuhi dengan pahala-pahala yang dikaut sepanjang Ramadhan ini, insya’Allah. Hari ini hari ke-20, esok kita akan memasuki 10 ketiga atau terakhir bulan Ramadhan. Hari-hari yang memiliki kelebihan dan kemulian yang khas dan berbanding lainnya.

Di antara nikmat dan hadiah Allah SWT terhadap hamba-Nya umat Islam akhir zaman ini, dianugerahkannya kepada kita satu malam yang mulia dan mempunyai banyak kelebihan. Suatu keutamaan yang tidak pernah didapati pada malam-malam selainnya. Iaitu malam “Lailatul Qadr”. Suatu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, sebagaimana firman Allah SWT:

إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ * وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ * لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ * تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْرٍ * سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ *

Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Qur’an) pada malam taqdir (Lailatul Qadr). Dan tahukah kamu apakah malam taqdir (LailatulQadr) itu? Malam taqdir itu (Lailatul Qadr) lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sehingga terbit fajar”.[Al-Qadr: 1-5]

keep reading
0

Tahqiq, TULISAN, Uncategorized

TARIKH NUZUL AL-QUR’AN: SATU PERBINCANGAN

Oleh: Dr. Ahmad Najib bin Abdullah Al-Qari Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

Pendahuluan:

Nuzul Al-Qur’an merupakan satu peristiwa penting berhubung sejarah Al-Qur’an itu sendiri. Justeru, ia mendapat tempat khusus dalam karya-karya Ulum Al-Qur’an (Ilmu-ilmu berkaitan Al-Qur’an). Tumpuan diberikan untuk menjelaskan hakikat nuzul dan tahap-tahap penurunan Al-Quran.

Al-Syaikh Muhammad Abd Al-‘Azim al-Zarqani ada menyatakan bahawa Nuzul al-Qur’an adalah asas keimanan terhadap al-Qur’an itu sendiri dan juga keimanan terhadap Nabi SAW.[1]

keep reading
0

PREVIOUS POSTSPage 1 of 21NO NEW POSTS