Your address will show here +12 34 56 78
Aqidah, Tazkirah, Uncategorized

بسم الله الرحمن الرحيم،

الحمد لله رب العالمين، وصلى الله وسلم وبارك على عبده ورسوله، نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين، وبعد،

Alhamdulillah segala puji dan syukur saya rafa’kan kepada Allah, Penguasa alam semesta ini yang telah memberikan kepada kita nikmat hidayah dan taufiq ke jalan yang diredhai-Nya.
Iaitu jalan dan petunjuk yang dibawa oleh Nabi SAW yang digelari “Rahmatan lil ‘aalamin”. Semua jalan tertutup untuk menuju ke Syurga melainkan jalannya. Dialah pemilik Syafaat al-‘Uzma pada hari Kiamat kelak.
keep reading
0

Audio - Video, Tazkirah, Uncategorized

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, Koleksi Siri-siri Kuliah dan Tazkirah Al-Faqir Abu Anas sempena Bulan Ramadhan Tahun 1435H.

Tazkirah Selepas Solat Terawih di Masjid Ar-Rahman, Pondok Sungai Durian dan juga di masjid-masjid lain.

Berdasarkan buku “30 Pelajaran Bagi Orang Berpuasa” oleh Dr. A’idh Al-Qarni –hafizahullah-.

Semoga bermanfaat bagi para pembaca – penonton sekelian.

Doakan semoga AAM diberi kesihatan dan sentiasa berada di atas jalan yang diredhai oleh Allah.

keep reading
0

Akhlak, Tazkirah, Uncategorized

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين، وبه نستعين، وبعد.

Siri Motivasi Iman, Tazkirah Ringkas ini ana ambil dari Buku “Musyahadaat Tobib” Penyaksian Seorang Doktor. Iaitu pengalaman Dr. Khalid bin Abdul Aziz Al-Jubair, seorang pakar bedah jantung di Hospital Tentera di Riyadh, Arab Saudi yang telah menceritakan sebahagian dari pengalaman hidupnya sebagai seorang pengamal perubatan dan sekaligus berkecimpung dalam bidang dakwah. Beliau kini aktif bergiat dalam bidang dakwah. Sila lihat di: https://www.facebook.com/KhalidAljubair FB KhalidAljubair

Buku tersebut ana telah beli dan baca sewaktu belajar di Madinah pada tahun 2004, dan sangat berminat untuk memperpanjangkan maklumat tersebut kepada masyarakat, dan alhamdulillah kini baru terlaksana dalam bentuk video dan Insha-Allah ana akan usahakan untuk menerbitkannya dengan sedikit huraian, doakan

Buku ini telah diterjemahkan ke Bahasa Indonesia kemudian ke Bahasa Malaysia. Untuk mendapatkan buku ini versi Bahasa Malaysia boleh menempahnya di www.dartaibah.com. Tempahan buku di sini

keep reading
0

Akhlak, Tazkirah, Uncategorized

Daripada Tulisan Dr ‘Aidh Qarni tentang sikap kasar kita sebahagian orang Islam,orang Arab dan lain-lain berbanding dengan sebahagian orang barat.

(المرعى أخضر ولكن العنز مريضة) بقلم د. عائض القرني

Aku menulis risalah ini dari bumi Paris ketika berkunjung ke sana untuk rawatan lutut.

Aku sebenarnya takut akan tohmahan yang mengatakan aku cenderung kepada Barat, sedangkan aku menulis tentang mereka dengan penuh kebenaran dan keinsafan berdasarkan penelitian dan pemerhatianku.

keep reading
0

REHAT YANG SEBENAR.

Jadilah orang yang baik di dunia. Hidup dengan ikhlas beribadah kepada Allah dengan mengikut Sunnah.

Jangan jadi ahli syirik yang menjadi penyokong bid’ah, kebatilan dan kezaliman.

Suatu hari ada seorang jenazah lalu di depan Nabi shallallahu alaihi wa sallam. Baginda bersabda:

مستريح ومستراح عنه “Orang itu berehat ataupun yang lain rehat daripadanya”.

Sahabat bertanya: Apa yang engkau maksudkan wahai Rasulullah? keep reading
0

Dajjal adalah suatu fitnah yang cukup berat bagi orang yang akan bertemu dengannya, kerana itulah Rasulullah saw telah mengajar kepada kita agar sentiasa berdoa di akhir solat dengan doa ini:

Maksudnya:

Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada azab kubur, aku berlindung dengan-Mu daripada azab neraka jahanam, aku berlindung dengan-Mu daripada fitnah kehidupan dan kematian, dan berlindung dengan-Mu daripada fitnah Al-Masih al-Dajjal“.

keep reading
0

Tazkirah, Uncategorized

Di penghujung usia dunia ini, pada saat akhir zaman, perkata mungkar dan maksiat yang disebut oleh Rasulullah SAW sebagai tanda dan alamat hampir Kiamat telah banyak dilakukan oleh manusia. Yang amat menakutkan, terdapat sebuah hadis yang menyatakan bahawa ada beberapa jenis maksiat yang akan disegerakan balasannya semasa di dunia ini lagi.

Ibnu Umar RA berkata: Rasulullah SAW datang kepada kami (pada suatu hari) kemudian Baginda bersabda:

“Wahai kaum Muhajirin, lima perkara kalau kamu telah diuji dengannya (jika kamu telah mengerjakannya), makatidak ada kebaikan lagi bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah SWT, semoga kamu tidak melalui zaman itu.

keep reading
0

Tazkirah, TULISAN, Uncategorized

SALING INGAT MEMPERINGATI KE ARAH KEBAIKAN DAN DENGAN KESABARAN.

بسم الله، والحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله، وعلى آله وأصحابه ومن والاه، وبعد.

Zaman globalisasi menguasai hidup kita kini, semuanya berada di hujung jari. Pelbagai nama diberi, dunia tanpa sempadan, zaman langit terbuka, dunia IT… Segalanya boleh di aksess dan tersebar dalam sekelip mata tanpa dan limit dan peraturan yang membatasinya. Sesiapa saja boleh meng-publish, upload, download, apa saja berita, cerita gambar, carta, dan sesiapa saja pula boleh membuka dan melihatnya.  

keep reading
0

Audio - Video, Kuliah, Tazkirah, Uncategorized

Alhamdulillah, di ambang Ramadhan dan sepanjang bulan Ramadhan tahun ini ana telah  menyampaikan tazkirah dan kuliah berkaitan dengan puasa dan kelebihan Ramadhan serta beberapa panduan atau tip untuk mengisi bekas yang disediakan bagi memperbanyakkan ibadat dan bertaqarrub kepada Allah sebanyak mungkin dalam bulan yang mulia ini.

Ketika sedang mencari idea untuk dijadikan silibus atau muqarrar tahun ini, beberapa orang pelajar yang pernah tinggal buat seketika di PSD dan kini sedang belajar di Timur Tengah, datang menzirahi PSD, antara mereka ialah Amin Asbahani yang sedang belajar di Mesir, telah menghadiahkan dua buah buku, iaitu;

 مع الإثني عشرية في الأصول والفروع

dan: Asrar Al-Muhibbin fi Ramadhan. (Rahsia Orang Yang Mencintai Allah SWT di Bulan Ramadhan). Jazahumullahu khaira. Maka buku ke 2 ini sesuai dijadikan muqarrar. Di bawah ini adalah petikan kuliah dan tazkirah yang telah disampaikan, semoga bermanfaat.

keep reading
0

PREVIOUS POSTSPage 1 of 2NO NEW POSTS