Your address will show here +12 34 56 78
Rehlah, Terkini, TULISAN, Uncategorized
Catatan Rehlah Haji Abu Anas Madani 1436H. Alhamdulillah panggilan haji tiba lagi, terlalu sukar untuk menolak atau membuat keputusan untuk tidak menyahut seruan yang besar ini. Kerana bukan ramai yang dapat tawaran atau panggilan sebegini. Walaupun pada musim haji tahun 1436H (2015) ini, kedaan kesihatan lutut agak kurang baik, dan sahabat ahli perubatan juga menasihatkan agar menangguhkan pemergian atau rehat seketika untuk memulihkan kesihatan. Namun seruan haji tidak dapat dihalang dengan pelbagai alasan yang cuba dicari untuk menenangkan hati agar dapat menerimanya. keep reading
1

Pengalaman, Rehlah, Uncategorized

بسم الله الرحمن الرحيم، الحمد لله الذي جعل الكعبة البيت الحرام مثابة للناس وأمناً،

والصلاة والسلام الأتمان الأكملان على خير البرية أجمعين، وخاتم رسله الأكرمين

وعلى آله وصحبه ومن تبعهم إلى يوم الدين، أما بعد

 Alhamdulillah, sekali lagi syukur yang tidak pernah putus dan setingi-tingginya kepada al-Mun’im ‘Azza wa Jalla atas limpah kurnia-Nya memilih hamba-Nya yang haqir lagi faqir kepada keampunan-Nya, sekali lagi untuk mendapat peluang sebagai dhuyuf-Nya bagi tahun 1434H ini. 
 
 Rehlah atau pengembaraan Suci.
Tidak ada satu pun pengembaraan di atas muka bumi ini sebaik menuju ke Baitullah al-Haram. Rehlah yang diberkati iaitu rehlah haji dan umrah.
Setiap jemaah yang telah mendaftarkan diri untuk mengerjakan haji menanti dengan penuh kerinduan dan pengharapan untuk menjadi tetamu Allah swt. Apabila sahaja keputusan telah diterima mereka akan melaksanakan sujud syukur kepada Allah swt seolah-olah mereka telah mendapat anugerah yang besar daripada Allah swt. Bagaikan mereka telah menerima kad jemputan dari Allah swt untuk menziarahi rumah yang paling mulia, negeri yang dicintai oleh Nabi saw, tempat terawal wahyu diturunkan, menjadi kiblat solat umat Islam dan ganjaran pahala solat seratus ribu kali ganda serta pelbagai fadhilat dan kelebihan lagi.
Demikianlah keadaan al-‘abdu al-faqir Abu Anas apabila dijemput untuk bersama dalam kafilah haji Ash-har Travel pada tahun ini, walaupun keuzuran di bahagian lutut yang nampak tidak begitu mengizinkan untuk melaksanakan haji. Tetapi demi untuk menyertai jemaah haji ini, pengorbanan tetap diteruskan.
keep reading
0

Rehlah, TULISAN, Uncategorized
Catatan Nurul Islah Hj Ismail, yang menyertai rombongan Abu Anas ke Istanbul & Umrah 2013 dan beliau ditugaskan sebagai pencatat perjalanan rehlah. Di bawah ini ialah 10 Faedah & Pengajaran Hasil Daripda Ziarah Kami Di Bumi Istanbul. 1. Kepentingan didikan yang betul.

Didikan yang diberikan guru kepada anak murid membawa impak yang besar dalam hidup murid tersebut. Seperti yang dilakukan oleh guru Al-Fateh yang merotannya tanpa sebab menyebabkan al-Fateh berfikir & menyimpan hasrat membuktikan dia bukan seorang yang boleh dizalimi. Dia bangkit untuk merealisasikan hasrat ayahnya untuk menjadi sebaik-baik pemimpin seperti yg telah disebut oleh Rasulullah s.a.w & menawan Kota Constantinople. [Siri 1 Catatan di: Rehlah ke Istanbul. ]

keep reading
0

Rehlah, TULISAN, Uncategorized
Bismillah, Alhamdulillah, Wassolatu Wassalam ‘ala Rasulillah…

1) Alhamdulillah, pada hari Ahad, 26 Mei 2013, Abu Anas bermusafir ke Qastantin (Istanbul) melalui Abu Dhabi, kemudian ke Al-Madinah dan mengerjakan umrah di Tanah Haram Makkah.  Perjalanan bermula dengan bertolak dari Airport Sultan Ismail Petra Kota Bharu ke KLIA dengan MH 1397 pada jam 4.05 pm.

Alhamdulillah selamat tiba di KLIA jam 5 pm. Seramai 40 orang yang kebanyakannya dari Kelantan dan Selangor mengikuti rombongan ini di bawah kelolaan Syarikat Ash-Har Travel Sdn. Bhd mula berkumpul di KLIA. Sambil menunggu perjalanan seterusnya ke Abu Dhabi pada jam 2035, kami menikmati jamuan yang dibawa oleh anak ayah Uji, salah seorang jemaah Ash-har, jazahumullahu khaira.

[Siri 2 Catatan di10 Faedah Rehlah & Catatan Islah.]

keep reading

1