Your address will show here +12 34 56 78

Pesanan Buat Para Hujjaj;

Wahai Haji / Hajjah, Mulakan Amalan Baik Kamu.

Dr. Abdul Wahhab Bin Nasir Al-Turairi.

بسم الله الرحمن الرحيم

Ketika matahari hampir ghurub (terbenam) pada petang hari Arafah, Rasulullah saw sedang mengangkat dan menadah luas kedua tangannya yang mulia. Baginda berdoa dalam keadaan penuh khusyu’, khudhu’ dan merendah diri. Kemudian dilepaskan tangannya turun dan berpaling ke arah Bilal seraya berkata: “Wahai Bilal, arahkan manusia semuanya agar diam!”  keep reading
0

KHUTBAH ARAFAH 1432H / 2011H

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحَمْدُ للهِ الَّذِي شَرَعَ لِعِبَادِهِ القَادِرِيْن، حَجَّ بَيْتِهِ الحَرَامِ، وَجَعَلَ الحَجَّ اَحَدَ اَرْكَانِ الإِسْلاَمِ، وَغَفَرَ لِمَنْ حَجَّهُ لَمْ يَرْفُثْ وَلَمْ يَفْسُقْ جَمِيْعَ الذُّنُوْبِ وَالآثاَمِ، أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِ لهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَه، المَلِكُ العَلاَّمُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ أَفْضَلُ المُرْسَلِيْن وَأَكْمَلُ اِلإمَامِ، اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ عَبْدِكَ وَرَسُوْلِكَ مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ البَرَرَةِ الكِرَامِ وَهُدَاةِ الأَنَامِ. أَمَّا بَعْدُ،

فَيَا وَفْدَ اللهِ بِالأَرْضِ المُقَدَّسَةِ، إِتَّقُوا الله َوَاعْمَلُوا الصَّالِحَاتِ وَاجْتَنِبُوا المُنْكَرَاتِ وَاذْكُرُوا اللهَ كَثِيْرًا فِي أَيَّامٍ مَعْلُوْمَاتٍ وَاشْكُرُوْهُ وَأَكْثِرُوا الَتلبية لَبَّيْكَ اللّهُمَ لَبَّيْكَ، لَبَّيْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ ، إِنَّ الحَمْدَ وَالِنّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْك لاَ شَرِيْكَ لَك حَتَّى تَتَحَلَّلُوْا عَنِ اْلإِحْرَامِ.

مَعَاشِرَ المسلمينَ والمسلماتِ ضُيُوْفَ الرَّحمنِ رَحِمَكُمُ الله – حجاج بيت الله

Khutbah Arafah 1432H kali ini sekali lagi bersuara. Suara yang sentiasa memenuhi jiwa-jiwa yang ingin pulang ke pangkuan Allah Ta’ala dengan seruan menambah ketaqwaan kepadaNya. Hanya taqwa sahajalah merupakan nilaian yang diperakui di sisi Rabb al-Jalil. keep reading
1

TERJEMAHAN TEKS KHUTBAH JUMAAT OLEH DR. ABD RAHMAN AL-SUDAIS

SESUDAH HAJI YANG TERTUNAI

Masjidil Haram, Makkah Mukarramah, 15 Zulhijjah 1432H /11 November 2011M

Alih Bahasa Oleh: Abu Fatih Al-Mubaraki [Makkah, 18 Zulhijjah 1432H]

Lihat Teks Asal Bahasa Arab : http://www.mazameer.com/vb/t147202.html

Lihat Rakaman Video : http://www.youtube.com/watch?v=qPwAxsaaNpI

 KHUTBAH PERTAMA

 إن الحمد لله، نحمده ونستعينُه ونستغفرُه ونتوبُ إليه، أحمده – سبحانه – أكمل لنا المناسك وأتمَّ، وأسبغَ على الحَجيج فضلَه المِدارارَ الأعمَّ، وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له شهادةً نسمُو بها إلى أعلى القِمَم، وأشهد أن نبيَّنا وسيِّدنا محمدًا عبدُ الله ورسوله أزكى من أدَّى المناسِكَ وطافَ بالبيت العتيق وأمَّ، وأبانَ معالمَ الدين ورسَم بأبلغِ عبارةٍ وأوجزِ الكلِم، صلَّى الله عليه وعلى آله الأطهارِ صفوةِ الأُمَم، السالكين   النهجَ القويمَ الأَمَم، وأصحابِه الأخيارِ أُسدِ العَرين ولُيُوثِ الأَجَم، والتابعين ومن تبِعهم بإحسانٍ ما قصدَ المسجدَ الحرام حاجٌّ والتزَم، وسلَّم تسليمًا كثيرًا إلى يوم الدين.أما بعد

Bertaqwalah kamu semua kepada Allah dengan Taqwa yang sebenar-benarnya. Sesungguhnya ia merupakan permata yang terlalu berharga dan peninggalan kesan yang terhebat kesan dari ibadah haji dan keagungan syiar-syiar yang telah kamu lakukan. Justeru, taqwa kepada Allah Ta’ala merupakan  cahaya kepada segenap jiwa, sinar kepada setiap pandangan, rahsia yang tertinggi dan sebaik-sebaik penyelamat dari segala bahaya, maka bertaqwalah kamu kepada Allah kerana sesungguhnya taqwa merupakan sebaik-baik bekalan. keep reading

0

ISTIQAMAH SELEPAS HAJI

Al-Haqir Ila Allah swt, Abu Fatih Al-Mubaraki Ahmad Husni Abd Rahman

Pembimbing Jemaah Ash-Har Travel, Makkah Mukarramah, Haji 1432H / 2011M.

 TAKRIF ISTIQAMAH Kalimah Istiqamah dan arahan untuk beristiqamah terdapat dalam surah Hud ayat 112:

فَاسْتَقِمْ كَمَا أُمِرْتَ وَمَنْ تَابَ مَعَكَ وَلا تَطْغَوْا إِنَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ

“Maka tetaplah (fastaqim) kamu dalam jalan yang benar sebagaimana yang telah diperintahkan kepadamu dan barangsiapa yang bertaubat bersamamu dan tidak melampaui batas sesungguhnya Allah Maha Melihat setiap yang kamu kerjakan.”  [Khutbah Istiqamah Selepas Haji di: http://youtu.be/J29vIj2oHVk ] keep reading
0

Catatan Rehlah Haj 1432H [3].

Perjalanan Haji 1432H. Jumaat 8hb Zulhijjah 1432H – 4/11/2011M (Yaum al-Tarwiyah): Dinamakan “Hari Tarwiyah” kerana pada hari ini para jemaah haji menyediakan air untuk kegunaan mereka di Arafah dan Mina selama tempoh mereka mengerjakan haji. Amalan hari ini bagi jemaah haji; Bagi orang yang melakukan haji tamattu’ (melakukan umrah dahulu sewaktu datang ke Makkah) maka hendaklah berihram (berniat) melakukan haji pada hari ini. Kemudian keluar menuju ke Mina sebagaimana Baginda SAW dan para sahabat melakukannya. Semasa berada di Mina Baginda melakukan solat Zohor, Asar, Maghrib, Isya’ dan Subuh secara qasar dan tidak dijamakkan. [Lihat siri 1 & 2 di: http://www.abuanasmadani.com/?p=1204 ] keep reading
0

[Catatan Rehlah Haj 1432H [1

بسم الله والحمد لله والصلاة والسلام على رسول القائل: “لتأخذوا عني مناسككم” وعلى آله الطاهرين، وصحابته الميامين، ومن تبعهم وترسم خطاهم إلى يوم الدين، أما بعد.

Merafa’kan setinggi kesyukuran kepada al-Maula ‘Azza wa Jalla atas limpah kurnia-Nya memilih hamba-Nya yang haqir lagi faqir kepada keampunan-Nya sebagai dhuyuf-Nya bagi tahun 1432H ini.. Alhamdullillah, perjalanan bermula dari PSD pada jam 8.15 pagi Ahad 25 Zulqa’dah 1432H bersamaan dengan 23 Oktober 2011… memandangkan kesihatan lutut kiri agak kurang baik, maka rehlah kali ini memberi suatu kebimbangan, bagaimana nak melakukan amalan ibadat Haji yang kebanyakannya memerlukan kerja yang melibatkan “jalan kaki”… maka doa dipanjatkan ke Hadhrat ilahi seperti yang telah dikatakan oleh Al-Khalil ‘alaihissalam:

{وإذا مرضت فهو يشفين –Wa iza maridhtu fahuwa yasyfin!}

Maksudnya: “Apabila aku sakit maka DIA lah yang menyembuhkan!” [Lihat Siri 3 & 4 di: http://www.abuanasmadani.com/?p=1209 ] keep reading
0

Artikel - Makalah, TULISAN, Uncategorized
Alhamdulillah, kesedaran umat Islam di negara kita hari ini tentang halal haram dalam kehidupan semakin meningkat. Tetapi tanpa ilmu yang cukup tiada faedahnya. Kefahaman masyarakat terhadap halal haram di dalam urusan kewangan, jual-beli dan perbankan masih di tahap yang amat lemah. Terutamanya berkenaan Riba yang merupakan ‘ibu dosa’ dalam semua urusan ini dan yang berkaitan dengannya. Risalah ringkas ini diharap dapat memberi manfaat dunia dan akhirat, Insya’Allah.. 14-Hukum Semasa Beli Emas Ansuran- PDF 05 – Hukum Emas-Perak-Suasa-PDF keep reading
0

Artikel - Makalah, TULISAN, Uncategorized
WANITA; 1 AKAL, 9 NAFSU? Sejak sekian lama masyarakat Islam di negara kita sentiasa terdedah dengan perkara yang pelik lagi menarik. Manusia memang berminat untuk mengetahui, mengeluar dan menyebarkan cerita-cerita yang karut, samada secara lisan, tulisan, filem atau apa saja. Cerita bahawa kaum lelaki memiliki 9 akal dan 1 nafsu, manakala perempuan pula sebaliknya, iaitu 1 akal dan 9 nafsu memang amat masyhur sekali di kalangan kita. Ia telah  dilihat dan diterima oleh masyarakat kita sebagai sesuatu yang benar. Jika ditanya dari manakah sumber fakta ini diambil, mereka akan menjawabnya; mendengarnya daripada para alim ulama’. keep reading
0

Artikel - Makalah, TULISAN, Uncategorized

Seminar Pelaksanaan Siasah Syar’iyyah Dalam Konteks Semasa Peringkat Kebangsaan 2011 yang berlangsung pada 19 Syawwal, 1432 H bersamaan 17 September, 2011 bertempat di Dewan Besar Kompleks Balai Islam, Lundang anjuran Jabatan Al-Syariah, KIAS. Resousi ini telah dibaca oleh Al-Fadhil Ustaz Zulqarnain Hasan, Pengarah Seminar. 

Lihat: http://abuanasmadani.blogspot.com/2011/09/resolusi-seminar-siasah-syariyyah.html Khulasah Pembentangan SPSS Abu Anas- 19 Syawal 1432H. Tajuk: “Negara Berkebajikan; Dari Perspektif Siasah Syar’iyyah”. 1)       MUQADDIMAH:

بسم الله الرحمن الرحيم.

{الَّذِينَ إِنْ مَكَّنَّاهُمْ فِي الأَرْضِ أَقَامُوا الصَّلاةَ وَآَتَوُا الزَّكَاةَ وَأَمَرُوا بِالْمَعْرُوفِ وَنَهَوْا عَنِ الْمُنْكَرِ وَلِلَّهِ عَاقِبَةُ الأُمُورِ} [الحج: 41]

Maksudnya: {(Iaitu) orang-orang yang jika kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi nescaya mereka mendirikan solat, menunaikan zakat, menyuruh berbuat ma’ruf dan mencegah dari perbuatan yang mungkar; dan kepada Allah-lah kembali segala urusan.} [Al-Haj: 41].

Lihat: http://abuanasmadani.blogspot.com/2011/09/khulasah-pembentangan-aam-di-seminar.html .

keep reading

0

PREVIOUS POSTSPage 4 of 17NEXT POSTS