Catatan Rehlah Ke Istanbul (siri 2) 10 Pengajaran Hasil Daripada Ziarah Kami Di Bumi Istanbul

Catatan Nurul Islah Hj Ismail, yang menyertai rombongan Abu Anas ke Istanbul & Umrah 2013 dan beliau ditugaskan sebagai pencatat perjalanan rehlah.

Di bawah ini ialah 10 Faedah & Pengajaran Hasil Daripda Ziarah Kami Di Bumi Istanbul.

1. Kepentingan didikan yang betul.

Didikan yang diberikan guru kepada anak murid membawa impak yang besar dalam hidup murid tersebut. Seperti yang dilakukan oleh guru Al-Fateh yang merotannya tanpa sebab menyebabkan al-Fateh berfikir & menyimpan hasrat membuktikan dia bukan seorang yang boleh dizalimi. Dia bangkit untuk merealisasikan hasrat ayahnya untuk menjadi sebaik-baik pemimpin seperti yg telah disebut oleh Rasulullah s.a.w & menawan Kota Constantinople.
[Siri 1 Catatan di: Rehlah ke Istanbul. ]

2. Mohon pertolongan ALLAH adalah sesuatu yang paling utama.

Suatu hari, Al-Fateh ingin bertemu dengan gurunya namun dihalang oleh pengawal gurunya kerana waktu itu waktu yang tak dibenarkan sesiapa pun bertemu gurunya. Gurunya ingin bersendirian. Namun, Al-Fateh tak puas hati & menghunuskan pedangnya membelah kain khemah gurunya itu. Alangkah terkejut Al-Fateh apabila melihat gurunya sedang sujud menangis merayu kepada ALLAH. Apabila kita menjaga hubungan dengan ALLAH, pasti pertolongan ALLAH untuk kita peroleh. Hari tersebut merupakan sehari sebelum al-Fateh ingin melancarkan peperangan ke atas tentera Rom untuk menakluk kota tersebut.

3. Ibu bapa mesti menanam azam yang baik ke dalam diri anak-anak & melihat potensi mereka

Sebagai ibu bapa, tanamlah semangat roh Islam ke dalam diri anak-anak supaya mereka bersemangat untuk berjuang mempertahankan Islam. Dalam masa yang sama lihat potensi & kelebihan yang ada dalam diri anak-anak. Jangan terlalu memaksa anak-anak untuk melakukan sesuatu di luar kemampuannya. Seperti ayah al-Fateh, walaupun anaknya ini seorang kanak-kanak yang agak nakal namun dari kecil lagi al-Fateh sudah di tanam dengan semangat untuk menawan kota Constantinople & menjadi seperti yang Rasulullah katakan. Selain itu, ayahnya juga dapat melihat jiwa kepahlawanan dalam diri al-Fateh.

4. Strategi yang tersusun sangat penting dalam hidup

Memetik kata-kata Saidina Ali, ‘Perancangan yang tidak tersusun akan dikalahkan dengan kebatilan yang tersusun’. Betapa hebat dan tersusunnya perancangan Al-Fateh ketika serangan menawan kota ini menyebabkan mereka memperoleh kemenangan. Di samping kebergantungan & hubungan yang kuat mereka dengan ALLAH s.w.t.

5. Melihat & memerhati & memahami bagaimana kehebatan seorang anak muda berusia 19 tahun menawan sebuah kota yang dikuasai oleh satu kuasa besar. Subhanallah.

Anak muda zaman kini, pada usia 20 tahun, apa jasamu pada agama? Fikir-fikirkan & ayuh bangkit!!

6. Melihat impak besar yang dilakukan pemimpin terhadap rakyat.

Kini, sejarah al-Fateh tinggal kenangan. Turki moden sudah jauh dipengaruhi oleh kuasa Barat apabila seorang pelaknat agama, Mustapha Kamal Ataturk menguasai negara ini. Negara yang dahulunya menjadi rujukan negara-negara Islam seluruh dunia kini tinggal sejarah. Namun alhamdulillah kehadiran seorang pejuang agama, Ali Adnan Ertekin Menderes telah banyak mengubah semula Turki menjadi sebuah negara Islam semula. Sedikit kisah mengenai beliau:

  • Dilahirkan di Aydin pada tahun 1899
  • Meninggal di Imrali pada 17 September 1961 (semasa usia 62 tahun)
  • Seorang negarawan Turki dan pimpinan pertama yang dipilih secara demokratis dalam sejarah Turki. Ia menjawat jawatan Perdana Menteri Turki antara tahun 1950–1960.
  • Pengasas Parti Demokrat pada tahun 1946, parti oposisi rasmi ke-4 di Turki.

Pada suatu hari, beliau menaiki sebuah pesawat. Semasa di angkasa, salah satu mesin pesawat mati. Pilot pesawat mengumumkan keadaan emergency. Menderes bersumpah, jika ALLAH selamatkan dirinya, beliau berjanji untuk mengembalikan kejayaan Islam di Turki. Akhirnya pesawat pun terbakar. Satu-satunya penumpang yang selamat, hanya dirinya. Allahu a’lam.

Jadi, beliau melunaskan nazarnya itu. Beliaulah orang yang pertama kali mengembalikan azan ke dalam bahasa Arab, dimana sejak lama diubah oleh Kamal Attaturk ke dalam bahasa Turki.

Pada tahun 1950 beliau menjadi calon untuk pilihanraya Turki mewakili Parti Demokrat. Amerika pada masa itu mensasarkan bahawa Menderes akan kalah dengan manifesto-manifesto yang dibawanya. Antara kempen Menderes ialah:

– Azan dikembalikan ke dalam bahasa Arab.
– Ibadah haji diizinkan.
– Pembukaan kembali sekolah-sekolah agama (Islam) dan pengajaran agama di sekolah-sekolah umum.
– Membatalkan dasar yang melarang hijab bagi Muslimah.

Dan hasilnya sangat mengejutkan! Parti Attaruk menurun 32 kerusi. Manakala Parti Demokrat meraih 318 kerusi. Adnan Menderes dipilih menjadi PM Turki.

Semenjak dilantik menjadi PM, Menderes memenuhi janji-janji di dalam manifesto. Pelantikannya bertepatan dengan awal Ramadhan dan dalam masa yang sama, Menderes mengisytiharkankan azan dengan bahasa Arab, kebebasan berpakaian untuk muslimah, pengajaran di masjid-masjid, dan dibolehkan memakmurkan masjid.

Pada pilihanraya 1954, parti Attatruk sekali lagi menurun secara drastik hingga tinggal 24 kerusi. Pada masa yang sama, Menderes mengizinkan peraturan yang membolehkan pengajaran Bahasa Arab, pengajaran Al-Qur’an di seluruh sekolah menengah, membangunkan 10,000 masjid dan 22 maahad Islam di Anatolia, dalam rangka akselerasi program para khatib, da’i, dan guru-guru Al-Qur’an. Menderes juga megizinkan penerbitan buku-buku Islam, majalah-majalah, atau lebaran yang menyeru agar kembali berpegang teguh dengan ajaran Islam. Selain itu, Menderes mengaktifkan kembali masjid-masjid yang dijadikan gudang-gudang untuk kembali menjadi tempat ibadah dan membuka 25 madrasah tahfiz Al-Qur’an.

Menderes mulai aktif menjalin hubungan dengan Dunia Arab melawan Israel. Antaranya, melaksanakan aturan ketat untuk setiap kargo yang masuk dari Israel sama ada kargo ubat-ubatan atau barang yang ‘Made in Israel’. Malah Menderes pernah mengusir Duta Israel di Turki tahun 1956.

Arus Islamisasi yang begitu deras, membuat golongan anti Islam di Turki kepanasan. Didalangi oleh para jeneral dari zaman Kamal Attaturk yg banyak menikmati huluran dollar dari Israel, Jeneral Kamal Joe Russel menangkap dan menghukum gantung Menderes.

Sebab-sebab Menderes dihukum gantung telah ditulis oleh seorang wartawan bernama Sami Kohen, “Penyebab hukuman mati Menderes adalah kebijakkan politiknya yang teramat dekat dengan dunia Islam, sebaliknya dingin dan kaku dengan Israel. Selain itu, kunjungan terakhirnya ke beberapa negara Teluk, yang kemudian dilanjutkan beribadah haji menjadi sebab kemarahan militer tentera Turki.”

Dengan izin Allah, Menderes syahid di tali gantung

Seorang Adnan Menderes, hanya dalam 10 tahun perjuangannya, sekolah-sekolah Islam yang dibukanya, lembaga-lembaga tahfiz yang telah digerakkan, masjid-masjid yang dibangunkan, azan dikembalikan ke dalam bahasa Arab ternyata membuahkan hasil semenjak tahun 1996 dengan kemunculan Necmettin Erbakan dan sehingga penghujung tahun 2006. Benih-benih dakwah Menderes muncul seperti Abdullah Gull, Recep Tayip Erdogan, dan generasi terbaik Turki saat ini.

Tak ramai yang mengenal dan pernah dengar tentang Adnan Menderes di dalam dunia Islam. Mungkin sebab Menderes tak pandai mengarang buku-buku, hingga tiada yang menggelarnya ‘Allamah Mujtahid Mutlaq Syaikh.’ Tetapi pengorbanannya menjadi teladan bagi generasi muda Turki, sejajar dengan Imam Syahid Hasan Al-Banna, Sayyid Qutb, Raja Faisal dan lain-lain lagi. [Rujukan: FB Sadiqah Desa]

7. Dapat melihat bagaimana kesan kejatuhan Islam kepada pemuda

Semasa ziarah kami di Turki, kebetulan ada sekumpulan remaja melakukan demostrasi menentang kerajaan kerana kerajaan akan mengehadkan penjualan arak di dalam negara ini. Golongan yang menentang ini merupakan pemuda Islam. Lihat! Betapa rosaknya akhlak & aqidah para pemuda ini sedangkan sudah terang lagi bersuluh pengharaman arak di dalam al-Quran. Ini semua berpunca daripada idea Atatturk yang menghalalkan segala yang haram di Bumi Turki ini. Sampai kini kesannya kita dapat lihat. Belum bercakap isu pakaian remaja mereka. Lebih kurang sahaja seperti para remaja di Malaysia. Bangkitlah wahai pemuda Islam! Kalau bukan SEKARANG, bila lagi & kalau bukan KITA siapa lagi?

8. Dapat menikmati makanan mereka yang sangat berkhasiat & langsung tidak berminyak.

Lihatlah apa yang kami makan di sana. Boleh kurus sebulan kami di sana.

9. Menambah ilmu pengetahuan & pengalaman

Terdapat ayat Quran yang minta kita bermusafir.

قَدْ خَلَتْ مِنْ قَبْلِكُمْ سُنَنٌ فَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَانْظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُكَذِّبِينَ (137) هَذَا بَيَانٌ لِلنَّاسِ وَهُدًى وَمَوْعِظَةٌ لِلْمُتَّقِينَ (138)

Maksudnya: “Sesungguhnya Telah berlalu sebelum kamu sunnah-sunnah Allah [yang dimaksud dengan sunnah Allah di sini ialah hukuman-hukuman Allah yang berupa malapetaka, bencana yang ditimpakan kepada orang-orang yang mendustakan rasul]; Kerana itu berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan (rasul-rasul).

(Al Quran) Ini adalah penerangan bagi seluruh manusia, dan petunjuk serta pelajaran bagi orang-orang yang bertakwa. [Aali ‘Imran: 137-138]

10. Lihat kehebatan ALLAH mencipta makhluknya yg sangat cantik

أَوَلَمْ يَرَوْا كَيْفَ يُبْدِئُ اللَّهُ الْخَلْقَ ثُمَّ يُعِيدُهُ إِنَّ ذَلِكَ عَلَى اللَّهِ يَسِيرٌ (19) قُلْ سِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَانْظُرُوا كَيْفَ بَدَأَ الْخَلْقَ ثُمَّ اللَّهُ يُنْشِئُ النَّشْأَةَ الْآَخِرَةَ إِنَّ اللَّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ (20)

Maksudnya: “Dan apakah mereka tidak memperhatikan bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya, Kemudian mengulanginya (kembali). Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.

Katakanlah: “Berjalanlah di (muka) bumi, Maka perhatikanlah bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya, Kemudian Allah menjadikannya sekali lagi [Allah membangkitkan manusia sesudah mati kelak di akhirat] Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.” [Al-Ankabut 19-20].

Wallahualam. Segala yang baik datang daripada ALLAH & segala yang kurang dari diri yg banyak kelemahan ini. Moga bermanfaat & diredhaiNYA, Ameen.

Catatan Penuh rehlah;

Kembara Ilmu M’cari RedhaNya @ Istanbul, Turki.

Bismillah, dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Moga ALLAH redha. Alhamdulillah atas segala ni’matMu.

Bermula hari ini 26 Mei 2013 sehingga 30 Mei 2013 (4 hari 3 mlm), kembaraku b’sama keluarga ke Bumi al-Fateh, Kota Constantinople.

Sabda Rasulullah s.a.w: ‘Kota Constantinople pasti akan ditawan oleh seorang pemimpin, dialah sebaik-baik pemimpin & tenteranya sebaik-sebaik tentera’.

26/5/2013, (Ahad)

Semua ahli rombongan seramai 40 orang yang kebanyakkannya dari Kelantan dan Selangor mengikuti rombongan ini di bawah kelolaan Syarikat Ash-Har Travel Sdn. Bhd mula berkumpul di KLIA ditemani dengan keluarga masing-masing seawal jam 4 petang (waktu Malaysia).

Rombongan ini diketuai oleh Dr. Abdul Basit Abdul Rahman, seorang yang kaya dengan ilmu Sirah Islam & dibantu oleh abg Saiful yang banyak pengalaman dalam dunia travelling. Check-in jam 7 malam & flight akan bertolak jam 8.30 mlm.

Berada dalam flight selama 6 jam dan alhamdulillah selamat tiba di Abu Dhabi International Airport jam 11.05 malam (waktu Dubai) untuk transit semalaman. Kami bermalam di Hotel Radisson, Dubai. Alhamdulillah hotel bertaraf 5 bintang & sangat mewah, 2 orang sebilik. Namun, sedikit sedih sebab tak berkelapangan berkunjung ke bandar yang penuh dengan cahaya ini. Hanya ni je kenangan kami di Dubai. Cantik pemandangannya dari dalam bilik hotel kami. Subhanallah!

27/5/2013, (Isnin)

Pagi ini jam 9.30 pg (waktu Dubai), 1.30 petang (waktu Malaysia) bertolak ke Istanbul, Turki menaiki Etihad Airlines. Jarak masa perjalanan antara Dubai ke Turki selama 4 jam 10 minit. Setibanya di Istanbul Ataturk Airport, Turki tepat jam 1.40 petang (waktu Turki) di sambut oleh tour guide kami, Mr. Burak. Subhanallah, cuaca nampak panas tapi udaranya sangat nyaman. Rupa-rupanya suhu sekarang 21 degree celcius.

Kami dibawa menaiki bas pelancong untuk lunch. Dalam bas, Burak petah memperkenalkan Istanbul kepada kami.

Istanbul bukanlah ibu negeri Turki tapi Istanbul adalah bandar yang paling membangun & maju berbanding ibu negerinya, Ankara. Turki merupakan negara yang sangat special kerana negara ini merupakan satu-satunya negara yang terdiri daripada 2 benua, Benua Eropah & Benua Asia. Bahagian benua Eropah lebih membangun dengan perniagaan manakala bahagian benua Asia lebih kepada penempatan penduduk Turki. Bosphorus merupakan tempat yang menghubungkan Laut Hitam & Laut Marmara serta yg memisahkan 2 benua ini.

Semasa pemerintahan Rom dahulu kala, ia dikenali sbg Kota Constatinople. Namun apabila ia ditawan oleh al-Fateh, namanya di tukar menjadi Islambul yang bermaksud bandar Islam dan lama-kelamaan namanya bertukar menjadi Istanbul.

Istanbul merupakan salah satu bandar yang paling besar & paling sibuk di benua Eropah. Penduduk yang tinggal di bandar ini sahaja sudah seramai 16 juta penduduk dan seramai lebih kurang 2 juta pelancong yg datang ke bandar ini pada setiap tahun termasuklah kami hari ini 🙂 Bandar yang penuh dengan sejarah & sangat cantik. Penuh dengan bukit bukau & lautan yg indah.

Bas memberhentikan kami di suatu tempat. Kata Burak, kami perlu menaiki bukit untuk ke restoran. Penat juga menaiki bukit tapi disebabkan rasa excited, kami tak kisah. Sekeliling kami penuh dengan bangunan-bangunan lama yang kini dijadikan deretan kedai menjual pelbagai cenderahati & makanan.

Setibanya kami di Restoran Tamara, kami dihidangkan dengan makanan Turki yg berkhasiat. Di Turki, mereka akan menghidangkan kepada kami 3 kali hidangan. Hidangan pertama ala-ala pembuka selera seperti roti @ salad @ sup, hidangan ke-2 makanan berat seperti nasi & ikan @ daging dan hidangan ke-3 pencuci mulut seperti buah-buahan @ aiskrim.

Next journey to the first historical place, Blue Mosque.

Masjid yang paling besar & indah di Istanbul. Juga dikenali sebagai Masjid Sultan Ahmet. Dibina pd tahun 1609-1616. Masjid yang mempunyai 6 menara. Betapa hebatnya masjid ini pada zaman Sultan Ahmet, di dalamnya ada sekolah, hospital, Arasta Bazaar, madrasah, makam & air pancut awam. Namun sayang kerana hospital telah musnah pada abad ke-19. Bayangkan betapa besarnya masjid ini 🙂

Walaupun sudah banyak masjid dibina di Turki namun tetap x dapat menandingi kehebatan & keindahan dekorasi masjid ini. Betapa cantik masjid ini. Terdapat 5 pintu masuk yg dibuka di halaman luar masjid ini. Di setiap pintu tersebut, terdapat rantai yang tergantung. Dikatakan pada zaman dulu, Sultan datang ke masjid ini dengan menunggang kuda & akan mengikat kudanya di sini & masuk ke msjd bersama-sama dengan orang awam. Betapa tawadu’nya seorang khalifah.

Air pancut untuk wuduk berada di trngah-tengah halaman masjid ini. Terdapat 260 tingkap di dalam masjid ini.

Mengapa nama masjid ini Masjid Biru? Disebabkan oleh tile dan dekorasi dalam masjid ini yang kebanyakkannya berwarna biru. Tapi sekarang tile dah tukar warna merah. Guna karpet dah sekarang.

Selepas selesai solat zohor di Masjid Biru, kami meneruskan perjalanan ke tempat bersejarah yang ke-2, Topkapi Palace, tempat bersejarah yang paling terkenal di Turki. Ia berada di hadapan Masjid Biru, belakang Aya Sophia. Hanya perlu berjalan beberapa meter sahaja.

Tempat ini merupakan pusat pemerintahan hampir 400 tahun semasa pemerintahan Khalifah Uthmaniyyah & merupakan salah satu empayar terbesar di dunia. Namun apabila Mustafa Kamal Ataturk menjatuhkan pemerintahan khilafah, tempat ini dijadikan muzium. Hampir 2.5 juta pelancong datang ke sini setiap tahun.

Selepas penaklukan Kota Constantinople oleh Sultan Mehmet al-Fateh pada tahun 1453, tempat ini mula dibina sebagai pusat pemerintahan. Tempat ini diberi nama Topkapi disebabkan oleh meriam-meriam besar yang berada di luar pintu utama istana ini. Istana ini dikelilingi dinding seluas 5 kilometer. Luas kan? Terdapat 28 menara di dalam istana ini. Pada zaman pemerintahan dahulu kala, 5,000 orang akan mengunjungi istana ini dari seluruh negara.

Namun, kebanyakkan bangunan istana ini telah musnah dalam kebakaran besar & gempa bumi pada abad 16 & 17.

3 pintu utama perlu dimasuki sebelum sampai ke dalam istana. Pintu Utama 1 juga dikenali sebagai Bab Humayun Door. Apabila kita memasuki pintu ini, kita dapat melihat kecantikan & keluasan halaman istana yang sangat indah. Rumput yang menghijau & bunga-bunga yang cantik menghiasi laman istana.

Kemudian, kita akan masuk ke pintu utama yang ke-2, BabusSalam. Pintu ini telah dibina oleh Sultan Mehmet II (al-Fateh). Pintu ini juga dikenali sebagai Central Door. Bermulalah pengembaraan kita di dalam muzium istana ini.

Menara pertama di sebelah kiri pintu utama merupakan penjara bagi hamba high-level yang melakukan jenayah semasa zaman Uthmaniyyah. Dikatakan pemancung akan membasuh pedangnya selepas hukuman pancung dijalankan di air pancut depan pintu masuk. Selepas kita memasuki pintu BabusSalam, kita akan melihat taman seluas 130 meter.

Apabila Sultan berada di dalam istana, adalah dilarang utk bercakap di dalam halaman kedua istana ini walaupun halaman ini dibuka kepada org luar yang mengunjungi dapur istana.

Di sebelah kanan halaman istana, terdapat Palace Kitchen. Hampir 1,200 orang yang bekerja di dapur ini. Pada setiap hari, dapur ini akan menyediakan 20,000 hidangan untuk kerabat diraja.

Pintu yang ketiga dikenali sebagai BabusSaded @ Akaghalar Door. Pintu ketiga terbesar di dalam istana ini. Maka, kita memasuki halaman ketiga istana. Di sebelah kiri terdapat reception hall di mana keputusan Mesyuarat oleh Sultan & duta-duta dari seluruh negara Islam. Di sebelah kanan halaman pula terdapat sekolah istana. Namun sekarang digunakan sebagai pejabat pengurusan muzium.

Di dalam istana ini juga terdapat Imperial Treasury yang menempatkan pelbagai khazanah seluruh dunia Islam. Terdapat 4 bilik di tempat ini. Bilik pertama menempatkan takhta milik Sultan Murat IV, lilin & paip air emas, gold dinner sets, senjata dihiasi permata, tongkat dihiasi permata berharga pemberian German Emperor Wilhelm II & jubah Sultan Mehmed al-Fateh.

Bilik kedua menempatkan takhta Sultan Ahmet I abad ke-17 & the famous Topkapi Dagger (Pisau Topkapi) yang telah dihantar kepada Sultan Parsi, Sultan Nadir oleh Sultan Mahmud I. Namun apabila dalam perjalanan mereka mendapat berita Sultan mangkat, jadi hadiah ini dipulangkan ke istana ini semula.

Bilik ketiga pula menempatkan Sudu yang diperbuat daripada emas @ dikenali sebagai Spoon Makers Diamond, lilin emas untuk makam Rasulullah & takhta emas pemerintah Mesir, Ibrahim Pasha yang dihantar ke Sultan Murat III pada abad ke-16.

Bilik keempat menempatkan takhta emas dihiasi 25,000 mutiara yang dihantar ke Sultan Mahmud I oleh Nadir Shah & beberapa khazanah daripada seluruh dunia.

Selain daripada itu, terdapat Holy Relics yang bermaksud Peninggalan Suci di dalam istana ini. Selepas Sultan Salim menguasai Mesir, beliau mendapat gelaran khalifah yang bermaksud ketua untuk semua negara Islam di dunia dan membawa semua peninggalan suci Rasulullah ke Istanbul. Jadi, kami dapat melihat pedang baginda s.a.w & para sahabat seperti pedang Khulafah Ar-Rasyidin, Zubair al-Awwam, Khalid al-Walid & beberapa orang lagi sahabat, tapak kaki Rasulullah s.a.w, janggut baginda s.a.w, jubah anak baginda, Saidatina Fatimah & cucu baginda s.a.w, Saidina Husin. Selain itu ada juga tongkat Nabi Musa a.s & serban Nabi Ibrahim a.s. Subhanallah, sangat-sangat teruja. Satu lagi ada seorang hafiz sedang mengalunkan bacaan al-Quran. Subhanallah, bacaannya sangat merdu. Pada mula kami ingatkan sekadar rekod namun rupanya real.

Selain itu, di dalam istana ini ada satu library yang menempatkan 4000 manuskrip. Sedihnya kami tidak berpeluang memasuki library sebab tengah construction.

Jam menunjukkan pukul 6.15 petang. Istana ini akan di tutup jam 6.30 petang, jadi kami antara pengunjung paling akhir. Waktu dah petang tapi hari masih cerah. Rupa-rupanya maghrib di sini jam 8.30 malam & Isya’ jam 10 malam tapi subuhnya awal jam 3.00 pagi. Lepas ni kami akan pergi dinner & balik ke Hotel Abel untuk berehat selepas sehari suntuk berjalan.

28/5/2013, (Selasa)

Pagi ini selepas breakfast cereal & buah-buahan tadi, ada majlis taaruf. Kami la ahli famili paling ramai. 7 orang. Gembira dapat kenal dengan semua walaupun masih x ingat lagi nama semua. Tak ada yang sama umur dengan saya. Xpe yang penting jauh perjalanan, luas pandangan.

Hari ni kami menaiki feri menyeberangi Selat Bosphorus yang menghubungkan Laut Hitam & Laut Marmara tapi memisahkan 2 benua. Hebat kan? Betapa cantik ciptaan ALLAH. Sebab itu ALLAH minta kita bermusafir supaya dapat melihat kebesaran ALLAH & meningkatkan lagi keimanan kita. Istanbul ni memang betul-betuk sibuk tak kira di laut dengan kapal-kapalnya, di udara dengan helikopter & kapal terbang juga di daratan yang tak habis-habis dengan jammed.

Next, kami ke Spice Market. Jom kita beli Turkish Delight. Best ke? Kita cuba dulu. Tak sangka rakyat di Turki ni sangat kenal Malaysia, Kuala Lumpur. Wah! Bagus2. Boleh cakap Melayu sikit-sikit. Spice Market ni sebenarnya dulu masa zaman Byzantine, merupakan pusat dagangan. Banyak rempah-ratus dari Mesir dijual di sini. Juga dikenali sebagai Egyptian Bazaar. Mula dibuka pada tahun 1660. Hampir 80 kedai ada di sini. Berbentuk L dan ada 6 pintu masuk. Antara yg menarik di sini, ada pelbagai jenis teh. Teh diabetes, darah tinggi, sakit perut, teh cinta pun ada. 1001 teh la ada kat sini. Subhanallah, hebat kan? 🙂 Cheese kat sini pn besar-besar.

Next kami lunch di Restoran Neptune Balik. Balik dalam bahasa Turki bermaksud ikan.

Kemudian kami zohor di Masjid Little Aya Sophia. Bentuk masjid kat sini lebih kurang je. Tak banyak beza.

Tiba masa ke tempat yang dinanti-nantikan, Hagia Sophia @ Ayasofya. Satu bangunan yang menjadi perebutan antara 2 agama iaitu Islam & Kristian. Sejarahnya yang sangat menarik. Ayasofya yang bermaksud Holy Wisdom yang merupakan gereja & tempat yang paling suci pada zaman Byzantine. Ayasofya telah dijadikan gereja selama 916 tahun sejak pembinaannya pada tahun 537 sehinggalah Istanbul ditawan. Pada tahun 1934, orang Islam diketuai al-Fateh berjaya menjadikan Ayasofya sebagai masjid selama 481 tahun. Namun sejak pemerintahan at-Attaturk, pada Februari 1935 dia mengumumkan Ayasofya sebagai muzium. Moga suatu hari nanti, Ayasofya dapat dijadikan sebagai masjid semula, ameen.

Kali pertama dibina namun telah musnah dalam kebakaran akibat huru-hara yg berlaku. Kemudian dibina semula namun perkara sama berlaku apabila bangunan asal musnah dalam huru-hara Nike Riot berlaku. Dibina sekali lagi & gereja tersebut kekal sehingga zaman al-Fateh. Beliau berjaya menukar gereja ini menjadi masjid pada hari selasa & hari jumaat yg pertama (3/6/1453) terus Solat Jumaat pertama di lakukan secara rasmi di masjid ini. Betapa hebat & beraninya beliau, subhanallah. Masih adakah pemimpin & pemuda sebegini? Mantap Ibadah, Mantap Iman, Mantap Kepimpinan. Berjaya menawan Kota Constantinople pada usia 19 tahun. Sangat layak digelar sebagai sebaik-sebaik pemimpin.

Apabila Ayasofya berjaya dijadikan masjid, semua berhala dikeluarkan namun al-Fateh meninggalkan satu lukisan yang paling besar dan paling utama.

Bayangkan masjid yang ada nama ALLAH & Rasulullah & masa yang sama juga ada lukisan al-Masih. Antara yang menarik juga dlm Ayasofya, ada suatu tempat di mana tempat Sultan beribadat. Nak buktikan betapa kuatnya hubungan pemerintah seperti Sultan Mehmed al-Fatih dengan ALLAH. Sebab itu beliau tak rasa hebat sebab beliau sedar ada yang lagi hebat yang menguasainya. Subhanallah.

Untuk masuk ke tempat bersejarah macam ni kena ada tiket. Selepas keluar daripa Ayasofya, sempat kami singgah di kedai aiskrim main-main kat depan Ayasofya. Main-main betul orang yang jual aiskrim tu masa nak letak aiskrim dalam kon. Adoiii!!

Next, kami ke Grand Bazaar di mana tempat membeli-belah yang terbesar di Istanbul. Kira-kira 4000 gerai ada di sini yang menjual pelbagai hiasan, cenderahati, Turkish Delight, pakaian, pashmina, makanan & banyak lagi.

Lepas ni kami akan ke Restoran Golden Horn untuk dinner. Golden Horn merupakan kawasan di mana tentera al-Fateh mengangkut kapal-kapal mereka menaiki bukit dalam satu malam. Suatu kerja di luar akal logik kita. Kekuatan dalaman (iman) mereka mempengaruhi kekuatan luaran mereka. Tiada yang mustahil dengan izin ALLAH.

29/6/2013, (Rabu)

Pengisian dari Ust. Dr. Abdul Basit:

Selepas zaman Khulafah ar-Rasyidin, pemerintahan Islam diteruskan oleh pemerintahan zaman Umayyah berpusat di Damsyik, Syria. Kemudian bertukar ke pemerintahan zaman Abbasiyyah berpusat di Baghdad, Iraq & kemudian bertukar kepada zaman Turki Uthmaniyyah berpusat di Turki, Topkapi Palace (tempat yg kami ziarah smlm). Sebagaimana yang kita tahu, sistem khilafah telah dijatuhkan oleh seorang pelaknat agama iaitu Mustapha Kamal At-Attaturk pada tahun 1924 yang merasakan dirinya hebat namun kuasa ALLAH jauh lebih hebat & Maha Hebat. Sehingga kini mayatnya tidak diterima bumi.

Kisah al-Fateh

Sebenarnya sudah terlalu ramai pemimpin @ khalifah yang cuba untuk mengejar gelaran sebaik-baik pemimpin seperti yang disebut oleh Rasulullah. Termasuklah Sultan Murad II iaitu ayah kepada Sultan Mehmet II atau lebih dikenali sebagai al-Fateh. Al-Fateh merupakan seorang kanak-kanak yang nakal seperti kanak-kanak lain. Ayahnya berharap agar anaknya ini dapat membuka Kota Constantinople. Jadi, sejak kecil lagi ayahnya menanam semangat tersebut ke dalam diri anaknya ini.

Sultan Murad II melantik seorang guru untuk mendidik anaknya ini. Pada suatu hari, gurunya merotan al-Fateh tanpa sebab. Beliau tidak puas hati & berasa marah. Al-Fateh berdendam dengan gurunya ini & cuba utk membuktikan bahawa dia seorang yg tidak patut dirotan tanpa sebab. Beliau mula membulat tekad untuk merealisasikan hasrat ayahnya iaitu untuk menawan Kota Constantinople daripada Rom, satu kuasa besar semasa zaman itu. Mengapa Islam terlalu inginkan Kota Constantinople ini? Seperti yang kita tahu bahawa Kota Constantinople ini merupakan penghubung antara 2 benua. Andai berjaya menakluk kota ini, maka kita mampu untuk menguasai 2/3 dunia & menjadi sebuah kuasa besar.

Kota Constantinople telah membina pertahanan yang kuat iaitu parit sedalam 10 meter & 2 tembok besar yang menghalang drpd mana-mana kapal menembusi pertahanan tersebut. Al-Fateh mengarahkan semua tenteranya bersama-sama berpuasa untuk memohon pertolongan ALLAH memecahkan tembok tersebut namun gagal. Dalam tempoh sebulan kota ini dikepung namun masih tidak dapat menempuh halangan pertahanan yang dibina oleh pihak Rom. Betapa kuatnya pertahanan mereka. Setiap malam, wajib semua tentera al-Fateh bermunajat & bertahajjud kepada ALLAH mohon pertolongan. Bukan mudah untuk menang.

Suatu hari, Al-Fateh bertemu dengan engineer yang hebat & dapat membina sebuah meriam untuk pecahkan tembok pihak Rom.

Disebabkan al-Fateh seorang yang sangat bijak & berstrategi, beliau mengeluarkan satu idea yang luar biasa. Walaupun idea beliau agak keterlaluan & sukar untuk di terima akal, namun itulah idea yang terbaik. Beliau mengarahkan semua tenteranya mengangkut kapal-kapal mereka menaiki bukit untuk menyerang dari arah belakang kota. Di sana, pihak Rom tidak meletakkan pertahanan yang kuat kerana bagi mereka mustahil tentera Islam akan menyerang mereka dari sana. Namun, kuasa ALLAH mengatasi segalanya. Mereka berjaya menawan Kota Constantinople sehingga tewas Tentera Rom. Dalam peperangan ini, seramai 200000 tentera Islam syahid & disalib oleh Tentera Rom. Mereka menyalib tentera Islam untuk melemahkan semangat & menakut-nakutkan tentera Islam namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Tentera Islam menjadi lebih bersemangat untuk menuntut bela ke atas sahabat-sahabat mereka yang telah syahid. Tentera Islam tidak takut dengan kematian berbeza dgn tentera kuffar.

Selepas kemenangan, ramai paderi yang lari bersembunyi ke dalam gereja. Mereka takut & bimbang mereka akan dikerjakan oleh tentera Islam seperti yang dilakukan oleh mereka kepada tentera Islam sebelum ini. Namun, hati pemimpin terbaik ini bukanlah yang jenis membalas dendam. Jadi, Sultan Mehmet II (Al-Fateh) mengumumkan perdamaian dengan Kristian. Maka ramailah paderi yang keluar & mengisytiharkan keislaman mereka. Alhamdulillah. Betapa berhikmahnya al-Fateh, subhanallah 🙂

Al-Fateh bertemu semula dengan gurunya & bertanya mengapa dia pernah dirotan tanpa sebab. Lalu gurunya menjelaskan alasan yang sebenar. Gurunya ingin beliau merasa penderitaan orang yang dizalimi. Betapa sakit & pedihnya seorang yang dizalimi. Disebabkan rotan itulah al-Fateh bersemangat untuk menegakkan pendirian yang dia tidak bersalah & tiada alasan yang membolehkan gurunya merotannya. Baru al-Fateh faham mengapa gurunya melakukan tindakan tersebut ke atasnya. Jadilah dia seorang pemimpin yang tidak pernah zalim pada rakyatnya & sentiasa menegakkan yang hak & adil.

Panjang lebar pengisian ustaz pagi ni sementara menunggu bas kami tiba di Hotel untuk menjemput kami. Alhamdulillah dapat merasai kehebatan seorang pemimpin, sebaik-baik pemimpin seperti yang disebut dalam hadith Rasulullah s.a.w.

Kebetulan pagi ni kami akan berziarah ke Masjid al-Fateh, iaitu masjid pertama yang dibina oleh beliau selepas kemenangan penaklukan Kota Constantinople. Tapak masjid ini adalah bekas tapak gereja St. Apostoli. Masjid ini merupakan masjid kedua terbesar di Istanbul selepas Masjid Sulaiman. Masjid ini pernah musnah dalam gempa bumi besar yang berlaku pada tahun 1766 & dibina semula sehingga tahun 1771. Di dalam halaman masjid ini terdapat air pancut sebagai minuman.

Di sebelah masjid ini terdapat University al-Fateh iaitu universiti pertama yang dibina selepas penaklukan Kota Constantinople. Di dalamnya terdapat banyak madrasah, pepustakaan, sekolah rendah, penubuhan kebajikan, rumah memasak & hospital. Namun, kami tidak dapat masuk ke dalam kerana sedang dibaik pulih. Jadi, tengok dari luar je.

Next, kami gerak ke belakang masjid. Rupa-rupanya maqam al-Fateh di sini. Kebetulan hari ni merupakan ulang tahun pembebasan Kota Constantinople daripada Kerajaan Rom yang ke 560 tahun. Ramai betul orang di sini. Subhanallah. Berasak-asak berebut nak masuk dalam bangunan yang kecil ini sebab maqam ni diletakkan dalam bangunan. Disebabkan terlalu ramai & terlalu sesak di dalam bangunan, semasa saya baru nak masuk, tetiba polis yang jadi penjaga bangunan ni tak bagi dah kami masuk. Jadi, kami tak dapat masuk: Sedihnya. Dah la datang dari jauh. Tengok dari luar juga maqam al-Fateh.

Selepas itu kami menaiki bas menuju ke Masjid Abu Ayyub al-Ansari, salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w.

Siapakah gerangan Abu Ayyub ni? Haaa, ingat tak semasa hijrah Nabi s.a.w ke Madinah, rumah beliau la yg Rasulullah tinggal semasa mula-mula Rasulullah sampai di Madinah. Ketika ramai orang Islam berebut mengajak Rasulullah menginap di rumah mereka semasa p’hijrahan Nabi s.a.w, Abu Ayyub mengheret unta Rasulullah sehingga di depan rumahnya. Lalu Rasulullah bersabda, org yg bermusafir mengikut barangannya. Maksudnya di mana unta & barang Rasulullah berhenti, di situlah Rasulullah akan menginap. Jadi, rumah beliaulah pilihan Nabi s.a.w.

Abu Ayyub al-Ansari @ nama sebenarnya Zaid bin Khalid. Seorang yang bercita-cita tinggi untuk menawan Kota Constantinople. Sanggup berhijrah dari Madinah ke Constantinople & akhirnya tiba di sini pada usia 80 tahun. Betapa bersemangatnya pejuang Islam ini. Wasiatnya sebelum meninggal dunia, jenazahnya dikebumikan sehampir mungkin dengan Kota Constantinople.

Semasa peperangan berlaku antara tentera Islam & tentera Rom merebut kota ini, 2 hari sebelum pelancaran serangan terhadap tentera Rom, semua tentera Islam diwajibkan berpuasa. Kekuatan rohani sangat kuat dalam diri mereka. Subhanallah. Dalam tempoh ini juga, para khatib di semua masjid dikehendaki menyuntik semangat para mujahideen dari kisah Abu Ayyub al-Ansari yg mempunyai semangat yang kental bermusafir dari jauh semata-mata untuk membebaskan kota ini & ingin menjadi pemimpin & tentera yang terbaik.

Kami zohor di sini namun sebelum itu kami sempat singgah menziarahi maqam beliau di hadapan masjid. Kemudian kami terus bertolak ke tempat seterusnya iaitu Muzium Tentera. Muzium ini telah dibina sejak tahun 1959. Di dalamnya terdapat pelbagai jenis senjata, helmet, uniform & peralatan yg digunakan tentera Turki sejak abad ke-12 sehingga perang Korea. Terdapat juga banyak lukisan yg menggambarkan & menceritakan keadaan peperangan yang berlaku suatu ketika dahulu di Turki & pelbagai jenis bendera, medal & senjata yang dirampas daripada pihak musuh mereka.

Sebenarnya niat kami pergi ke Muzium ini untuk melihat sejarah sebenar Kota Constantinople tapi muzium ini lebih menceritakan mengenai pemerintah mereka iaitu Mustapha Kamal Attaturk. Sehinggakan disediakan satu bilik yg menceritakan sejarah hidupnya sedangkan utk al-Fateh sekadar ruangan biasa. Kami melihat kesan-kesan sejarah Turki daripada muzium ini.

Tempat lawatan kami yang terakhir di Istanbul ini ialah Taksim Square. Tempat ni terletak di penghujung Istiklal Street iaitu salah satu pusat membeli-belah yang paling sibuk di Istanbul. Dinamakan Taksim sempena nama sebuah bangunan yang menyalurkan air ke beberapa daerah suatu masa dahulu.

Di tengah-tengah Taksim Square, anda akan melihat Monumen Republik setinggi 12 meter yang telah di bina pada 1928 oleh seorang arkitek Itali. Monumen ini sebagai simbol Independence War & asas Republik ini. Terdapat sebuah bangunan yang besar di sekitar tempat ini yg telah dibina pada 1950 iaitu Pusat Kebudayaan Atatturk. Bangunan ini telah dibina semula selepas kebakaran yg berlaku pada tahun 1970. Terdapat konsert, dewan pameran & panggung wayang di dalam bangunan ini. Selain itu, terdapat juga sebuah hotel bertaraf 5 bintang iaitu The Marmara Hotel di sekitar tempat ini. Ada sebuah taman yang cantik di sebelah square ini yg dinamakan Taksim Trip. Di bahagian sebelah kiri Istiklal Street terdapat St. Trias Church yang telah dibina sejak tahhun 1880 dan masih kekal sehingga sekarang. Jika anda melalui Istiklal Street anda akan melihat jalan utk Taksin Tunnel yang menjadi pengangkutan utk rakyat di sini bergerak ke tempat lain. Sangat menarik & seperti biasa rakyat Malaysia sangat terkenal. Ada seorang rakyat Amerika yg belajar di Malaysia menegur kami di tengah-tengah kesibukkan Istiklal Street. Tinggi orangnya. Ni gambarnya:

Jam sudah menunjukkan jam 6.00 petang dan perut kami pun semakin lapar. Kami telah dibawa ke sebuah restoran kebab untuk merasai kelazatan kebab di Turki.

Malam ini merupakan malam terakhir kami di sini. Sedih tapi kami mesti akur kerana jauh lagi perjalanan & destinasi kami. Rancang nak berjalan-jalan di tepi Laut Marmara di depan hotel kami untuk menikmati pemandangan malam di Turki tapi disebabkan terlalu penat, plan tak jadi.

Esok pagi kami perlu bersiap awal & bergerak ke Attaturk Airport jam 8.00 pagi. Selamat tinggal Turki, Bumi al-Fateh yg kaya dengan sejarahnya yg tersendiri. In syaa ALLAH, ada jodoh kami datang bertandang lagi.

Wallahualam. Moga ALLAH berkati musafir kami ini.

 

HambaNYA yg byk kelemahan,

Islah Ismail

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *