TERBARU
Home / Artikel - Makalah / Catatan Rehlah Abu Anas ke Qatar 2-5 Jun 2011.

Catatan Rehlah Abu Anas ke Qatar 2-5 Jun 2011.

Catatan Rehlah AAM ke Qatar 2-5 Jun 2011.

الحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله، وعلى آله وصحبه ومن والاه، وبعد،

Dengan izin Allah swt ana telah ber-rehlah ke Negara Qatar, atas jemputan ikhwah warga Malaysia yang bertugas di sana. Yang menjadi penghubung dalam rehlah ini ialah Sdr Megat Ahmad Rithauddeen, berasal dari Perak, isterinya orang Terengganu, telah menetap di Qatar lebih lima tahun dan bertugas di Ras Gas. Rehlah ini juga diuruskan oleh Sekretariat Haji Malaysia Qatar, yang di ketuai oleh Akh Wan Harris dan kawan-kawan.

Pengenalan Ringkas Negara Qatar.

Daripada Wikipedia: Negara Qatar – دولة قطر

Lokasi Qatar: Ibu Negara “Doha” – دوحة

Kerajaan: Monarki. [Sistem Beraja dengan gelaran Amir].

– Amir: Sheikh Hamad bin Khalifa Al-Thani.

– Perdana Menteri: Sheikh Hamad Bin Jassim Bin Jaber Al-Thani.

Kemerdekaan 1: daripada United Kingdom, 3 September 1971

–  Air (%) sedikit sahaja.

Penduduk: Pada 30hb April 2010, The Qatar Statistics Authority menganggarkan jumlah kesemua penduduk  Qatar seramai 1,670, 389 orang, dengan 1,270,968 lelaki dan 399,421 perempuan. [http://www.qix.gov.qa/portal/page/portal/qix/subject_area?subject_area=177]

Mata wang: Riyal Qatar (QAR)

Diperintah oleh Keluarga Al Thani sejak pertengahan 1800-an.

Negeri Qatar (Arab: قطر ) merupakan sebuah Amiriyah di timur laut Semenanjung Arab. Ibu negaranya, Doha telah menjadi tuan rumah untuk Sukan Asia 2006. [akan menjadi tuan rumah World Cup 2022] [Lihat: http://ms.wikipedia.org/wiki/Qatar]

Sejarah Qatar:

Qatar telah diduduki selama beberapa alaf.

Sejarah moden:

Setelah dominasi United Kingdom dan Empayar Uthmaniyyah di Qatar, akhirnya Qatar menjadi sebuah negara yang merdeka pada 3 September 1971.

Dahulu, UK menguasai Qatar sebagai tempat transit kapal dagang sebelum menuju India. Qatar kemudian memperoleh status sebagai wilayang tanggungan dari Inggeris, kemudian status protektorat Inggeris yang dihentikan pada tahun 1916.

Setelah Perang Dunia Kedua, Qatar berusaha memperoleh kemerdekaannya, terutama setelah India mencapai kemerdekaannya pada tahun 1950-an. Qatar semakin bersemangat setelah Inggeris memberikan kemerdekaan kepada Kuwait pada tahun 1961. Pemerintah Inggeris menyatakan akan menghentikan penguasaan politik tetapi tetap meneruskan penguasaan ekonomi di Qatar. Hal ini tidak dibiarkan oleh Qatar dengan membentuk Persekutuan Arab Teluk bersama dengan Bahrain.

[http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Qatar]

Negeri di Qatar:

Qatar dibahagi kepada 10 negeri (Baladiyah):

  1. Ad Dawhah (Doha) الدوحة
  2. Al Ghuwariyah الغويرية
  3. Al Jumaliyah الجميلية
  4. Al Khawr (Khor) الخور
  5. Al Wakrah الوكرة
  6. Ar Rayyan الريان
  7. Jariyan al Batinah جريان الباطنة
  8. Ash Shamal الشمال
  9. Umm Salal أم صلال
  10. Mesaieed مسيعيد.

Merebut ‘mutiara’ di Qatar:

PM Najib telah membuat lawatan selama dua hari [14-15 Mei 2011], dan beliau menggesa syarikat-syarikat Malaysia merebut peluang yang terbuka luas di negara berkenaan.

Ini kerana Qatar yang sedang rancak membuat persiapan bagi menjadi tuan rumah bola sepak Piala Dunia 2022, sedang melaksanakan projek pembangunan infrastruktur yang keseluruhannya bernilai RM434 bilion.

Kehadiran Perdana Menteri ke Qatar dilihat membuka peluang kepada syarikat-syarikat Malaysia untuk terlibat sama dalam projek berkenaan.

Sebab itulah Najib dalam pertemuan dengan Perdana Menteri Qatar, Sheikh Hamad Bin Jassim Bin Jabr Al-Thani, meyakinkan kerajaan Qatar mengenai keupayaan syarikat Malaysia untuk terlibat sama dalam projek pembangunan berkenaan.

Beberapa syarikat Malaysia beroperasi di sini dalam bidang pembinaan, kejuruteraan, perkhidmatan dan perdagangan selain berkhidmat dengan syarikat Qatar Petroluem.

Hakikatnya berdasarkan kepada prestasi rakyat Malaysia yang kini berjumlah lebih 3,000 orang di Qatar, Malaysia sememangnya mempunyai peluang cerah untuk dipertimbangkan.

Ia berdasarkan kepada sikap masyarakat Qatar yang cukup mengagumi keupayaan rakyat Malaysia dalam pelbagai bidang yang mereka ceburi di Negara Teluk tersebut.

Syarikat-syarikat Malaysia yang kini sudah terlibat dalam pelbagai projek pembangunan bernilai RM21.7 bilion di Qatar.

[http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0518&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_03.htm] ARKIB : 18/05/2011.

Catatan Rehlah Qatar.

Setelah menerima jemputan ke Qatar, perhubungan melalui email antara AAM dengan Akh Megat, maka ditetapkan tarikh 2-5 Jun 2011.

Khamis 2 Jun: Jam 4.30 dinihari berangkat ke Airport Sultan Ismail Petra, KB. 6.45am bertolak dengan MH1427 ke KLIA. Sampai KLIA, futur di Food Garden tingkat 3, berkebetulan jumpa dengan rombngan Kerajaan Kelantan yang baru pulang dari luar Negara; ketuanya Dato’ Husam, Dr Fadzli, dll.

Jam 10:20am berlepas dengan Qatar Airways (القطرية) QR621 ke Doha.

Alhamdulillah selamat sampai di Doha pada jam 1.10 tgh hari (6.10pm Msia- Beza 5 Jam macam Arab Saudi juga), perjalanan selama 7 jam 30 minit. Airportnya agak tenang, tak ramai yang  sampai serentak dengan pesawat kami. Keluar dari pesawat  kena turun tangga, airport satu tingkat. Airport yang canggih sedang dalam pembinaan. Penumpang yang nak ke Qatar sahaja tidak ramai, ana dan satu keluarga dari Pahang yang bekerja di sini aje masuk AP, yg lain dibawa ke Terminal transit, termasuk rombongan Umrah dari Malaysia yang transit ke Jeddah, ramai juga bilangannya.

Urusan Imigration dan kastam cepat sekali, ana ada mebawa sekotak buku Makkah dll yang diminta oleh ikhwah, ianya tidak dibuka, Alhamdulillah.

Keluar  dari bilik pemeriksaan disambut oleh Sdr Megat Ahmad Rithauddeen dan dibawa terus dengan GMC ke rumahnya di Al-Khor – kira-kira 50km juga jauhnya dari AP. Sepanjang perjalanan –jalanraya biasa- hanya kelihatan padang jarak yang berwarna putih tanahnya, bukan pasir, kosong dan tidak ada pokok juga bangunan… udara pula berjerubu dengan debu-debu berterbangan.

Bandar Al-Khor, salah satu daripada 10 bandar di Qatar, terdapat ramai keluarga rakyat Malaysia yang bertugas dgn Ras Gas, kepunyaan Kerajaan Qatar. Gas merupakan hasil terbesar Negara ini.

[Daripada Wikipedia: RasGas Company Limited is a liquefied natural gas (LNG) producing company in Qatar. It is the second-biggest LNG producer in the world after Qatargas. RasGas operates seven LNG trains located in Ras Laffan Industrial City. Lihat: http://www.rasgas.com/].

Di Al-Khor Community [مجمع الخور], terdapat 100 buah keluarga Malaysia di sini, lengkap dgn segala kemudahan; Masjid, sekolah dll.

Catatan: Setiap compound atau penempatan di sini ada masjid, dan ini memberi peluang kepada warga penduduk untuk solat berjamaah. Alhamdulillah suatu zohirah (fenomena) yang mengembirakan apabila ramai orang bersolat jemaah, setakat beberapa  buah masjid yang sempat ana pergi, memang ramai jemaah hatta solat subuh pada jam 3.40 pagi. Musim panas (saifi) udara panas 45 darjah celsius, dengan siang yang panjang dan malam yang pendek, maghrib 6.20pm dan subuh 3.15am. Fenomena ini turut sama disertai oleh sebahagian Muslim Melayu yang tinggal dinegara ini, mereka tinggal berdekatan dengan masjid. Memang tidak patut bagi seorang yang telah mengaku beriman kepada Allah swt bila diajak untuk sama-sama menyahut seruan Allah swt buat ‘lembu kenyang je”.

Setelah sampai di Al-Khor, berehat dan ghada’ di rumah akh Megat, selepas solat maghrib Kuliah pertama disampaikan dengan tajuk: “Fitnah Akhir Zaman, Bagaimana Menghadapinya?”, dikuti dengan sesi soal jawab dan jamuan makan malam disediakan oleh tuan rumah dan para tetamu yang berpakat bawa makanan, begitulah adat masyarakat di sini, bila ada kelas pengajian dan lain-lain perhimpunan.

Rumah ini pula luas sekali, 5 bilik dengan bilik tamu yang sama besar dengan surau kecil dikampung, disediakan oleh company Ras Gas. Kereta pula murah, bayangkan kereta Mitsubishi Grandis yang  baru berharga QAR70 ribu, di Msia RM180k. Ikhwah di sini kebanyakkannya menikmati kereta mewah atau kenderaan 4WD, ikut stail Badwi juga.

Mengikut  akh Yusmizar [berasal dari Perlis, 6 tahun di Qatar] yang bawa ana ke Doha pada hari Jumaat 3 Jun, pada musim sejuk mereka memajak/menyewa tanah daripada kerajaan dengan cagaran sebanyak QAR10,000, di tengah sahra’ (padang pasir, 40km). Di tanah lapang yang tak berbukit mereka memasang khemah tetap selama enam bulan. Setelah khemah dibuka dan kawasan itu dibersihkan, duit cagaran itu boleh ambil semula. Apabila hari cuti [Jumaat-Sabtu] mereka akan ke sana, dalam kawasan perkhemahan itu siap dengan masjid dan beberapa kemudahan….

Di Al-Khor juga ana bertemu dengan seorang akh yang bernama dan bin sama dengan ana, hatta tarikh lahir pun hampir sama, kami sama-sama mengakui jarang ada orang yang nama dan bin sama seperti kami, alhamdulillah pecah rekod mlm ni di Qatar..

Jumaat 3 Jun:

Jam 8.30am bersama Akh Yusmizar ke Doha, jaraknya 50Km. Undang-undang jalanraya di Qatar ini agak ketat, sesiapa yang melebihi had laju yang ditetapkan, akan dirakam dengan kamera serta disaman ekor sebanyak QAR500.00. Manakala jika melanggar lampu isyarat pula, di jalan besar/utama dendanya ialah QAR10,000 dan jalan biasa QAR6,000. [QAR1 bersamaan RM0.83].

Sesampainya disana jemaah telah berkumpul di Dewan (Party Hall) Al-Bayyan Gardens, di sini setiap compound perumahan ada kemudahan masjid, dewan, kolam, club dan lain-lain kemudahan. Kebanyakan rumah pula mempunyai majlis (tempat duduk khas) yang berupa bangunan kecil yang lengkap dibina berasingan daripada rumah induk, khas untuk tetamu, bagi mereka yang menjaga batasan pergaulan dan aurat, pengasingan berlainan jantina amat dijaga. Jika di Malaysia yang tidak mementingkan sangat tentang hukum ini, rumah-rumah mereka juga mempunyai binaan, tetapi “porch”, khas untuk kereta yang tidak kurang mahal kosnya!!!

Kemudian Ceramah Khas kepada Bakal Haji-Hajjah 1432H dan sesiapa yang berminat untuk belajar  tentang; Kelebihan & Hikmah dan Hukum mengerjakan Haji.. sampai jam 10.30am.

Kebiasaannya jemaah haji dari Qatar akan pergi dengan bas, perjalanan dari Doha ke Makkah mengambil masa lebih kurang 14jam. Visanya Alhamdulillah mudah didapati.

Program ini dianjurkan oleh Sekretariat komuniti Malaysia dan Haji Qatar; Orang kuat kumpulan ini ialah; Tuan Hj Mansor, Tuan Hj Wan Harris Amir (Doha), Tuan Hj Ahmad Hasnan, Tuan Haji Abdullah Wahab, Tuan Hj Khairil (Dukhan) dan lain-lain.  http://hajidariqatar.wordpress.com/

Setelah berehat dan minum, kami bersiap ke Masjid Sayyidina Omar bin Al-Khattab ra, mudahan-mudahan dapat bertemu dengan Sheikh Dr Yusof al-Qaradhawi, tapi kami dimaklumkan Sheikh sakit –Syafahullah-, orang lain yang jadi Khatib & Imam Masjid pada hari itu. Waktu Jumaat/Zohor di sini ialah pada jam 11.15am.

Slps solat, ghada’ dirumah Tuan Haji Ismail, yang telah bertugas di QP selama 6 tahun. [http://www.qp.com.qa/en/Homepage.aspx]

Jam 2.30pm, sambung ceramah Hukum Haji dan permasalahannya, di Dewan Colosseum Village sehingga jam 5.30, berhenti rehat seketika untuk solat asar.

Setelah selesai majlis ceramah & sesi soal jawab, Sdr Yusri Jusoh (orang Kelantan, juga staff QP) bawa ke Kedai Jubah,  tempah sehelai jubah Qatar, dah jadi kebiasaan setiap tetamu yang bertandang ke sini akan mendapat sehelai jubah Qatar sebagai kenangan, syukran kepada akhi Yusri dan Lajnah jubah Qatar…

Kemudian kami pergi berehat dan makan malam di rumah Sdr Nik Aminuddin (orang Kota Bharu), di compound al-Bayyan. Compound ini merupakan tempat transit bagi pegawai-pegawai yang baru datang, sebelum dipindahkan ke tempat posting masing-masing.

Ceramah pada malamnya dengan tajuk, “Mantapkan Aqidah, Kuatkan Iman.” Alhamdulillah, sambutan yang begitu menggalakkan dari masyarakat Malaysia di sini.

Selesai majlis, bertolak balik semula ke al-Khor dengan Sdr Megat dan bermalam dirumah beliau.

Sabtu, 4 Jun 2011: Pada sekitar jam8.00am, sambil futur, datang beberapa orang sahabat berbincang tentang gejala syiah yang berleluasa sekarang ini dan lain-lain isu semasa.

Jam 12.00 tengahari bertolak ke al-Dukhan dengan sdr Megat dan keluarganya. Ini adalah tempat ketiga yang terdapat orang Malaysia selain daripada Doha dan al-Khor. Ia adalah sebuah kawasan dan bandar minyak, 10km sebelum memasuki kawasannya sudah terdapat larangan daripada mengambil gambar. Sepanjang perjalanan ke sini, panoramanya berbeza dengan tempat2 lain tadi, tiada bukit batu/pasir, bukan juga seperti padang pasir biasa, tapi seolah tanah gersang berdebu yang kering lagi kontang. Mengikut maklumatnya, sumber air tawar/mineral yang sesuai diminum di sini, hanyalah satu/sebuah telaga sahaja di seluruh Qatar ini. Manakala telaga lainnya hanyalah air yang payau dan hanya sesuai diminum oleh unta sahaja..

Di sini kami berkumpul di rumah sdr Jamil yang menjadi lokasi untuk ceramah pada hari ini. Tajuk ceramah kali ini ialah: “12 Sebab Untuk Kekal di atas Hidayah”, (Insya’Allah).  Kebetulan salah seorang sdr kita di sini iaitu Haji Daud baru saja selesai mengadakan majlis walimah anaknya di sini. Menantu beliau ialah seorang ustaz dari Johor.

Dari Dukhan kami ke Doha pula, jaraknya ialah 80km. Di sini kami berehat di rumah sdr Yusri. Kami juga disambut oleh Haji Mansur, Wan Harris dan Abdullah, dari Sekretariat Haji.

Selepas makan malam, Wan Harris dan Abdullah bawa ronda Bandar Doha, ke pasar, “Suq Waqif”, sebuah pasar warisan, kemudian minum di Restoran Malaysia di situ. Selepas itu dibawa ke Hotel Holiday Villa  http://www.holidayvilladoha.com dan check-in di sini untuk malam ini…

Ahad 5hb Jun, paginya berehat sambil membaca di hotel sahaja. Tengaharinya Abdullah datang untuk pergi  lunch kambing Mandi Qatar. Kemudian melawat ke masjid dan sekitar bandar Doha. Akhirnya ke airport untuk belepas pulang ke Malaysia. Alhmadulillah pada jam 8.10pm (1.10am Malaysia) berlepas dengan Qatar Airways QR620 ke Kuala Lumpur.

Beberapa Pengamatan / Cadangan:

  1. Qatar adalah sebuah bumi yang subur untuk perkembangan dakwah, khasnya kepada para professional kita di luar Negara yang ingin berubah ke arah kebaikan. Ini kerana suasana “Bi’ah” di sini masih terkawal dan kebudayaan Islamnya masih diamalkan. Walaupun mereka telah modern dan kaya, tetapi tidak terbawa-bawa dengan kemewahan dan budaya barat yang melampau. Para remaja dan wanitanya tidak terlalu bebas dan lepas laku. Komuniti Melayu di sini kuat perpaduannya dan sukakan ilmu dan menyambut baik apa sahaja usaha dakwah dan kesatuan. Masjid-masjid di compound yang ada orang Malaysia, dipenuhi oleh orang kita, Alhamdulillah.
  2. Terdapat sebuah pertubuhan dakwah Islam yang mengadakan kelas-kelas pengajian dan kuliah lengkap dan percuma, dalam bahasa Arab dan English, ( Al-Fanar, Qatar Islamic Center ), http://www.fanar.gov.qa/index.aspx. Kuliah pengajian agama dan al-Quran semuanya dijalankan secara percuma dan terbuka untuk sesiapa sahaja. Jadi ana nasihatkan kepada sahabat2 kita yang berada di Qatar, manfaatkan peluang ini sebaik mungkin, dengan kehidupan yang tenang dan jadual harian yang begitu ringan, dan masa yang ada, berbanding dengan Malaysia (waktu pejabatnya habis pada jam 2.00pm). Begitu juga dengan anak-anak kita, adalah satu kerugian yang amat besar, jika bertahun-tahun kita berada di bumi Arab, tetapi sayangnya anak-anak kita lansung tidak pandai dan tahu berbahasa al-Quran ini. Jadi disamping persekolah international yang formal, hantarlah juga mereka ke kelas khas untuk bahasa Arab, al-Quran juga Tahfiz jika berkesempatan.
  3. Di sini juga terdapat Persatuan Warga Malaysia di Qatar yang diiktiraf dan berdaftar dengan kerajaan Malaysia. Ia juga mempunyai badan khas untuk hal-ehwal keagamaan dan dakwah. http://maqadmin.startlogic.com/MAQ/.
  4. Salah satu lagi usaha murni yang dilakukan oleh warga kita ialah mengadakan Kelas Fardhu Ain bagi Anak Malaysia di Qatar; http://kafaqatar.wordpress.com/. Diharap semua ibubapa mengambil peluang ini untuk menghantar anak-anak mereka, walaupun ia tidak wajib seperti di sekolah-sekolah di Malaysia, tetapi ia adalah satu kewajipan kita sebagai ibubapa untuk memberikan asas dan pendidikan yang terbaik untuk anak-anak yang bakal menjadi asset kita di akhirat nanti, insya’allah.
  5. 5. Merebut ‘mutiara’ di Qatar: Qatar adalah sebuah negara yang baru menjumpai sumber minyaknya. Walaupun minyak dijumpai di Qatar, tetapi rezeki dan kekayaan ini melimpah dan sampai juga kepada orang luar dari pelbagai pelosok dunia, hatta Malaysia. Maka sebagaimana yang disarankan olah PM kita, rebutlah peluang ini untuk mencari rezeki pekerjaan dan perniagaan. Tetapi jangan hanya habuan dunia yang di kejar, rebutlah juga bersama peluang-peluang menambahkan kefahaman ilmu agama dan bekalan akhirat di bumi bertuah ini, yang bukan hanya kaya dengan minyak tetapi juga ilmu dan persekitaran yang baik.

Sekian terima kasih, jazakumulLahu khaira kepada pihak penganjur, khususnya sdr Megat Ahmad Rithauddeen, Wan Harris, Abdullah Wahab, Rushdan, Khairil, Zamani, Hj Mansur, Yusri, Yusmizar, Nik dan semuanya yang tidak tersebut di sini… Semoga bertemu lagi dalam majlis yang lain, atau di alam siber ini.

Akhukum:

Abu Anas Madani, 6hb Jun 2011.

Pondok Sungai Durian.

www.abuanasmadani.com.

FB: Dr Abu Anas Madani. [http://www.facebook.com/pages/Dr-Abu-Anas-Madani/124946954198614]

Gambar Lawatan di: http://www.facebook.com/media/set/?set=a.231057066920935.82762.124946954198614

About admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

x

Check Also

KEMBALI KEPADA UNDANG-UNDANG ALLAH (HUDUD)

Sepatah kata Abu Anas Madani: Syariah Islam adalah suatu perundangan yang Allah ...