TERBARU
Home / Makluman / Buku Baru Abu Anas Madani: KEINDAHAN ISLAM

Buku Baru Abu Anas Madani: KEINDAHAN ISLAM

    بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah Kitab Mahasin Al-Islam “محاسن الإسلام” (Keindahan Islam) ini telah selamat diterbitkan dan kini sudah berada dipasaran.

Kitab ini menerangkan tentang keindahan Syariah Islam di dalam seluruh perintah dan larangannya, dari segi keimanan, ibadat, kekeluargaan, muamalat, jenayah, hubungan antara rakyat dengan pemerintah dan akhlak yang mulia. Selain menjelaskan perintah dan larangan tersebut ia juga menceritakan faedah-faedah, hikmah-hikmah, maslahat-maslahat dan pelbagai manfaat kepada manusia di sebalik pensyariatannya.

Semoga ianya memberi faedah kepada para pembaca dan seluruh umat Islam untuk merungkai secebis rahsia yang amat indah ini agar bertambah keimanan dan keyakinan terhadap kesempurnaan Syariah Islamiyyah.

 Buku ini juga diharapkan dapat memberi kesedaran dan kefahaman kepada golongan yang menentang, mempertikai dan memandang remeh terhadap perlaksanaan Syariah Allah SWT, samada dalam masalah perundangan, muamalat dan kekeluargaan.

Ia mempunyai kelebihan dan kekuatan sendiri, seperti:

1)  Kupasan sesuatu tajuk menggunakan bahasa yang mudah,

2)  Perbincangan disertakan dengan dalil dari al-Quran dan Hadis.

3)  Tajuk yang menyentuh semua aspek penting dalam kehidupan seorang muslim.

4)  Memperlihatkan keindahan dengan baik dan lengkap.

5)  Menjawab persoalan yang kritikal yang menjadi tohmahan bagi orang yang tidak memahaminya.

Dapatkan buku ini dipasaran atau hubungi kami:

Dar Taibah Sdn Bhd, melalui emel: ainbaa@yahoo.com.

Harga RM36 + harga Pos Ekspress RM4 (diskaun khas) = RM40

www.abuanasmadani.com

http://abuanasmadani.blogspot.com/2011/12/buku-baru-abu-anas-madani-keindahan.html

Iklan Buku dan CD AAM:

http://abuanasmadani.blogspot.com/2011/12/iklan-buku-cd-kuliah-dr-abu-anas-madani.html

 

 

About admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

x

Check Also

Catatan Rehlah Ke Istanbul & Umrah 2013 (siri 1)

Bismillah, Alhamdulillah, Wassolatu Wassalam ‘ala Rasulillah… 1) Alhamdulillah, pada hari Ahad, 26 ...